Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

9 Sep 2014

Hati-Hati Mengandung Anak Pertama

Hati-Hati Mengandung Anak Pertama|

Assalamualaikum..
Saat mengetahui yang diri sedang hamil tentunya adalah saat yang paling menggembirakan. Pastinya banyak perubahan yang berlaku dalam diri seseorang wanita yang mengandung. Alahan, sakit muntah, loya, kurang selera makan.. Walaubagaimana pun, setiap individu wanita mengandung mempunyai pengalaman yang mungkin berbeza dari yang lain.
Bila kandungan dah mula memasuki bulan ke 4 ni, ramai yang dah mula menegur. Almaklumlah, perut dah mula kelihatan. Jalan pun dah macam orang mengandung 7-8bulan. Bila dah mengandung ni, automatik jalan dah tak macam biasa, semacam anak dara dulu dah tak mampu dah. Takde nak catwalk-catwalk lagi dah. 
Dan hari ni sahaja hampir 3 ke 4 orang yang memberi nasihat baik. "Hati-hati mengandung anak pertama ni". "Hati-hati berjalan" "Jaga baik-baik" Alhamdulillah, masih ramai yang prihatin sebenarnya. Sekurang-kurangnya dalam mereka memberi nasihat, mereka juga ada cerita pengalaman yang lepas. Terima kasih. InsyaAllah, akan cuba sebaik yang mungkin. 
Walaupun hakikatnya, daku sendiri pun tak tahu nak berjaga-jaga dari segi apa, mana, dimana... Mengandung kali petama, tentunya tidak ada pengalaman dan tidak pernah melalui proses kehamilan dan kelahiran itu sendiri.

7 comments:

  1. masih muda , ok lagi . kalau dah terlebih umur cam sis ni , bkn setakat org keliling , misi , dr. ... akan beri ceramah yg sama ...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..tahniah to be mommy...

    yang penting jaga kesihatan..Hb tu penting untuk perkembangan baby juga tau..jangna skip makan asid folic untuk perkembanggan janin... insyaallah.. ibu kuat baby pun kuat..

    ReplyDelete
  3. datang singgah jalan2.. same lah kite pengalaman pertama jugakk... sudi2 jenguk im new dlm blog ni

    ReplyDelete
  4. Semoga anda selamat menempuh pengalaman berharga ini. Tak tahu nak bagi nasihat...ikutlah panduan mereka2 yg berpengalaman. :)

    ReplyDelete
  5. Tahniah dik. Semoga semuanya selamat
    www.armilastyle.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Take care BC..Moga dipermudahkan..

    ReplyDelete
  7. Syok kan.. sy pun tgh alami benda yg sama skrg ni.. hehe

    ReplyDelete

Awak memang COMEL!
Terima Kasih