Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label www.timizero.my. Show all posts
Showing posts with label www.timizero.my. Show all posts

7 Jul 2013

Blogger Buddy | Timizero.my

Assalamualaikum..


Untuk pertama kalinya.. entri ni merupakan penghargaan terima kasih yang tak terhingga kepada my best blogger buddy iaitu www.timizero.my Erm, kenapa aku pilih timizero.my? Ahha, jawapan dia mudah sangat. Pertama  +Hatimi Tahirruddin  iaitu pemilik blog www.timizero.my merupakan orang yang paling rajin singgah kat laman usang aku ni. Tak percaya? korang boleh tengok kat bawah sekali blog aku. Haaa, betul tak terpampang nama beliau =)

Alasan yang kedua, beliau sudi buat entri pasal 'gadis melayu terakhir' ni. Tak percaya jugak? Pe kata korang klik link SINI nanti. Terima kasih sangat-sangat kat beliau. Aku tak pernah terfikir pun pasal entri yang beliau buat ni. Banyak kali sebenarnya aku cakap yang aku kagum sangat dengan beliau ni. Bukan setakat kagum, tapi aku jeles sangat dengan blog beliau. Mesra pengguna, mesra alam dan serius memang aku cemburu. Banyak kali aku tinggalkan komen kat blog beliau dengan ayat yang serupa (aku jeles dengan blog ni)  hehehehe,


Aku suka dengan penulisan yang beliau lakarkan setiap entri. Tak kisah la berkisar tentang pe pun. Pasal lagu, muzik, silence day.. He's good as a writer dan beliau banyak berkongsi ilmu tentang muzik. Dan hari tu aku terasa nak belajar dari beliau. Nak belajar camne beliau menghasilkan karya-karya penulisan. Tu sebab la aku cuba selongkar entri-entri terdahulu beliau. Permulaan beliau pun dah cukup baik. Baru je beberapa bulan tapi hebat la blog timizero.my ni

Seterusnya sebab beliau ada bagi aku hadiah. Banner comel. kaler pink lagi tu. Katanya hadiah penaja misteri untuk 4 orang juara komen di blog beliau. Aku salah seorangnya yang dapat. Thanks again to you +Hatimi Tahirruddin dan penaja misteri. Tapi.. aku tak amik lagi sebab aku tak reti, ngek betul kan aku ni. hehehehe, okey-okey esok aku amik eh

Kepada +Hatimi Tahirruddin terima kasih banyak-banyak. Macam yang beliau cakap, moga persahabatan di alam maya ni akan terus berkekalan sampai bila-bila.

Kepada semua, jom singgah dan kenal dengan blog www.timizero.my ni. Tak rugi korang kenal dengan beliau sebab beliau ni merupakan jaguh komentar. Mana-mana blog aku pergi mesti ada nama beliau dalam top ten sebagai pengomen tegar. Jom ramai-ramai kita buat kawan dengan beliau. Klik je mana-mana link kaler merah kat atas tu eh.  

~Maaf, entri ni aku nak buat dalam tempoh seminggu yang lepas. Tapi asyik tak sempat je. Sorri eh. Aku sangat menghargai.. (penghargaan -salah satu perkara yang aku belajar dari blog www.timizero.my)