Assalamualaikum..
Perselisihan faham antara menantu dan mertua sentiasa dijadikan tajuk perbincangan dan mendapat perhatian orang ramai malah drama-drama televisyen yang memaparkan isu ini pasti akan mendapat rating yang tinggi daripada penonton. Kenapa? Sudah tentu isu-isu ini dekat dengan masyarakat dan menjadi rencah kehidupan rumah tangga.
Hakikatnya, kita memang memerlukan pasangan hidup dan bermulanya kebahagian seseorang itu akan terserlah dengan kehadiran pasangan untuk melengkapi hidup. Namun, apabila seseorang itu berkahwin, dia tidak berkahwin dengan pasangannya sahaja tetapi juga dengan seluruh ahli keluarga pasangannya. Jadi secara tidak langsung dia akan menambah bilangan ahli keluarga dengan kehadiran mentua, ipar-duai dan saudara mara yang lain.
Hubungan di antara menantu dan mertua sememangnya amat penting kerana pada dasarnya perkahwinan yang diredai adalah perkahwinan atas dasar ibadah kepada Allah SWT dan bukan kerana cinta semata-mata.
Tips Untuk Bakal Menantu dan Mertua
MENANTU

image from google. |

- Memberi layanan yang baik dan ikhlas terhadap mertua.
- Sentasa doakan yang terbaik untuk mertua.
- Jangan lupakan ibu kandung selepas berkahwin.
- menghargai mertua dengan memberi hadiah kepadanya.
- Sentiasa perbaiki diri.
- Amalkan 5 'S' (senyum, salam, sapa, sopan, santun)
MERTUA
- Memberi layanan dan perhatian yang lebih kepada menantu.
- Menerima menantu dengan seadanya.
- Sentiasa mendoakan kesejahteraan menantu.
- Jangan sesekali merendahkan kebolehan dan kekurangan menantu.
- Jangan mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan terhadap menantu.
The truth is ---> masih bujang (status updated) hehehe =)