Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label karya Aima Comel. Show all posts
Showing posts with label karya Aima Comel. Show all posts

6 Nov 2013

Pintaku Yang Terakhir | Part 2

Assalamualaikum..

Pintaku Yang Terakhir (Part 2) |

Pintaku Yang Terakhir Darimu.. Pintaku Hanya Satu, Usah Kau Berlalu...


  Sebelum tu, dah baca Part 1? Jom baca SINI

~Part 2~

Pagi-pagi lagi dia sudah bersiap. Tidak mahu terbabas lagi selepas subuh. Jam di dinding baru sahaja mencecah 6.48minit pagi tetapi dia sudah mengangkat briefcase mahu ke pejabat. Banyak kerja yang tertunggak kebelakangan ini. Selaku Senior Project Manager menuntut tugas yang agak berat. Berkejar ke hulu ke hilir, mesyuarat sana sini.. Penat, itu yang selalu dikeluhkannya.

Nasiblah punya seorang ibu yang memahami, yang sentiasa berada susah senang disampingnya. Sentiasa menjaga makan minum, pakai dan segalanya. Cuma hal yang melibatkan hati, maaf dia tidak bisa berbicara tentangnya Kadangkala timbul rasa bersalah juga dihati terasa seperti menggunakan ibu untuk semuanya. Terlalu bergantung kepada orang tua walau umurnya kini sudah mencecah hampir 29tahun.

Orang kata anak lelaki mesti rapat dengan ibu. Ye, betul sangat lah tu kan. Memang dia rapat malah terlalu rapat dengan ibu sehinggakan ramai yang mengatakan dirinya anak emak. Tapi semua itu tidak terkesan langsung dihatinya. Janji ibu senang, gembira  dan bahagia. Itu yang dimahukan. Wang yang besar belum tentu mampu membeli sebuah kebahagian. 

“Cepat anak ibu bersiap hari ni?” sergahan dari belakang mematikan lamunannya. Tangan ibu segera dicapai. Seperti biasa peluk cium itu yang dilakukannya saban hari. Ibu tetap menjadi keutamaan. Ayah yang berada dibelakang  itu turut sama mendapat tempias. Ahh, bila si ayah dan anak lelaki bersatu, bahagia rasanya.

"Ajim banyak kerja sekarang ni ibu. Tu yang keluar awal supaya Ajim boleh balik awal. Nak siapkan kerja-kerja tu," 

"Kerja tu sampai bila-bila pun takkan habis. Kita je yang kena pandai urus," si ayah memberi nasihat berharga. 

"Betul tu ayah, Ajim tau. Tapi tu lah, nak buat camne. Kita makan gaji je," jawabnya sambil berseloroh. 

"Banyak la makan gaji Ajim oiii, pak hang tu bos besar. Tak payah nak menggedik sangat," ketawa anak beranak dipagi hari melahirkan rasa yang cukup unik. Jarang sebenarnya mereka bertiga begini. Maklumlah masing-masing sibuk dengan urusan dunia. Si anak terkejar ke sana sini mengurus projek yang sedang berlangsung. Si ayah saban masa sibuk mengendalikan mesyuarat sana sini. Si ibu pula tak habis-habis dengan urusan persatuannya. 

"Okeylah ibu, Ajim nak gerak dulu ni. Nak jadi pekerja contoh, nak tunjuk dekat bos besar," ujarnya dengan rasa bahagia sambil mata melirik si ayah. Perut yang sudah diisi dengan nasi goreng buatan ibu pasti menyegarkannya sepanjang hari.  

"Okey, safely drive. Ayah lambat sikit masuk office hari ni. Ada apa-apa WhatsApp je ye wahai anakku," si ayah berkata-kata sambil bahu anak lelakinya ditepuk perlahan. Anak yang sering menjadi harapan mereka berdua. Buah hati Haji Zainal dan Hjh Faizah.. 

Telefon bimbit direnung tanpa perasaan. Hatinya tiba-tiba terasa kosong. Status yang diupdate oleh sahabat baiknya di facebook sebentar tadi membuatkannya sedikit terasa. "Syukur, akhirnya penantian membuah rasa. Dari seorang menjadi dua, kini menanti yang ketiga. Terima kasih Ya Allah," status itu diulang baca. Ye, memang dia benar-benar terasa kali ini.

Bukan tidak suka, bukan tidak tumpang gembira tetapi dia mula bertanya apa yang sebenarnya yang dicari dalam hidupnya selama hari ini. Pergi kerja, balik kerja, makan, tidur, hanya itukah kitaran hidupnya?? Ahh, susahnya!

"Errr bos okey tak ni? Bos!" tiada balasan.

"Encik Azim Fariz? Encik okey tak??" suara tu seakan petir bergema di cuping telinganya. Matanya segera celik muka diraup perlahan. Kak Aina, setiausahanya itu melambai tangan dihadapannya.

"Kenapa kak Aina?" hanya itu yang keluar dari mulutnya. Aksi kak Aina itu mengundang tanda tanya dalam kepalanya.

"Tanya akak pulak. Akak yang patut tanya Encik Azim tu kenapa. Tiba-tiba nak menjerit. Bos tak sihat ke?" soalan kak Aina itu dibiar sepi. Malu. Terasa tebal mukanya menjerit dan tidak sedar diri begini. Nasib baik dengan kak Aina, kalau depan orang lain tadi lagilah dia bertambah malu. Kak Aina yang masih berdiri dihadapannya dipandang bersahaja. Bibirnya perlahan-lahan mengukir senyum. Kak Aina yang sudah masak benar dengan perangai bos yang satu itu mula menapak keluar. Kalau dilayan takkan kemana fikirnya.

Pintu yang sudah tertutup rapat itu dipandang sayu. Tak habis lagi rupanya kesayuan di hati. Kepada siapa dia mahu bercerita? Dengan siapa dia mahu meluah rasa? Ibu? Tapi.. hakikatnya dia segan, segan kerana selama ini bila ibu mula berbicara tentang hati, semuanya dipangkah secara terang-terangan.

Telefon bimbit yang berdering diangkat tenang.

"Assalamualaikum ibu,"


(To be continued)....


1 Nov 2013

Pinta Ku Yang Terakhir

Assalamualaikum..

"Pintaku yang terakhir darimu, pintaku hanya satu usah kau berlalu.."

~Part 1~
Petang yang cukup mendamaikan. Tenang. Sungguh hatinya benar-benar tenang. Peristiwa beberapa jam tadi masih tersemat kukuh di benaknya dan tanpa sengaja senyuman terlekat indah. Ahh,

"Errr mintak maaf, saya tak sengaja," tolakan lembut di bahunya sekejap tadi langsung tidak terkesan. Sakit tidak terasa. Tapi suara memohon maaf itu yang menggetarkan jiwa lelakinya.

"Takpe, saya tak apa-apa pun. Okey, " dia pulak tergagap nak menjawab. Padahal selama ini jarang benar dia nak berbaik sangka dengan orang lain.

"Maaf, saya terlanggar. Nak cepat sebenarnya tadi," lembut sahaja lontaran suara si gadis dihadapannya itu. Sopan, lemah lembut dan dah tentulah cantik. Ahh, mata lelakinya sekejap sahaja sudah tertipu. Senyuman tetap terukir di bibir lelakinya. Lagi..

"Takpe, jalan hati-hati lah ye. Nak cepat-cepat sangat tu nak kemana?" sekadar berbasi-basi dia bertanya.

"Nak jumpa kawan tadi sebenarnya. Flight dia pukul 2.30petang ni. Takut terlewat tak sempat pulak nak jumpa dia," masih lembut jawapan yang diterima. Walau dalam keadaan kelam kabut pun masih lagi gadis itu tenang pada pandangan matanya.

"Owh, ye ke. Okeylah kalau camtu. Kirim salam kat kawan tu ye, ucap kat dia selamat berangkat,"

"Terima kasih, saya jalan dulu ye.." dia hanya mengangguk dan tangannya mempersilakan. Bila gadis sudah berlalu sibuk pula tangannya mahu melambai. Padahal gadis itu langsung tidak menoleh. Kesian, kesian.. itu yang ada dalam kepalanya.

"Dah habis berangan? Kejap gelak, kejap senyum. Kejap lagi geleng kepala. Lepas ni buat apa pulak?" tepukan di bahu kali ni memang betul terasa. Hilang semua yang difikirnya sebentar tadi. Pantas dia menoleh ke sebelah. Allah, ibu! Apalah nasib berangan depan ibu pulak ni. Sempat dia menepuk dahi sendiri.

"Awak tu tengah drive kereta. Agak-agaklah pun kalau nak berangan. Tunggu sampai rumah, masuk bilik haaa lepas tu angau la puas-puas ye," Hahaha, padan muka! dapat se das kau dengan ibu sendiri. Dia hanya mampu tersengih mempamerkan barisan gigi yang tersusun rapi.

"Baikkkk.." masih lagi tersenyum.


Sejujurnya ku tak bisa, hidup tanpa ada kamu aku gila... (to be continued)..