Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

9 Apr 2016

Butakah Cinta

Assalamualaikum..

Tetiba nak cerita dari hati ke hati pulak. Lama sangat rasanya tak menulis sesuatu yang boleh memberi kesan kepada jiwa-jiwa yang mungkin selama ni merintih sedih. Terima kasih kerana sudi meneruskan pembacaan. ^_*


"Bukan hanya keegoan telah ku korbankan.. Berlimpahan kasih sayang aku curahkan buatmu seorang... Kiranya semua itu, tak memadai bagimu apakah sebenarnya yang kau mahu ku tak tahu"

Okey, ni sebenarnya lirik lagu Butakah Cinta oleh kumpulan Spring. Tetiba terlayan lagu ni pulak malam-malam yang syahdu ni. Sangat menyentuh hati bila dengar bait-bait lagu puitis ni. Lagi-lagi kalau hati tengah sedih kan. Hurrmm, boleh nangis weii

Tak caya, meh dengar kat bawah ni
Jika itu tiada, apalah ertinya.. penantian ini hanya sia-sia!  (hakikatnya takde waktu yang sia-sia dalam mengingati Allah. Jadi, berzikirlah!)

7 Apr 2016

Tundukkan Playboy Itu Episod 30 (Episod Akhir)

TUNDUKKAN PLAYBOY ITU EPISOD 30 (EPISOD AKHIR)



Credit : Dtny

Tundukkan Playboy Itu Episod 29

TUNDUKKAN PLAYBOY ITU EPISOD 29



Credit : Dtny

6 Apr 2016

Tundukkan Playboy Itu Episod 28

TUNDUKKAN PLAYBOY ITU EPISOD 28



Credit : Dtny

Tundukkan Playboy Itu Episod 27


TUNDUKKAN PLAYBOY ITU EPISOD 27



Credit : Dtny

4 Apr 2016

Tips Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum..

Menyusukan bayi dengan susu badan adalah perkara yang sangat dituntut daripada ibu. Walaupun adakala para ibu melalui detik sukar untuk menyusukan disebabkan pelbagai halangan, namun cubalah sedaya upaya supaya si kecil dapat menyusu badan secukupnya.

Pakar kesihatan memang mengakui bahawa cara paling sihat memberi makan kepada bayi baru lahir ialah dengan menyusukan bayi. Bayi yang diberikan susu badan sejak lahir akan kurang jatuh sakit dalam tahun pertamanya. Susu ibu juga dapat mengekalkan kesihatan bayi dalam masa jangka panjang.

Para ibu juga perlu tahu bahawa menyusukan bayi dapat mengurangkan risiko ibu menghadapi kanser payu dara sebelum menopaus. Malah turut membantu mengurangkan risiko dari kanser ovari dan osteoporosis.

Tempat Selesa
Sesi penyusuan selalunya mengambil masadari tujuh hingga 40minit. Justeru, pilihlah tempat selesa untuk anda dan bayi, misalnya tempat yang tidak mudah diganggu, senyap, bersih dan tidak membosankan.

Posisi Betul
Pegang bayi anda dalam posisi yang betul. Anda tidak sepatutnya merasa sakit pada bahagian lengan dan belakang tubuh. Boleh letak kusyen atau bantal untuk menyokong tubuh anda. Anda dan bayi hendaklah selesa barulah sesi penyusuan akan berlangsung dengan lancar.

Halangan Penyusuan
Adakala bayi tidak dapat menyusu dengan betul kerana keadaan payudara. Misalnya puting yang agak pendek, air susu sedikit atau rasa sakit pada payudara ibu. Payudara boleh jadi sakit apabila ia membengkakatau putingnya melecet.

Selain itu, memastikan bayi menghisap dengan betul. Bayi sepatutnya menghisap mulut penuh dan bukannya pada hujung puting sahaja. Pelajari teknik penyusuan dengan teliti supaya anda dapat menyusukan bayi dengan betul.

Pakaian Khas
Terdapat pakaian khas untuk ibu yang menyusukan bayi. Keluarkan sedikit ajet untuk anda memakai coli khas. Ianya dapat memudahkan anda menyusukan bayi apatah lagi jika di tempat awam.

Mengepam Susu
Khas untuk ibu bekerja, proses mengepam susu sangat penting dilakukan. Pam susu ikut tempoh masa supaya tidak akan menyebabkan payu dara terlalu penuh dengan susu. Setiap kali payu dara dikosongkan, susu akan dihasilkan semula dan anda akan memperoleh susu baru. Beli produk tempat menyimpan susu supaya susu tahan lama sebelum disimpan dalam peti sejuk di rumah anda.