Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Tips Menarik Kejayaan dan Kebahagian. Show all posts
Showing posts with label Tips Menarik Kejayaan dan Kebahagian. Show all posts

27 Dec 2013

Amalan Sunat Hari Jumaat

Amalan Sunat Hari Jumaat |

Assalamualaikum..

1. Perbanyakkan Selawat kepada Rasulullah saw pada malam Jumaat dan siang hari Jumaat. Sabda Baginda saw, maksudnya : "Perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari Jumaat dan malam Jumaar. Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat dan memberikan salam kepadanya sepuluh kali." (Riwayat al-Baihaqi).

2. Membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat atau malam Jumaat. Abu Sa'id meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca surah al-kahfi pada hari Jumaat, maka ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat." (Riwayat al-Nasa'i dan al-Baihaqi)

3. Mandi sunat, berhias, bersiwak dan memakai wangian. Daripada Ibn Abas, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya hari ini (Jumaat) ialah Hari Raya yang Allah jadikan untuk kaum Muslimin. Sesiapa yang mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah ia mandi. Jika ia memiliki minyak wangi, maka hendaklah ia memakainya. Hendaklah pula kalian bersiwak." (Riwayat Ibn Majah dengan sanad hasan)

4. Bersegera menghadiri solat Jumaat. Malah terdapat ganjaran yang berbeza bagi orang yang bersegera ke masjid pada hari Jumaat berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah daripada Rasulullah, yang diringkaskan seperti berikut :

Waktu masuk ke masjid....    --------->     Seolah-olah berkorban.....
* awal waktu                        --------->      seekor unta
* waktu kedua                      --------->      seekor lembu
* waktu ketiga                      --------->      seekor kambing kibas
* waktu keempat                  --------->      seekor ayam
*waktu terakhir                     -------->       sebiji telur

5. Berusaha untuk duduk dekat dengan imam semasa solat Jumaat. Samurah meriwayatkan daripada Rasulullah  saw sabda baginda yang bermaksud: "Hadirilah khutbah dan dekatlah kepada imam. Sesungguhnya seseorang yang sentiasa menjauh akan diakhirkan tempatnya disyurga meskipun ia memasukinya." (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)


3 Dec 2013

Kaya Harta, Kaya Jiwa

Assalamualaikum..

Kaya Harta, Kaya Jiwa |


Setiap kita mengimpikan kesenangan, hidup dalam limpahan harta dan kemewahan. Selalu juga kita menganggap bahawa kekayaan harta benda lebih bermakna daripada kekayaan hati dan jiwa. Disebabkan itu, selalu kita terlajak dalam perbuatan kerana lebih mengejar kekayaan dunia melebihi kekayaan akhirat.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya ialah kaa jiwa."
(Riwayat Bukhari)

Masih ingatkah kisah Qarun pada zaman Nabi Musa yang menjadi contoh manusia yang kufur dan angkuh dengan kekayaan yang dimilikinya? Dia bakhil, juga boros pasa perkara-perkara yang tidak kena tempat (perkara haram), sedangkan Islam memerintahkan umat-Nya bersederhana dalam membelanjakan harta disamping mengeluarkan zakat yang difardukan.

Mendapatkan kekayaan tidak salah sama sekali. Sesungguhnya kekayaan harta dan usaha untuk mendapatkan harta tidak menjadi halangan di dalam Islam selagi seseorang itu berusaha dan bekerja dengan cara yang halal dan menunaikan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Namun mana yang lebih utama? Hidup mewah tetapi kosong jiwa atau hidup sederhana seadanya tetapi kaya jiwa?? Mana satu pilihan kita?

2 Dec 2013

Kerana Lidah Badan Binasa

Assalamualaikum..

Kerana Lidah Badan Binasa |

Lisan atau lidah - anggota tubuh terpenting dan salah satu nikmat Allah yang wajib disyukuri. Dengan lidah manusia dapat bertutur dan berhubung sesama manusia, memberi arahan pada haiwan dan menxahirkan sesuatu dalam bentuk perkataan pada Yang Esa. Namun kadangkala manusia terlupa untuk bersyukur. Malah dosa manusia banyak berpunca daripada keterlanjuran mulut yang tidak dikawal. Kata orang, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.


Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Aku memberi jaminan sebuah rumah dalam kebun syurga bagi orang yang meninggalkan berdebatan, meskipun dia benar. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang tidak berbohong walaupun sekadar bergurau. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tempat paling tinggi di dalam syurga bagi orang mempunyai budi pekerti baik." -Riwayat Abu Daud.

Percakapan juga seperti perbuatan melambangkan tahap keimanan seseorang. Kerana besarnya bencana berpunca daripada lidah. Rasulullah menganjurkan sesiapa yang tidak mampu mengawalnya daripada berkata-kata tidak baik, lebih baik dia mendiamkan diri.

Baginda bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka bercakaplah perkara baik atau mendiamkan diri." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

Berdiam diri adalah cara paling mudah menyelamatkan diri daripada fitnah, mengumpat dan meluahkan perkataan yang tidak perlu seperti peringatan Rasulullah yang diriwayatkan Ahmad, "Sesiapa yang diam, dia akan selamat."

Beruntunglah sesiapa yang mampu menjaga lidahnya sehingga menjadi lambang ketulusan budi dan pekertinya. Sesiapa yang sentiasa berkata benar dan disenangi orang lain, hidupnya dalam kesejahteraan dan kedamaian.


10 Nov 2013

A Letter From Mon and Dad

Assalamualaikum..

A Letter From Mom & Dad |

Bila aku tengok video ni.... Ya Allah, rasa sedih sayu pilu sangat-sangat. Hati tersentuh, terkesan dengan apa yang ada. Nak menangis rasanya tengok. Ibu bapa kita takkan dapat cari pengganti, hargailah mereka selagi mereka masih ada.. Sayangilah mereka seadanya.



Apa yang awak-awak rasa? 


7 Nov 2013

Never Give Up

Assalamualaikum..

Never Give Up |

Bila tengok video ni, betul-betul tersentuh hati. Awesome true story! Serius respek sangat ketabahan hati dan kecekalan semangat beliau. Memiliki bapa yang sangat supportive.. Terbaik!



Sumber inspirasi.. Never ever give up! Motivasi diri dikala "psychology drop until zero"

2 Nov 2013

If You're Happy And You Know It

Assalamualaikum..

Happy, bahagia dan gembira? Baguslah.. Semoga kebahagian terus mengiringi perjalanan hidup kita. Dah lama tak dengar lagu ni. Jom kita nyanyi dah bergembira bersamanya..


Tetiba feel jadi kanak-kanak pulak.. Relax, jangan stress-stress. Seronok je tengok budak-budak kecik sebelah rumah ni main-main. Tak payah fikir tentang masalah, tak perlu susah-susah nak buat pilihan. Tak perlu sakit-sakit kepala nak fikir baik buruk.. Kan, alangkah bahagianya jadi kanak-kanak ni.


11 Jul 2013

Tips : Menarik Kejayaan dan Kebahagian

Assalamualaikum..

Setiap pagi, sebelum keluar mencari rezeki pejam mata sebentar dan niat supaya sentiasa berfikiran positif dan berwajah ceria. Ini kerana getaran positif sentiasa menarik perkara-perkara positif mendekati kita.

Perkara ini sesuai dengan seruan Nabi Muhammad "Elakkan terlalu membebani jiwamu dengan semua kesedihan hati. Hiburlah dirimu dengan hal-hal yang ringan dan membahagiakan kerana apabila hati terus dipaksa memikul beban-beban yang berat, ia menjadi buta."


Selamat berpuasa..