Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts

30 Sept 2015

Tips Pencegahan Penyakit Akibat Jerebu

Tips Pencegahan Penyakit Akibat Jerebu |

Assalamualaikum..

Jerebu mengundang bahaya kepada tubuh badan kita


Nasihat dibawah boleh diikuti bagi mencegah penyakit akibat jerebu :
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam Kumpulan Berisiko Tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung dan mulut (mask) hendaklah digunakan oleh semua pengguna motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan kemudahan hawa dingin (acond) sekiranya menaiki kenderaan anda.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya, mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.

5 Feb 2014

5 Tips : Bakar Lebih Kalori Di Rumah

5 Tips : Bakar Lebih Kalori Di Rumah (Dan Turunkan Berat Badan Dengan Mudah Dan Murah) |

Assalamualaikum..



2 Sept 2013

Kelaparan Yang Menyakitkan

Assalamualaikum..

Kelaparan Yang Menyakitkan. Sesetengah orang merasa sangat lapar dan ianya menyakitkan iaitu perasaan kosong yang berterusan di dalam perut dan ia hanya akan dapat dilegakan dengan makan. Ini selalunya berlaku pada waktu malam, kebiasaannya selepas tidur.


Ini merupakan tanda-tanda ulser gastroduodenum. Ini berlaku disebabkan oleh jus gaster yang berlebihan di dalam perut yang mengganggu lapisan, mewujudkan kontraksi  ganas yang dikenali sebagai kelaparan yang menyakitkan. Dalam situasi sebegini, ya kita syorkan untuk makan malam. Adalah baik untuk makan makanan beralkali sejuk seperti
     *susu sejuk
     *pisang atau epal
     *biskut tawar atau bijirin.
Makanan yang panas, pedas, kopi, bergoreng dan makanan berat harus dielakkan.

Namun begitu, bagi mendapatkan penyelesaian kepada masalah ini, pesakit harus berjumpa dengan doktor yang akan mengdiagnosnya dengan ulser gastroduodenum dan memberikan rawatan yang sewajarnya.

#makan sebelum lapar, #berhenti sebelum kenyang



"Peperangan yang paling besar ialah peperangan dalam diri. Perang melawan nafsu"

26 Aug 2013

Kenapa Diri Payah Berubah?

Assalamualaikum..


Sejujurnya, kita sering merasa terkilan pada diri sendiri apabila bercakap mengenai membuat perubahan. Kita sering berada di takuk lama dan copy paste pencapaian semalam untuk hari-hari mendatang di sepanjang laluan hidup. Kita seperti tidak punya api di dalam untuk mencipta perubahan bermakna. Kita sering didorong untuk menjadi lebih baik;
Sesiapa yang hari ini lebih baik dari semalam dia orang yang untung. Sesiapa yang hari ini sama sahaja dengan semalam dia orang yang rugi. Sesiapa yang hari ini lebih buruk dari semalam dia orang zalim,

Perubahan perlu pada setiap 24 jam. Hari semalam yang telah ditinggalkan dengan bekas yang samar perlu menjadi pemacu kecemerlangan hari ini. Cuba kita bayangkan berapa banyak peningkatan yang berjaya dilakukan sejak 365 hari yang sudah. Alangkah hebatnya seorang itu pad tahun ini! Pastikan bagi suruhan itu matlamatnya adalah takwa, tapaknya iman. Pelaksanaannya, dua perkara yang berjalan seiring; jangan buat maksiat dan bina ketaatan. Perubahan akan lengkap apabila pendorong dalamannya adalah cita-cita meraih keredhaan Allah. Pakej ini berupaya membina diri seorang Muslim.

Dengan pendekatan ini, Rasulullah SAW telah berjaya memacu para Sahabat daripada 'Zero to Hero' daripada masyarakat yang musnah tidak berharga kepada penguasa dunia henat selamat berzaman-zaman lamanya. Kita dapati, Rasulullah SAW memulakan usaha dakwahnya pada usia 40 tahun dan tamat apabila baginda wafat pada usia 63 tahun.

Rasulullah hanya mempunyai tempoh 23 tahun untuk membina suatu asas tamadun gemilang dengan pengikut berbilion jumlahnya hingga ke hari ini. Alangkah singkat masa tetapi hasil didikan Baginda tahan berkurun-kurun lamanya. Ia sesuatu yang benar-benar hebat!


#pilihan kita golongan yang mana?

24 Aug 2013

Penyakit Lembu Gila

Assalamualaikum..

Penyakit Lembu Gila. Fakta bahawa jumlah orang yang dijangkiti disebabkan oleh varian manusia terhadap penyakit ini agak rendah, tetapi kerisauan sosial banyak berlaku di seluruh Eropah. Perkara ini boleh berlaku berdasarkan kepada fakta bahawa ia sejenis penyakit yang membingungkan, dengan ketidakpastian bagaimana ia boleh menjangkiti. Sehingga kini masih tidak ada rawatan untuknya.


Definisi : Bovin Spongiform Ensefalitis (BSE) merupakan kerosakan yang berlaku terhadap tisu-tisu otak yang menjadikan seperti span. Sejenis protein abnormal dinamakan prion berpatogen menyebabkan ia berlaku kepada manusia. Spongeform Ensefalitis berlaku disebabkan oleh pemakanan hasil daging yang telah dicemari dengan prion yang dipanggil "varian baru penyakit Creuttzfeldt-Jacob".

Cara Penjangkitan : Dalam kebanyakan kes, ia menjangkiti mamalia dan ia disebarkan dari satu ke yang lain apabila mereka makan bahagian badan haiwan lain yang telah dijangkiti. Ia juga disebarkan melalui darah (sebagai contoh tranfusi) dan melalui kulit (terdapat kes jangkitan daripada krim kecantikan yang disediakan degan menggunakan hasil bovin).

Perebakan Jangkitan : Spongiform Ensefalitis telah diketahui menjangkiti biri-biri sejak dua ratus tahun sebagai scraple.

  • Lembu dijangkiti apabila ia diberi makan campuran yang disediakan menggunakan bahagian dalaman biri-biri atau kambing yang sakit, satu amalan biasa sejak beberapa dekat lalu di Eropah Barat.
  • Makanan campuran disediakan dengan menggunakan bahagian dalaman lembu, sesetengahnya sakit, telah digunakan di Eropah sebagai makanan kepada lembu-lembu lian, dengan itu bermakna bahawa penyakit itu tersebar kepada anak-anak lembu.
  • Manusia dijangkiti apabila mereka memakan hasil daging yang dibuat dengan SRM daripada haiwan-haiwan yang sakit, atau apabila mereka bersentuhan dengan hasil-hasil yang telah tercemar.

Tindakan penyakit Ini Terhadap Manusia : Di antara 5 dan 15 tahun beberapa gejala-gejala akan muncul: kehilangan ingatan yang progresif, kerisauan dan kekecewaan, kekejangan otot, koordinasi motor rosak dan demensia. Kematian berlaku beberapa tahun selepas gejala-gejala ini muncul.

SRM (Specific Risk Material): Ini merupakan nama bahagian-bahagian haiwan yang boleh menyebarkan penyakit apabila ia dimakan oleh manusia atau haiwan-haiwan lian. Ia terdiri daripada otak, saraf perferal, tulang (dan geletin yang disediakan menggunakannya), visera (termasuk usus) dan darah. Daging tanpa lemak dan tanpa tulang atau saraf tidak menyebarkan penyakit; begitu juga dengan susu.

Pencegahan : Memandangkan tidak terdapat rawaan untuk penyakit ini, mereka yang mahu memakan daging harus mengalakkan untuk memakan atau bersentuhan dengan SRM daripada haiwan yang telah dicemari. 

29 Jul 2013

Atasi Masalah Bibir Kering & Pecah

Assalamualaikum..

Bibir merupakan sebahagian daripada keindahan wajah yang mengulit perhatian. Bibir yang menarik dan sihat akan menjadi cermin kepada kecantikan anda. Namun, kita perlu tahu bahawa kesihatan bibir juga haruslah selalu dijaga. Pernahkah anda mengalami bibir kering atau pecah lebih-lebih lagi ketika bulan puasa ini? Bibir yang kering kelihatan pecah dan mengelupas biasanya dikaitkan dengan keadaan cuaca panas ataupun udara kering, contohnya berada dalam bilik berhawa dingin atau kawasan sejuk dalam jangka masa yang lama.

Bibir yang pecah biasanya akan mudah terluka dan menybabkan rasa sakit. Apabila keadaan ini tidak boleh dirawat, boleh menyebabkan jangkitan bibir. Bibir kering, pecah dan mengelupas biasanya dikaitkan dengan kekurangan air. Namun tahukah anda bahawa air tidak semestinya penyebab bibir kering, pecah dan mengelupas?

FAKTOR PENYEBAB:

  • Pencemaran udara dan debu.
  • Makanan yang terlalu masam datau masin.
  • Kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Menggunakan kosmetik yang bahan kimianya terlalu kuat atau disebabkan oleh alergi terhadap kosmetik tertentu.
  • Menggunakan ubat giri yang mengandungi detergent berlebihan.
  • Tabiat suka menjilat bibir.


LANGKAH PENCEGAHAN:

1. Madu.
~Madu dikenali sebagai pelembab alami yang sangat baik.Madu membantu pengelupasan kulit dan merangsang sel kulit baru yang membuat kulit lebih sihat.

2. Mentimun.
~Mentimun dapat melembabkan bibir. Hancurkan atau kisarkan mentimun kemudian sapukan pada bibir. Bibir akan mudah menyerap jus mentimun yang melembabkan dan menenangkan kulit.

3. Minyak Zaitun.
~Minyak zaitun juga bermanfaat untuk mengatasi kulit kering dan pecah. Campurkan satu sudu teh minyak zaitun dan sedikit gula pasir. Sapukan campuran tersebut pada bibir dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Selain melembutkan, bibir juga akan sihat menawan.

4. Air Kosong.
~Minum air kosong lapan gelas sehari kerana kekurangan air boleh menyebabkan dehidrasi dan membuatkan bibir menjadi kering.

5. Pelembab Bibir.
~Sapu pelembab bibir pada waktu malam sebelum tidur supaya bibir akan terus kekal lembap walaupun anda sedang lena dibuai mimpi indah.

2 Jul 2013

Kebaikan Susu Ibu

Assalamualaikum..


  • Susu ibu mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul.
  • Sebaik selepas melahirkan, sus pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.
  • Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit-birit, selsema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama untuk bayi.
  • Susu ibu mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.
  • Selain itu, ia juga bersih dan bebas bakteria serta mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel arah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria.
  • Susuibu tersedia bila-bila masa dan sentiasa steril, susu ibu tidak pernah rosak dan sentiasa segar. 
  • Ia juga dikatakan mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi.
  • Mengeratkan hubungan antara ibu dan anak.

30 Jun 2013

Tips Atasi Sakit Mata


Assalamualaikum..

Mata merah, bengkak, gatal dan ada ketikanya mengeluarkan selaput mata. Berhati-hatilah jika anda mengalami penyakit mata kerana ia mudah menular kepada mereka yang berada di sekeliling anda. Penularan ini adalah melalui benda-benda yang dipakai atau bersentuhan dengan mata seperti sapu tangan, tuala, cermin mata atau tangan anda sendiri. Jadi tidak hairanlah jikalau anda terkena penyakit mata, keluarga anda adalah antara yang terawak sekali dijangkiti.



Ketika sedang sakit mata, biasa nya anda akan berasa seolah-olah ada benda asing yang masuk ke dalam mata, lalu tangan mulalah menyapu mata. Lama kelamaan, tangan mula menggosok mata hingga timbul rasa gatal-gatal dan mata memerah. Seterusnya mata mulai membengkak dan akhirnya selaput mata mula keluar. Mata juga terasa seperti berat dan sensitif terhadap cahaya. Sakit mata atau konjungtivitis ini boleh disebabkan oleh virus, bakteria atau alahan terhadap sesuatu seperti debu, asap atau bahan kimia, Sekiranya anda mengalami tanda-tanda penyakit mata seperti ini cuba ikuti beberapa panduan di bawah :

  • Tekap mata anda dengan menutup kelopak mata dan gunakan tuala yang direndam dengan air suam. Tekapkan antara 5-10 minit dan ukangi sehingga bengkak surut. 
  • Gunakan antibiotik yang disarankan oleh doktor anda selama dua hari atau sehingga gejalanya mereda.
  • Elakkan menggunakan pelbagai ubat titis mata selain yang disarankan oleh doktor. Elakkan juga dari menggunakan kosmetik seperti pensel mata, pembayang mata atau maskara.
  • Elakkan menggunakan kanta lekap selama dua hari setelah ubat mata digunakan.
  • Pastikan orang lain terutama ahki keluarga tidak menggunakan barang yang sama yang telah anda gunakan seperti baju, tuala, sarung bantal, cermin mata dan sebagainya.
  • Jauhi dari aktiviti renang ketika sedang sakit mata agar bakteria yang terdapat pada air tidak memudaratkan lagi sakit mata anda.
  • Elakkan bersentuhan dengan orang lain seperti bersalam dan sebagainya ketika anda sedang sakit.
  • Jauhi daripada menggunakan ubat mata orang lain yang diberi oleh doktor. Jumpa doktor atau pergi ke farmasi untuk mendapatkan ubat khas untuk diri sendiri.
Jom amalkam hidup sihat. Mata adalah anugerah, jom kita jaga sebaiknya..

17 Jun 2013

Khasiat Vitamin B Yang Pelbagai

Assalamualaikum..


Vitamin B1 (tiamin)
Vitamin ini penting untuk kesihatan otak dan sel saraf. Boleh didapati pada biji-bijian dan makanan yang telah diperkaya seperti roti, nasi, pasta dan bijirin sarapan.

Vitamin B5 (asid pantotenat)
Merupakan bentuk koenzim yang dapat membantu menghantar rangsangan saraf. Sumber B5 ada pada daging, ikan, bijirin sarapan, legum, susu, sayur dan buah-buahan.

Vitamin B6 (piridoksin)
Membantu mengubah triptophan menjadi serotonin, zat kimia otak yang boleh menimbulkan rasa tenang bagi tubuh badan. Rendahnya kadar serotonin umumnya akan membuatkan orang cepat stress sukar untuk tidur dan depresi. Sumber vitamin B6 boleh didapati pada daging ayam, ikan, hati, bijirin sarapan, kekacang dan legum.

Vitamin B12 (sianokobalamin)
Vitamin ini membantu mempertahankan jaringan saraf agar tetap sihat. Sumber vitamin B12 ada pada telur, daging, ikan, susu serta produk olahannya.

Asid Folik
Sangat penting untuk metabolisme asid lemak rantai panjang pada otak. Boleh didapati pada pisang, jus limau, bijirin yang telah difortifikasi, lemon, strawberi, sayuran dan kekacang yang telah dikeringkan. Asid folik sangat penting bagi wanita yang merancang kehamilan. Kekurangan asid folik akan meningkatkan risiko terjadinya kelainan saraf tulang belakang (neural tube defect) pada janin.

13 Jun 2013

Petua Mengatasi Kesukaran Tidur

Assalamualaikum..

Gejala kurang tidur beberapa ketika lazimnya tidak mendatangkan mudarat, tetapi jika ia dibiarkan berterusan gejala insomnia ini boleh merosakkan badan. Kerana terlalu bimbang anda tidak mendapatkan cukup tidur, akhirnya anda tidak boleh melelapkan mata langsung. Hakikatnya kebanyakan pesakit insomnia tidur lebih daripada yang mereka sangka. Waktu tidur mereka hanya kurang 50-90 minit daripada orang lain yang tidur nyenyak.


Bagi yang mengalami masalah ini, cuba ikuti beberapa petua di bawah. Ia mungkin boleh membantu anda mengatasi kesukaran memelapkan mata.

Elak Menggunakan Pil Tidur
Ini kerana ia tidak menggalakan anda tidur secara asli, malah boleh menimbulkan kesan sampingan seperti mengantuk dan ketagih. Penggunaan herba dan minyak pati aroma yang disapu atau digunakan sebagai mandian juga boleh membantu. Malah penggunaan tersebut didapati lebih selamat berbanding menggunakan pil.

Lewatkan Waktu Tidur
Jika anda hanya boleh tidur pada jam tiga pagi, cuba berjaga sepanjang malam. Kemudian, anda cuba tidur jam enam pagi keesokan harinya. Hari berikutnya cuba tidur jam sembilan pagi kemudian 12 tengahari, tiga petang, enam petang, sembilan malam dan akhirnya cuba tidur pukul 11 malam. Apabila ia menjadi kebiasaan, mata anda akan berasa mengantuk setiap jam 11 malam. Pastikan persekitaran tidur anda juga selesa dan gelap untuk membantu memudahkan anda tidur.

Jadual Tidur Yang Tetap
Bentuk jadual tidur anda secara tetap. Ini kerana tidur yang tidak menentu akan membuatkan badan anda terbiasa berjaga. Akhirnya gejala insomnia anda juga masih tidak dapat diatasi.


Tidur yang berkualiti sangat penting tau...

11 Jun 2013

Punca Penyakit Lupa

Assalamualaikum..

Penyakit lupa sememangnya sering dialami oleh semua orang tidak kira tua atau muda. Namun punca terjadinya penyakit lupa ini adalah kerana kebiasaan :


  • Makan kepala ikan
  • Memakan organ-organ dalaman binatang seperti hati, limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
  • Makan makanan yang tercemar oleh semut. Ini kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
  • Jangan makan berlebihan. Untuk mengelakkan makan secara berlebihan, amalkan makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.
  • Jangan makan bersulam air. Ini bermaksud, jangan minum air di antara suapan makanan anda. Tunggu selesai makan barulah minum.
  • Selain itu, elakkan aktiviti fizikal atau sukan yang boleh menyebabkan gegaran atau hentakan yang kuat pada kepala seperti tinju, gusti dan sebagainya. Pergaduhan atau perkelahian sesama sendiri dengan tindakan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa. Gegaran atau hentakan yang kuat pada kepalayang terlalu kerap akan mengakibatkan kadar dopamin iaitu sejenis bahan kimia di dalam sel-sel otak menjadi berkurangan. Keadaan ini akan menyebabkan daya ingatan menjadi lemah dan otot-otot kurang bermaya. 

9 Jun 2013

Panduan Diet Rendah Lemak

Assalamualaikum..

Bagi anda yang ingin berdiet menggunakan kaedah Diet Rendah Lemak, anda boleh ikuti beberapa panduan dibawah :


  • Buat catatan di atas segala perbelanjaan anda dengan terperinci.
  • Pastikan setiap kali anda membeli barangan dapur atau makanan, anda turut memasukkan sayur, buah-buahan dan beras.
  • Kurangkan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi. Cuba imbanginya dengan melebihkan makanan yang mengandungi rendah lemak.
  • Buang kulit dan lemak dari ayam dan daging.
  • Elakkan dari memakan makanan dari organ dalaman haiwan seperti limpa, hati dan sebagainya. 
  • Jika anda penggemar keju, pastikan anda hanya mengambil keju yang rendah lemak.
  • Kaedah memasak anda perlu ditukar. Jika dahulu lebih banyak menggunakan kaedah menumis atau menggoreng, biasakan pula kaedah memasak yang tidak menggunakan minyak yang banyak seperti merebus, membakar, memanggang atau mengukus.
  • Amalkan tabiat membaca label pada setiap makanan yang dibeli. Mungkin makanan tersebut makanan yang sihat tetapi siapa tahu kandungan lemaknya pula masih tinggi.
  • Kurangkan makanan lemak tambahan seperti yang terdapat pada mentega, minyak sawit dan minyak kelapa. 
  • Untuk mengelakkan anda daripada bosan dengan menu tersebut, sentiasa mencuba dan memperbaharui menu anda setiap hari. Ini akan membantu diet anda menjadi lebih berkesan dan tahan lama.

Jom amalkan cara hidup sihat. Sihat-sihat selalu..