Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

9 Jun 2013

Dia Tak Gatal, Dia Hensem..

Assalamualaikum..

"Dah, dah.. Jangan nak menggatal!"
"Dia tak gatal.. Dia hensem....."

Hekhekhek.. hekhekhek..
(sampai ke hari ni aku dok ingat lagi si dia ketawa hekhekhekhek tu. Alaaa, ketawa yang lebih kurang tersengguk-sengguk tu) nampak sangat ketawa dia tu seolah-olah suka benar dia bila orang kata dia hensem =)


Hai semua sahabat ku... selamat malam.
Tetiba terasa nak berkongsi cerita dengan korang. Malam Jumaat aritu aku dengan family pergi la makan ikan bakar dekat Teluk Muroh, Lumut dekat dengan Teluk Batik tu. Haa, pe pulak kaitannya gatal dengan hensem ni eh?? Hahaha, for sure sebenarnya aku pun tak pasti apa motif aku cakap si dia ni hensem. Sesungguhnya semua ni berlaku secara spontan dan memang terjadi sungguh.

Ahha, cerita dia cenggini. Kejadian ni berlaku setelah habis makan, time tu baru nak gerak ke kereta untuk balik. Aku dengan kakak (my adik bongsu) berjalan sama. Terjumpalah 3 orang gentlemen kat tepi jalan ni. Ala-ala kutu rayau gitu =) Nak dijadikan cerita kitorang dihalang oleh seorang dari mereka. Si dia ni kemain lagi dok mendepa tangan kiri kanan tak bagi kitorang lalu. Aku pun cakap la "kitorang nak balik dah ni" tapi si dia ni tetap berjalan depan kitorang.

Pastu lagi sorang mamat yang paling besar (aku tengok secara visual) kat tepi jalan sambil duduk atas basikal sound la si dia yang menggedik depan kami tadi ni. "dah,dah.. jangan nak menggatal!" aku dengan kakak memang tak tahan langsung tergelak kat situ. Dalam pada tu jugak aku sempat memberi reaksi spontan "dia tak gatal, dia hensem la..."

Hekhekhekhek... si hensem boy ni kemain ketawa terhinjut-hinjut. Terdengar-dengar dia cakap "hensem" berselang seli dengan ketawa. Kelakar sungguh dia ketawa. Yang pasti menurut kakak, dia nampak macam suka betul bila orang puji dia lagu tu... lalalalalala... terasa bahagia bila kita berjaya seseorang ketawa walau hanya dengan sebaris ayat pendek.


**terasa aku pulak yang menggatal dengan si hensem boy tu tau.. kekekeke (memang sampai sekarang aku tak faham apa kaitan dia menggatal dengan kenyataan hensem aku tau.. Anyway, the truth is si dia yang aku ceritakan ini adalah seorang yang sangat sweet. Dengan tak berbaju dan berkaki ayam, memang comel giler =) Beliau adalah budak kecik yang aku agak umur dia 3 ke 4 tahun manakala yang besar sekali tu mungkin dalam 6-7tahun. Lagi sorang tu mungkin baya-baya Upin dan Ipin je.

9 comments:

  1. hehehe.. ingatkan budak remaja.. rupanya anak keciljer.. comel...

    ReplyDelete
  2. upin dan ipin tu ada kena mgena gan jalan cerita ke??hehee

    ReplyDelete
  3. Hahaha.....nasib baik baca komen....kalau tak mesti salah sangka..kikikki

    ReplyDelete
  4. owhhhh...mesti u ollsss seronok je kena usik camtukan..okeh si hensem plak tu :))

    ReplyDelete
  5. Ahaha, meh sini nak gelakkan budak tu , jadi boleh la dengar die gelak berkali-kali kannnn...

    ReplyDelete
  6. siapa tak suka kalau dipuji walaupun kata2 kita tu tak berniat nak puji pun. haha

    ReplyDelete
  7. wah tak berbaju dan berkaki ayam....nasib belum cukup umur...kalau tak boleh report polis atas tuduhan cabul tu...hihihi :P

    ReplyDelete

Awak memang COMEL!
Terima Kasih