Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Tips Mendidik Anak. Show all posts
Showing posts with label Tips Mendidik Anak. Show all posts

22 Feb 2016

Pencapaian Setahun

Assalamualaikum..

Isnin lepas 15.02.16 Sarah genap setahun. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat kurniaan ni. 12 bulan bersama Sarah, macam-macam benda dilalui bersama. Suka duka menangis ketawa semua dirasai. Banyak perkara yang mama tak mampu nak ungkap dengan kata-kata.

Seronok bila melihat anak membesar depan mata. Step by step dia berkembang. Meniarap menjulur merangkak duduk memanjat berdiri. Berjalan je belum lagi setakat hari ni. Alhamdulillah, sekali lagi syukur atas nikmat kesihatan yang Allah bagi. Setiap perkembangan dia buat kita ternanti-nanti tapi bila anak dah berjaya melepasi tahap tu kita pulak yang rasa rindu nak dia kecil semula. Kan..

Pencapaian Setahun Sarah.

  • Berat 6.8kg (zone kuning lagi -minggu depan kena jumpa dietician)
  • Tinggi 67cm
  • Gigi 4 batang (2 atas & 2 bawah) -Lagi 2 diatas baru keluar tunas
  • Pandai berdiri tapi belum berani nak melangkah lagi.
  • "Uppa" paling kerap yang di sebut. 
  • Bek (bird) -yang terbang semuanya bek. Lalat pun bek jugak.
  • Tak tau apa yang dia takut sebab semua benda dia relax je. 
  • Jenis "Malu tapi mahu"
  • Sayang -kalau datang time dia nak semua orang dia nak sayang (cium pipi &laga kepala) 
  • Masih lagi full breastfeed secara direct
  • Kuat merap @ ngempeng
  • Suka merajuk (nangis sambung-sambung)
  • Daya tahan sakit dia kuat -Alhamdulillah
  • Makan ikut mood dia. 
  • Liat masuk dan liat nak keluar bilik air untuk mandi
  • *lain-lain akan di update ye 

Takde apa yang mama harapkan selain Sarah terus membesar dengan baik, sihat sejahtera selalu. Mama bertuah sangat dapat bersama dengan Sarah anak solehah mama! 
*kadang mama termarah, semua sebab sayang tau... Dah besar nanti Sarah baca lablog mama  ni tau.

23 Apr 2013

Cara Didikan Warnai Dunia Anak

Assalamualaikum..

Menjadi ibubapa bukan semudah ABC, mendidik mereka pula bukan seringkas 123. Didikan yang baik mampu mewarnai kehidupan mereka malah memudahkan kita untuk memerhatikan mereka. Tips-tips ini mungkin boleh memandu kita untuk merancang cara didikan kepada anak kita.

google image

#Kanak-kanak insan naif. Apa sahaja yang anda katakan kepada mereka akan dipercayai bulat-bulat. Berhati-hati dengan setiap tutur kata dan maklumat yang diberikan kepada mereka. Jangan biarkan mereka percaya kepada sesuatu yang tidak benar kerana keupayaan mereka mengingati lebih jauh dari sangkaan anda.

#Kanak-kanak gemar cabaran. Jika anda gemar melarang mereka membuat sesuatu maka mereka menganggap itu sebagai cabaran untuk melakukannya dan meloloskan diri dari hukuman. Jangan anggap itu sebagai tekanan, tanganinya dengan tenang dan rasional.

#Jangan gunakan rasuah sebagai ganjaran! Bimbang nanti mereka menganggap rasuah adalah salah satu cara untuk mendapatkan apa yang diingini.

#Jangan paksa mereka berjanji. Kanak-kanak tidak pandai berjanji, jadi jangan memberi tekanan kepada mereka dengan janji yang dibuat kemudian menghukum mereka jika tidak menunaikan janji. Beri mereka peluang untuk melakukan yang terbaik.

#Permudahkan sesuatu yang sukar. Jangan kelirukan kanak-kanak dengan menyuruh mereka membuat sesuatu yang banyak dalam satu masa.

#Jangan terlalu manjakan anak dengan memberi apa yang mereka mahukan. Mereka akan mula mengharapnya setiap masa.

#Jika anda mengadakan satu pertandingan bersama anak, jangan menukar aturan pertandingan sesuka hati. Mereka akan fikir aturan boleh ditukar bila-bila masa.

#Jangan biarkan mereka berasa bersalah. Mereka akan membesar dengan memaksa diri membuat keputusan sukar dan menyalahkan diri sendiri diatas kegagalan dialami.

#Berhati-hati dengan apa yang anda pinta anak anda lakukan. Beri arahan jika benar-benar penting. Jangan memberi arahan sebagai satu jenaka kerana mereka akan mengambil jalan endah tak endah walaupun pada perkara serius. 

#Jangan memberi arahan seperti anda pasukan tentera, memberi arahan dan mengharapkan tindak balas on the spot. Lebih baik jelaskan apa yang anda mahu dan biarkan mereka belajar membuat dan mencari sendiri cara untuk menyelesaikannya. Mungkin anda boleh memerhatikan mereka dari jauh.


~Anak-anak sekarang ni semuanya bijak-bijak kan,