Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Tonton Online Love You Mr. Arrogant Full Episode. Show all posts
Showing posts with label Tonton Online Love You Mr. Arrogant Full Episode. Show all posts

7 Nov 2013

Episod Akhir Love You Mr. Arrogant

Assalamualaikum..

Episode Akhir Love You Mr. Arrogant |

Photo: Kepada peminat setia drama Love You Mr. Arrogant
, kalau korang nak chat / berbual-bual dengan pelakon utama drama ni, Azlee Khairi (Zafriel Irham) dan Zara Zya (Zaara Amirah) bolehlah set kan date korang..

Hari :: Khamis (7 November 2013)
Masa :: 5 pm - 6 pm
Di :: http://www.tv3.com.my/LYMA  -admin 1-
LIVE CHAT bersama AZLEE KHAIRI & ZARA ZYA

Hari ni hari terakhir Drama rantaian tv paling popular buat masa kini Love You Mr. Arrogant. Episod terakhir hari ni pastinya babak-babak mendebarkan yang melihatkan perjuangan Irham menyelamatkan isteri kesayangan dia, Zaara yang dah diculik oleh mereka yang tak berguna ni (ada nada marah disitu nampaknya) hehehe, sakit hati mehh tengok Zaara kena culik. Dahla dia tengah mengandung....

Irham sayang Zaara, begitu jugak Zaara yang memang dah sedari awal sayang, suka dan cintakan suami dia yang Arrogant sangat tu.. Nak tengok detik-detik penyatuan mereka..

Anda suka Drama Love You Mr. Arrogant? Kita punnnn..... Jom kita berLive Chat bersama Zaara dan Irham ekslusif petang ni jam 5-6petang di www.tv3.com.my/LYMA okey, Jom tonton Love You Mr. Arrogant Episode 26 melalui link berikut :

                               Tonton Online Love You Mr. Arrogant 26 (Episod Akhir)

Terlepas episod yang sebelumnya? Jom..

6 Nov 2013

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 25

Assalamualaikum..

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 25 | 

Photo: Kepada peminat setia drama Love You Mr. Arrogant
, kalau korang nak chat / berbual-bual dengan pelakon utama drama ni, Azlee Khairi (Zafriel Irham) dan Zara Zya (Zaara Amirah) bolehlah set kan date korang..

Hari :: Khamis (7 November 2013)
Masa :: 5 pm - 6 pm
Di :: http://www.tv3.com.my/LYMA  -admin 1-
LIVE CHAT bersama AZLEE KHAIRI & ZARA ZYA
Menangis aku wehh tengok Love You Mr. Arrogant Episode 25 ni. Sedih sangat-sangat. Lagi-lagi bila dengar surat yang Zaara tulis untuk suami tercinta. Tapi demi menunaikan janji terhadap ibu mertua, dia terpaksa korban kasih. Part ni memang aku rasa sayang sangat kat Zaara.

Owh, tak tau nak ulas apa. Sebab beremosi sangat tengok drama yang dah sampai ke penghujung ni.. Jom la Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 25 melalui link berikut.

Love You Mr. Arrogant Episode 25


Love You Mr Arrogant E25 by DramaMelayu

Terlepas episod yang sebelumnya? Jom..

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 24

Assalamualaikum..

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 24 |

Photo: Kepada peminat setia drama Love You Mr. Arrogant
, kalau korang nak chat / berbual-bual dengan pelakon utama drama ni, Azlee Khairi (Zafriel Irham) dan Zara Zya (Zaara Amirah) bolehlah set kan date korang..

Hari :: Khamis (7 November 2013)
Masa :: 5 pm - 6 pm
Di :: http://www.tv3.com.my/LYMA  -admin 1-
LIVE CHAT bersama AZLEE KHAIRI & ZARA ZYA
Sedih la episod kali ni. Sedih sangat tengok Zaara. Hebat betul ujian yang diterima dia kan. Dengan Irham yang seolah-olah mula tak percayakan dia. Dengan Saffiya yang masih lagi mencintai Irham. Dengan Sherry yang mula nak baik-baik dengan mama Irham.. Aduhhh,

Zaara mengandung dan terpaksa buat perjanjian demi nak menyenangkan hati ibu mertua yang sememangnya bencikan dia. Terharu dengan kebaikan hati Zaara, bersabarlah..

Jom Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 24 melalui link dibawah berikut eh.

Love You Mr. Arrogant Episode 24


Love You Mr Arrogant E24 by DramaMelayu

Terlepas episod yang sebelumnya? Jom..

5 Nov 2013

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 23

Assalamualaikum..

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 23 | 

Photo: Kepada peminat setia drama Love You Mr. Arrogant
, kalau korang nak chat / berbual-bual dengan pelakon utama drama ni, Azlee Khairi (Zafriel Irham) dan Zara Zya (Zaara Amirah) bolehlah set kan date korang..

Hari :: Khamis (7 November 2013)
Masa :: 5 pm - 6 pm
Di :: http://www.tv3.com.my/LYMA  -admin 1-
LIVE CHAT bersama AZLEE KHAIRI & ZARA ZYA 07/11/13 
Sedih jugak episod yang berlalu semalam ni. Zaara dan Irham balik dari honeymoon dan terkejut dapat tahu mummy dia masuk hospital. Part sedih bila Irham mula menyalahkan diri dia tentang semua yang berlaku ni. Dan part yang rasa bahagia sangat bila Zaara sebagai iseri bertindak cuba menenangkan suami dia.

Yang pasti Zaara memang memiliki sekeping hati yang sangat baik. Sayang pada orang tua walau hakikatnya dia bukanlah menantu pilihan. Part ni aku terharu...

Jom Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 23 melalui llink berikut

Love You Mr. Arrogant Episode 23


Love You Mr Arrogant E23 by DramaMelayu


Terlepas episod yang sebelumnya? Jom..


4 Nov 2013

Minggu Terakhir Love You Mr. Arrogant

Assalamualaikum..

Minggu Terakhir Love You Mr. Arrogant | 

Photo: JANGAN LUPA SAKSIKAN KISAH CINTA ROMANTIK-KOMEDI, LOVE YOU MR. ARROGANT. TAYANG SETIAP ISNIN - KHAMIS, JAM 7-8 MLM... LAKONAN MAKIN MANTAP OLEH AZLEE KHAIRI DAN ZARA ZYA... Get ready Love You Mr Arrogant TV3 - 2013

Dah nak habis dah rupanya Love You Mr. Arrogant ni. Waaaa, sedih oooo.. pasni dah tak jumpa moment-monet indah dengan Mr. Arrogant lagi.. Eleh, jangan nak tipu kata tak suka cite ni. Yelah tu kalau kata, kita tak minat ler cite ni. Kehkehkeh, abis satu malaya ni dok cerita pasal Mr. Arrogant ni tau. Sana sini Mr. Arrogant. Fuhhhh, rindu.........

Amboi, kemain kan taksub dengan Mr. Arrogant ni. Okey, okey sebenarnya bukan taksub ye. Cuma, perangai Zaara tu lebih kurang je dengan perangai aku ni. Yang suka memberontak, suka melawan, suka merajuk, suka menjawab, suka menganjing kata orang. hahahaha, jahat jugak eh perangai aku tu. Tapi serius sweet je tengok Zaara dengan Irham ni.

Mana-mana yang terlepas episode-episod lalu boleh la tonton online kat SINI ye. Kalau tak puas haaa, download la pe lagi kan. Bila-bila je boleh jumpa Mr. Arrogant dengan Zaara nanti. Errrm, belum pun habis lagi aku dah rasa rindu. Novel Love You Mr. Arrogant dah ada. Download Love You Mr. Arrogant pun dah. Lagi? nak bahagia je.... tak mau demand lebih,

Jom tengok Promo Minggu Akhir Love You Mr. Arrogant


Serius, I'm gonna miss you Mr & Mrs Arrogant.....

2 Nov 2013

Tonton Online Love You Mr Arrogant Episode 22

Assalamualaikum..

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 22 |


Irham menangis? aduhh, dahla kantoi dengan Zaara. Masuk habuk la konon. Mengenang cinta dahulu sampai menitis air mata. Cehh, mamat cengeng betul ler Irham ni. Kahkahakah. Dan akhirnya mereka berdua bersatu. Bak kata Zaara 'hentam kromo' je laki dia tu. Adoiii =)

Jom tonton Love You Mr. Arrogant Episode 22 melalui link di bawah berikut :

Love You Mr. Arrogant Episode 22


Terlepas episod yang sebelumnya? Jom..


31 Oct 2013

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 21

Assalamualaikum..

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 21 |


Drama ni dah nak sampai ke penghujung dah nampaknya.. Irham dan Zaara lari sehingga ke Pulau Pinang. Nak enjoy-enjoy katanya. Semart lah kau wahai Mr. Arrogant. Sedih pulak bila tengok moment kakak Irham Zafrina tu meluah rasa. Sweet jugak eh suami dia, suka pulak tengok kebaikan hati suami kak Zaf tu..

Dan untuk Sherry si sotong tu, padan muka =) kekeke,

Jom layan drama ni, boleh tonton online menerusi link dibawah eh.

Love You Mr. Arrogant Episode 21


Love You Mr Arrogant E21 by Movie6v

Terlepas episod yang sebelumnya? Jom..


30 Oct 2013

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 20

Assalamualaikum..

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 20 |


Kena kahwin paksa dan akhirnya pengantin lelaki lari? Itulah yang jadi dekat Mr. Arrogant kita. Tapi takpe, dah papa sendiri yang suruh buat macamtu kan.... Jom tonton Love You Mr. Arrogant Episode 20 melalui link berikut :

Love You Mr. Arrogant Episode 20


Love You Mr Arrogant E20 by Movie6v

Terlepas episod yang sebelumnya? Jom..


29 Oct 2013

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 19

Assalamualaikum..

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 19 |


Sweet kan kali ni Zaara meluah rasa.. "I Love You Mr. Arrogant!" Fuhh, lega rasanya. Tapi punyalah poyo Mr. Arrogant kita ni. Sabar je lah ye Zaara.. Yang penting Abang Am awak pun sebenarnya sayang jugak kat awak..

Jom Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 19 melalui link di bawah berikut.

Love You Mr. Arrogant Episode 19


Love You Mr Arrogant E19 by Movie6v

Terlepas episod yang sebelumnya? Jom..


25 Oct 2013

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 18

Assalamualaikum..

Love You Mr. Arrogant Episode 18 |

Jahat kan Sherry tu tolak Zaara lemas dalam swimming pool. Dah la dia yang nak rampas suami Zaara, dia pulak ada hati busuk camtu. Kesian kan Zaara, bersabar betul dia. Comel.. Dah lemas, malam demam pulak. Aduhaii, time-time camni lah nak tau suami tu sanggup dan sudi tak jaga kita kan.

Berkali-kali Irham tu jatuh cinta tapi nak buat camne kan, dah namanya Mr. Arrogant haruslah dia ego dan poyo dengan perasaan sendiri. Tak, the time will come... Pasti ada cahaya dipenghujung jalan nanti InsyaAllah =)

Jom Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 18 menerusi link di bawah berikut ye

Love You Mr. Arrogant Episode 18


Love You Mr Arrogant E18 by Movie6v

Terlepas episod-episod terdahulu? Jom Tonton Online Love You Mr. Arrogant Full Episode 

24 Oct 2013

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 17

Assalamualaikum..

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 17 |


Untuk episode kali ni, sedih! Takde pun moment-moment lawak antara mereka. Tertunggu-tunggu jugak kan. Yang ada hanyalah laluan getir bagi Zaara. Dan dah tunjuk dah belang Sherry tu. Wah dah seronok-seronok berlibur dengan lelaki lain boleh pulak ada hati nak kawin dengan Mr. Arrogant ye. Ish, ish..

Di penghujung episod, Datin Maryam membuat pengumuman dan memperkenalkan Sherry sebagai menantu beliau yang baru. Sekali lagi terasa kesiannya Zaara.. Bersabarlah ye, Jom Tonton Online melalui link dibawah berikut eh.

Love You Mr. Arrogant Episode 17


Terlepas menonton episod-episod lepas? Jom Tonton Online Love You Mr. Arrogant Full Episode

Setulus kasih ucapan takziah kepada mangsa-mangsa yang terlibat banjir lumpur di Ringlet, Cameron Highland

21 Oct 2013

Gara-gara Mr. Arrogant

Assalamualaikum..

Love You Mr Arrogant? Of course la I Love You Mr. Arrogant!.. Semuanya gara-gara Mr. Arrogant habis semua adik-adik, akak-akak, makcik-makcik, nenek-nenek jatuh cinta lagi. Kali ni setiap hari Isnin sampai ler ke Khamis berkali-kali jatuh cinta. Heiish, tak boleh jadi ni!


Aduhaii, dari kuda ke katak. Lepas ni entah apa lagi la ayat-ayat si Mr. Arrogant ni kan. Paling best dan paling dihafal ayat si Mr. Arrogant ni 'memang tak arrrrr' kan.. kan.. Comel kan bila dia sebut camtu. Laa ni, dah menjadi-jadi trending Mr. Arrogant ni. Kat fesbuk, twitter, blog tak payah cakap ler. Heyyy, bertuah la awak ye Mr. Arrogant sebab jadi pujaan hati ramai. Aku jugak salah seorangnya. kekeekek



Saje nak bawak korang bergelak ketawa refresh episode minggu lepas. Reaksi yang bersahaja dari Mr. Arrogant berlagak bagus ni. Hehehe, tak pasal-pasal kau Zaara dahi kena jentik =)


18 Oct 2013

Love You Mr. Arrogant Episode 14

Assalamualaikum..

Love You Mr. Arrogant Episode 14 |



Comelnya hari ni tengok Irham bawak Zaara makan dekat kedai mamak dan lauk pilihan dia adalah ikan keli. Ikan yang konon-kononnya sebelum ni geli sangat kan, cehh sekarang dah suka pulak. Dan seronoknya bila Irham bawak Zaara pergi tengok rumah baru mereka... phewww =)

Jom Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 14 melalui link berikut :

Love You Mr Arrogant Episode 14



17 Oct 2013

Love You Mr Arrogant Episode 13

Assalamualaikum..

Love You Mr Arrogant Episode 13



Hai semua..semalam, sedihnya tengok Zaara. Menangis je dia dari awal sampai akhir. Kebaikan hati Zaara tak dapat nak disangkal lagi. Bila dah macam tu barulah Irham nak rasa bertuah sebab memilih Zaara dulu. Sekarang dah muncul wanita bernama Safiya yang merupakan kekasih lama Irham dahulu..

Makin menarik cerita ni nanti.. Jangan lupa Tonton Online Love You Mr Arrogant Episode 13 melalui link dibawah berikut ye.. Terlepas menyaksikan episode lain? Jom klik SINI

Love You Mr Arrogant Episode 13


Love You Mr Arrogant E13 by Pencuridrama

15 Oct 2013

Love You Mr Arrogant Episode 12

Assalamualaikum..

Love You Mr. Arrogant Episode 12


Episod kali ni secara terang-terangan Zaara digasak oleh mak mertua dan kakak ipar beliau. Nasib lah Zaara masih lagi menghormati mereka, hanya mampu berdiam tanpa berlawan kata. Sayu pulak hati bila tengok Zaara macam tu.. Kesian Zaara,

Jom Tonton Onlie Love You Mr. Arrogant Episode 12 ni melalui link dibawah berikut eh..

Love You Mr. Arrogant Episode 12


Love You Mr Arrogant E12 by Pencuridrama