Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Tips Keibubapaan. Show all posts
Showing posts with label Tips Keibubapaan. Show all posts

29 Jun 2015

Perkembangan Baby Sarah 4 Bulan

Perkembangan Baby Sarah 4 Bulan |

Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukur. 15 June 2015 yang lalu genap Nur Sarah Alya 4 bulan. 2 hari selepas tu rutin kebiasaan setiap bulan melawat klinik kesihatan untuk check up. Result kali ni tak berapa nak memberangsangkan. Graf perkembangan Sarah tak cantik. Border line je. Masih ada peningkatan cuma tak berapa nak naik berat si Sarah ni.

Bulan lepas (3 bulan) berat Sarah 4.7kg dan dah 4 bulan ni bila timbang alahaii hanya 5kg je. Naik 300gram je sedangkan Sarah fully breastfeeding. Pulak tu kuat menyusu, kejap kejap nak susu je. Seharusnya berat tu naik banyak la kan.

*Berat-5kg *Tinggi-58cm *Lilitan kepala-38cm

Nak kata frustrated tu idakkk ler. Tapi sedikit sebanyak terasa la jugak kan. Bila tengok anak orang amboi kemain montel chubby je. 2-3bulan pun dan semangat naik berat badan. Anak kita macam tak cukup makan pulak. Macam-macam la hinggap kat kepala otak ni. Tapi pastu cuba think positive way. 

Nurse suruh ubah rutin Sarah ni. Sebab dah menjadi kebiasaan Baby Sarah aktif sangat-sangat disiang hari ditambah dengan ketidakmahuan dia untuk tidur secara baik waktu siang. Menurut nurse, baby perlu tidur waktu siang sekurang-kurangnya 2jam untuk membentuk jisim otot bayi. Waktu yang disarankan tengahari. Start dalam pukul 11 dan keatas tu dah cantik sangat la. Wajib tidur katanya. No wonder la Baby Sarah ni tak naik berat pun sebab asyik nak main je waktu siang. Tidur tak nak, asal suruh baring je mengamuk sedangkan mata dah mengantuk.

Alhamdulillah, sejak balik dari klinik (untuk seminggu awal puasa ni) mama cuba ubah rutin Sarah. Cuba ikut apa yang disarankan pihak klinik. Nampaknya berjaya. Berjaya buatkan Sarah tidur siang dan lebih dari 2jam yang sepatutnya. Mama nak maintain supaya Sarah berjaya seimbangkan waktu tidur dan waktu main dia. Menyusu tetap pasti la. 

8 Jun 2015

Formula Menidurkan Baby Sarah Siang Hari

Formula Menidurkan Baby Sarah Siang Hari |

Assalamualakum..

Alhamdulillah. Syukur diri ini masih lagi diberi kekuatan untuk menjaga buah hati Nur Sarah Alya ni. Satu perkara yang agak memenatkan bila sikecik ni payah sangat nak tidur siang. Buat lah macamana pun, tetap jugak dia nak berlawan mata tu walau hakikat memang dah mengantuk sangat. Dan akhirnya terpaksa melayan kisah mengamuk dia. Uhukkk, bila jadi camni benda penting yang selalu sematkan dalam kepala 'Sabar!'
Ni gambar minggu lepas. Lady Boss!
Hari ni, lepas zohor ni saja bawak Sarah tidur dalam bilik dan On Acond. Macam biasa la, mengantuk tu memang dah siap ada. Tapi energy si Sarah ni memang luar biasa. Mengantuk pun tetap tak mahu pejam mata tu. Owh anakku, mama penat sayang. Cuba selimutkan dia, maklumlah sejuk kan. Habis ditendangnya selimut tu. Bawah kaki la selimut tu mendarat akhirnya. 

Toing! tiba-tiba mama dapat idea. Mama nak bungkus anak mama ni. Bedung kaki tangan dia dengan selimut yang sedia ada tu. Terkebil-kebil jugak si comel Sarah ni mula-mula. Yelah dah berbulan-bulan maa tak bedung dia sejak dalam pantang lagi. Dari dulu dia bukan suka kena bedung. Kalau bedung pun sekejap je, elok pastu tangan dah keluar. 

Kali ni mama tak bagi peluang. Macam-macam eksperimen dah mama buat nak menidurkan dia siang hari. Semua tak jalan. Untuk hari ni alhamdulillah, menjadi pulak. Mama bedung dia dalam selimut, Ketat tak ketak la. Masih mampu jugak dia bergolek, maklumlah Sarah sekarang ni dah expert meniarap. Pelan-pelan mata dia mengecil. Dan elok pejam tidur sendiri, lagi mama tepuk montot dia lagi sedap dia tidur sambil alunan zikir munajat kat youtube. Alhamdulillah.   

Nanti mama nak cuba lagi. Masa main kita main,masa minum kita minum susu, masa tidur baby kenalah tidur.. okey sayang! 

22 Sept 2014

Kenapa Perlu Baca Blog Parenting

Kenapa Perlu Baca Blog Parenting |

Assalamualaikum..
Perjalanan hidup kita ni berkembang dari satu tahap ke tahap yang berlainan. Senang cerita dari baby yang tak tahu apa-apa, berkembang menjadi kanak-kanak riang, kemudian mencapai tempoh akil baligh dan selepas itu mula membesar menjadi seorang dewasa. Dari sendiri mula berdua, bertiga dan seterusnya. 
Parenting Blog? 
Mengikut pemahaman Aima sendiri, Parenting Blog, blog yang berkisar tentang perjalanan hidup rumah tangga khususnya anak-anak yang merupakan permata pelengkap jiwa. Blog yang sentiasa berkongsi ilmu keibubapaan, tips-tips mendidik dan membesarkan anak-anak tidak kira dalam apa jua bentuk sekalipun. Ada yang menulis dari sudut pandang isteri, yang dari perspektik suami pun tak kurang juga. Ilmu dan pengalaman tu yang banyak menjadi ikutan dan rujukan kepada pembaca diluar sana. 
Kenapa Perlu Baca Blog Parenting?
Saat ni, Aima merasakan blog-blog begini sangat penting dalam mempersiapkan diri kita sebagai suami, isteri mahupun ibubapa. Ilmu keibubapaan bukan hanya untuk mereka yang dah berkahwin sahaja betul tak. Persediaan tu yang paling penting. Macam Aima sendiri dah agak lewat baru betul-betul nak mendalami dunia parenting ni. Dah disahkan mengandung 3-4bulan baru nak sibuk-sibuk google sana sini nak dapatkan ilmu tentangnya. 
Besar cabarannya zaman sekarang dalam membesarkan anak-anak. Mental, fizikal, moral, sahsiah, rohani segala macam aspek yang kita kena ambil tahu, ambil peduli dan pantau. Sebab tu ilmu ni keibubapaan ni sangat penting. Pengalaman mereka yang terdahulu juga kena ambil kira. Mana yang baik kita ikut, yang buruk jadikan tauladan. Betul tak?
Kadang-kadang rasa terhibur bila membaca kisah-kisah yang parenting blogger ni kongsikan. Yelah, anak-anak sekarang ni kan macam-macam ragam. 
Haa, sebelum terlupa ni antara blog parenting yang Aima suka baca lately..
*BabyCenter (dah 4bulan baru sibuk nak baca perkembangan baby dalam perut ni, hehehe)

-Rasa semangat pulak nak tulis entri dan join segmen yang dianjurkan Blog Melastik Bintang ni. Elok jugak untuk persedian diri sendiri kan. Nak jadi ibu ni bukan mudah oooo.. Kepada yang nak join, dipersilakan. Semua pun boleh turut serta kata Tuan MelastikBintang ni. 


24 Nov 2013

Ibu dan Ayah Satu Pasukan

Assalamualaikum..

Ibu dan Ayah Satu Pasukan |


Bermula dari lafaz "Aku terima nikahnya" maka termeterailah satu ikatan yang suci antara dua hati. Kebahagian lebih terasa dengan kehadiran cahayamata, penyambung kasih sayang antara suami isteri, Namun, tugas baru sebagai ibu bapa mungkin menuntut terlalu banyak tenaga dan komitmen. Adakalanya ibu bapa mungkin merasa tertekan dan kecewa sekiranya merasakan diri mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan baik.

Dalam hal ini, ibu bapa biasanya memerlukan sokongan dan dorongan dari pelbagai pihak. Namun yang paling penting sekali ibu bapa perlu bekerjasama antara satu sama lain dengan penuh meafakat dan bersatu hati. Setiap langkah anda dalam mendidik anak-anak tentu akan menjadi lebih bermakna dengan ditemani oleh orang yang paling disayangi iaitu pasangan anda.

Ibu dan ayah boleh menjadi rakan sekerja yang sangat produktif sekiranya mereka saling bekerjasama dan faham memahami dalam usaha murni ini. Sudah pastilah anda mengharapkan pasangan masing-masing untuk menjadi individu yang paling memahami tanggungjawab yang anda pikul sebagai ibu atau ayah. Namun ada juga pasangan yang gagal menjalankan tugas dengan baik kerana tidak tahu bagaimana menjalankan tugas dengan baik kerana tidak tahu bagainama untuk membantu pasangannya mendidik anak-anak dengan berkesan. Jangan risau. Masih belum terlambat bagi anda untuk berbincang semula dan mencapai kata sepakat dalam hal ini.

Tidak dinafikan bahawa contoh-contoh yang berguna dari ibu bapa kita masih boleh digunakan. Namun memandangkan keadaan zaman yang semakin berubah dan mencabar, gaya pembelajaran teknik keibubapaan ini perlu diubah sedikit. Ibu bapa zaman moden perlu menjadi lebih proaktif dan membinasakan diri mempelajari ilmu-ilmu keibubapaan dari sumber-sumber lain dari awal lagi. Banyak kursus-kursus seumpama ini disediakan oleh kementerian, organisasi tertentu.

Maka sebagai ibu bapa alaf baru, bersedialah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anda dengan cara yang bukan konvensional ini. Ini tidak bermakna anda tidak pandai mengendalikan sendiri anak-anak anda tetapi cuma sebagai ilmu tambahan bagi memantapkan lagi pendekatan keibubapaan kita.


15 Nov 2013

Anak-Anak Adalah Hasil Acuan Ibu Bapa

Assalamualaikum..

Didikan yang baik tentunya akan menghasilkan anak-anak yang baik. Begitulah juga sebaliknya. Anak-anak mempelajari dunianya melalui acuan yang dibekalkan oleh ibu bapanya. Oleh itu pastikanlah acuan yang anda gunakan adalah acuan yang bersesuaian.

Menurut satu kata-kata seorang insan berilmu ;


"Jika anak dibesarkan dengan celaan, ia akan belajar memaki,

Jika anda dibesarkan dengan permusuhan, dia akan belajar berkelahi,

Jika anak-anak dibesarkan dengan cemuhan, dia akan belajar merendah diri

Jika anak dibesarkan dengan kerjasama, dia akan belajar menahan diri

Jika anak dibesarkan dengan motivasi, dia akan belajar menghargai,

Jika anak dibesarkan dengan sebaik-baik tindakan, dia akan belajar keadilan,

Jika anaka dibesarkan dengan rasa selamat, dia akan belajar menyenangi diri sendiri,

Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan, dia akan belajar menghayati cinta dan kasih sayang dalam kehidupannya,"


Mendidik anak adalah tanggungjawab ibu bapa yang terbesar. Anggaplah ianya sebagai satu kontrak antara kita dengan Allah untuk membentuk umat manusia yang beriman dan berguna. Kita mungkin hanya memiliki 17 tahun pertama dalam kehidupan anak-anak untuk melaksanakan tugas ini. Maka marilah kita lakukanlah dengan penuh dedikasi dan komitmen kerana Allah sentiasa akan menemani kita sepanjang perjalanan ini selagi kita beriman dan bertawakkal kepada Nya. Selamat meneruskan usaha murni anda.

Anak-anak ku? InsyaAllah soon =)


"Sesungguhnya lebih baik bagimu meninggalkan ahli, warismu dalam keadaan yang cukup daripada meninggalkan mereka menjadi beban tanggungjawab orang lain,"
-Hadis riwayat Bukhari Muslim- 

20 May 2013

Anak Derhaka | Afiq Owh Afiq

Assalamualaikum..


Hai salam Isnin untuk semua. Seminggu dua ni kecoh kan pasal kisah anak derhaka yang berlaku kepada pelakon Afiq Muiz tu. Aku sendiri pun terkejut. Yelah, ingatkan orangnya baik, cool nampak sopan je. Okey, sorry. Bukan nak judge sape-sape, bukan nak bergosip ke apa cuma I think I really care about this issue. Yelah, ANAK DERHAKA tu. Berat-berat..

Aku pun tak tahu cerita yang sebetulnya tentang mereka. Tak Tahu mana starting dan apa puncanya. Yang aku cuma nampak mereka anak beranak macam berbalas statement. Memang aku tak tahu mana betul mana salah. Entri ni cuma luahan hati aku sebagai seorang anak.

Pertama-tamanya kita kena ingat Syurga tu letakkanya bawah tapak kaki ibu. Letaknya ibu tu lebih 3kali dari bapa, jadi nampak tak betapa tinggi dan mulianya darjat seorang ibu. Baik tak baik ibu tu, tapi kalau arahan yang keluar dari mulutnya tu menepati syariah, selagi tak bertentangan dengan agama wajiblah kita ikut. Betul tak? Sebagai anak, beliau kena ingat.. kena bersyukur kerana masih lagi mempuyai umi. Ada orang tak berkesempatan pun nak panggil atau tengok rupa ibu sendiri.


Jalan terbaik adalah bersemuka, duduk berbincang. Make it clear. Bukan untuk mencari siapa betul, siapa salah. Tapi untuk simpul kan segala kepincangan, leraikan segala kekusutan. Takde seorang ibu pun kat dunia ni yang nak biarkan anak dia menderita. Semua ibu nak melihat anak dia membesar dengan baik, menjadi anak yang berguna.. Ingat tu, bukan dengan keluarkan statement yang mengeruhkan lagi keadaan. Berbalas cakap di media tak menyelesaikan malah menambah berat masalah ni. Turunkan ego, Aku setuju sangat dengan nasihat yang diberikan Shila Amzah kepada beliau. Sebelum terlambat, turun kan ego. Duduk berbincang.. (Orang yang berjaya ialah orang yang belajar memperbaiki kesilapan lalu dan belajar dari pengalaman orang lain)..


Apa pun, aku tak berhak komen sebab nothing related to me. Cuma bila melibatkan ibu, aku rasa sangat tersentuh hati.. I have mum, we really close. Sampai umur aku dah 26 ni pun aku masih terasa yang aku sangat perlukan my mum dan takde orang yang boleh menjaga aku sebaik my mum. Aku hanya rasa selamat dengan emak je.  

~I Write because I Care  (image source from uncle google)