Assalamualaikum..
Ipoh, 26 April - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim yang maut ditembak di Putrajaya awal pagi Jumaat. Beliau berkata pasukan itu diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin bagi menyiasat dan memburu suspek pembunuhan itu.
Dalam insiden kira-kira 8.15 pagi itu, Datuk Shahruddin maut akibat ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalan ke pejabat di Putrajaya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan. Mangsa dipercayai terkena tembakan di leher, kepala dan sebelah kiri badan bagaimanapun perlu menunggu laporan bedah siasat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dilakukan namun beberapa individu dipanggil untuk membantu siasatan. Polis mengenal pasti beberapa motif kejadian namun masih terlalu awak untuk dihebahkan.
Beliau turut menafikan kejadian tersebut mempunyai kaitan dengan pilihan raya dan mengingatkan orang ramai terutamanya di Putrajaya agar jangan gusar dengan keselematan di kawasan itu.
Beliau turut meminta orang ramai yang melihat kejadian tersebut atau mempunyai sebarang maklumat agar tampil menghulurkan maklumat di mana-mana balai polis.
-BERNAMA

"Siasatan sedang dijalankan...saya akan pastikan siasatan akan dijalankan secara terperinci dan kita akan mencari mereka yang bertanggungjawab itu.
"Hasil siasatan awal mendapati dua lelaki menaiki motosikal melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang dinaiki mangsa bersama pemandunya itu," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra anggota keselamatan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Markas Briged Utara Hulu Kinta di sini hari ini.
Dalam insiden kira-kira 8.15 pagi itu, Datuk Shahruddin maut akibat ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalan ke pejabat di Putrajaya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan. Mangsa dipercayai terkena tembakan di leher, kepala dan sebelah kiri badan bagaimanapun perlu menunggu laporan bedah siasat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dilakukan namun beberapa individu dipanggil untuk membantu siasatan. Polis mengenal pasti beberapa motif kejadian namun masih terlalu awak untuk dihebahkan.
Beliau turut menafikan kejadian tersebut mempunyai kaitan dengan pilihan raya dan mengingatkan orang ramai terutamanya di Putrajaya agar jangan gusar dengan keselematan di kawasan itu.
"Ini kejadian berasingan, tiada kaitan dengan pilihan raya...ia merupakan satu jenayah pembunuhan ke atas pegawai penguatkuasa undang-undang.
"Kita tidak boleh terima kejadian ini di mana pegawai penguatkuasa menjadi mangsa dan seolah-olah untuk menakutkan dan mencabar keberkesanan pihak penguatkuasa menjalankan tugas," katanya.