Episod Akhir Drama Ariana Rose |
Drama Ariana Rose yang diadaptasi dari Novel 'The Wedding Breaker' bakal berakhir hari ini. Drama yang dibintangi oleh Keith Foo selaku Tengku Adam Kamil dan Fathia sebagai terjaju utama Ariana Rose ini nampaknya memang begitu banyak pengikut. Banyak yang terkesan melalui drama ini.
Kalau dah jodoh, larilah kita sejauh mana insyaAllah Allah tetap akan permudahkan cara. Kita hanya perlu yakin dan berusaha serta bertawakkal. Mungkin ending cerita ni tak dapat nak diagak dengan baik kerana banyak dari jalan cerita drama ni tersasar dari bahan novel tu sendiri. Tak mampu nak mengagak apa yang bakal terjadi dengan watak jahat Liyana, hero sebaik dan sekacak Harith dan apa yang terjadi kepada ibu tiri Ariana Rose itu sendiri. Berat jugak cerita ni sebenarnya. Bab bunuh membunuh ni yang paling aku tak suka sebenarnya..
Tapi, kekuatan cinta hati Ariana Rose dan Tengku Adam Kamil begitu mengujakan. Walau dalam pelat-pelat, ku akui aku juga jatuh cinta dengan watak pembawakan Tegku Adam. Bila beliau menitiskan airmata, haa part ni aku memang surrender. Tak sanggup dan aku, pipi sendiri pun basah jugak. He's soo sweet!
Mungkin kehebatan cinta dalam drama yang dilakonkan tak seindah realiti tapi apa yang kita boleh ambil adalah kekuatan cinta yang sebenar. Dan yang paling penting, cinta kita yang real kat alam nyata ni sebenarnya kita boleh lagi hebat dari yang mereka lakonkan. Percayalah!
Jom layan lagu tema Drama Ariana Rose oleh Dayang NurFaizah..
Jom tonton Ariana Rose Episode Akhir