Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Tips Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Tips Kehidupan. Show all posts

27 Dec 2013

Amalan Sunat Hari Jumaat

Amalan Sunat Hari Jumaat |

Assalamualaikum..

1. Perbanyakkan Selawat kepada Rasulullah saw pada malam Jumaat dan siang hari Jumaat. Sabda Baginda saw, maksudnya : "Perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari Jumaat dan malam Jumaar. Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat dan memberikan salam kepadanya sepuluh kali." (Riwayat al-Baihaqi).

2. Membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat atau malam Jumaat. Abu Sa'id meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca surah al-kahfi pada hari Jumaat, maka ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat." (Riwayat al-Nasa'i dan al-Baihaqi)

3. Mandi sunat, berhias, bersiwak dan memakai wangian. Daripada Ibn Abas, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya hari ini (Jumaat) ialah Hari Raya yang Allah jadikan untuk kaum Muslimin. Sesiapa yang mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah ia mandi. Jika ia memiliki minyak wangi, maka hendaklah ia memakainya. Hendaklah pula kalian bersiwak." (Riwayat Ibn Majah dengan sanad hasan)

4. Bersegera menghadiri solat Jumaat. Malah terdapat ganjaran yang berbeza bagi orang yang bersegera ke masjid pada hari Jumaat berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah daripada Rasulullah, yang diringkaskan seperti berikut :

Waktu masuk ke masjid....    --------->     Seolah-olah berkorban.....
* awal waktu                        --------->      seekor unta
* waktu kedua                      --------->      seekor lembu
* waktu ketiga                      --------->      seekor kambing kibas
* waktu keempat                  --------->      seekor ayam
*waktu terakhir                     -------->       sebiji telur

5. Berusaha untuk duduk dekat dengan imam semasa solat Jumaat. Samurah meriwayatkan daripada Rasulullah  saw sabda baginda yang bermaksud: "Hadirilah khutbah dan dekatlah kepada imam. Sesungguhnya seseorang yang sentiasa menjauh akan diakhirkan tempatnya disyurga meskipun ia memasukinya." (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)


9 Dec 2013

Kahwin Tak Semudah ABC 123

Kahwin Tak Semudah ABC 123 |

Assalamualaikum..

Pagi semalam berkesempatan mendengar bicara dari Ustaz Taha dalam rancangan Assalamualaikum di TV AlHijrah. Alhamdulillah, banyak jugak ilmu yang beliau sampaikan. Suka dengar bila Ustaz yang femes dengan panggilan Ustaz To'ha ni bercerita. Tajuk semalam yang beliau pilih adalah Kahwin Tak Semudah ABC 123.. Ye, setuju sangat dengan ustaz cakap tu!

Ni antara intipati yang beliau sebarkan semalam. Mungkin bagi yang dah berumah tangga tu lebih memahami. Dan untuk yang mahu dan bakal berumah tangga seperti ku ini, adalah baik untuk kita jadikan iktibar dan panduan supaya kita tak lah silap ambil langkah nanti. Yelah, kahwin tu bukan untuk sehari dua kan..

Bukan hanya hal 2 orang.

-Itulah hakikat perkahwinan, perkahwinan bukan hanya melibatkan hal dua hati. Bukan hanya setakat I Love You, You Love Me. Bukan hanya sekadar I suami, you isteri bila dah berumah tangga. Ia melibatkan banyak pihak. Perkahwinan bukan untuk memisahkan ibu dengan anak, tapi perkahwinan mengembangkan silaturrahim yang ada. Kaum keluarga kerabat dibesarkan. Sebab tu orang kata, bila berkahwin kita bukan hanya berkahwin berdua sahaja, tapi sekali dengan ahli keluarga, ibu bapa, adik beradik, saudara mara yang lain. 

Elakkan cerai urban.
-Macam kata Ustaz To'ha, mungkin mengikut kajian mereka yang berada dibandar lebih banyak yang mengalami masalah cerai urban ni. Zaman dah berubah, dunia dah maju. Kalau dahulu sebelum kahwin boleh je kita kata kita terima diri dia seadanya. Kenapa bila dah lama-lama, bak kata ayat sebelum tadi "zaman dah berubah, dunia dah maju" kita pun nak berubah sama. Kita jadi cepat bosan, menyampah.. Masing-masing dah mula memaling muka kearah lain. Pastu bila dah takde persefahaman mula lah nak berpisah. Hurrrrm takutnya nak hadapi macam ni. 

Yang penting, dalam kesibukan dunia yang bergerak pantas, kekangan masa yang kadangkala tak bisa dikawal belajarlah untuk menghargai mereka yang berada di sekeliling kita. Ye, suami dan isteri. Kadangkala kuantiti tidak menjamin kualiti. Kualiti masa itu yang diharapkan. Biar masing-masing sibuk tetapi bila masa yang ada itu digunakan sebaiknya bersama... pasti indahkan..  

Jangan taat buta tuli.
-Pesanan ni khusus untuk para isteri kata Ustaz To'ha lagi. Jangan terlalu mengikut kata atau taat andai perintah suami itu melanggar fitrah atau berpaling dari perintah Allah. Isteri memang wajib taat kepada suami kerana sesungguhnya syurga seorang isteri terletak ditelapak kaki suaminya. Redha isteri adalah redha suaminya. Nak jadi isteri derhaka? Tak nak kan... Tapi kalau dah arahan si suami terang-terang membelakangkan agama, pesanan ustaz tadi jangan taat buta tuli.

Terima kasih kerana membaca, sekadar berkongsi. Mohon betulkan andai ada yang tersalah sampai.


3 Dec 2013

Kaya Harta, Kaya Jiwa

Assalamualaikum..

Kaya Harta, Kaya Jiwa |


Setiap kita mengimpikan kesenangan, hidup dalam limpahan harta dan kemewahan. Selalu juga kita menganggap bahawa kekayaan harta benda lebih bermakna daripada kekayaan hati dan jiwa. Disebabkan itu, selalu kita terlajak dalam perbuatan kerana lebih mengejar kekayaan dunia melebihi kekayaan akhirat.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya ialah kaa jiwa."
(Riwayat Bukhari)

Masih ingatkah kisah Qarun pada zaman Nabi Musa yang menjadi contoh manusia yang kufur dan angkuh dengan kekayaan yang dimilikinya? Dia bakhil, juga boros pasa perkara-perkara yang tidak kena tempat (perkara haram), sedangkan Islam memerintahkan umat-Nya bersederhana dalam membelanjakan harta disamping mengeluarkan zakat yang difardukan.

Mendapatkan kekayaan tidak salah sama sekali. Sesungguhnya kekayaan harta dan usaha untuk mendapatkan harta tidak menjadi halangan di dalam Islam selagi seseorang itu berusaha dan bekerja dengan cara yang halal dan menunaikan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Namun mana yang lebih utama? Hidup mewah tetapi kosong jiwa atau hidup sederhana seadanya tetapi kaya jiwa?? Mana satu pilihan kita?

2 Dec 2013

Kerana Lidah Badan Binasa

Assalamualaikum..

Kerana Lidah Badan Binasa |

Lisan atau lidah - anggota tubuh terpenting dan salah satu nikmat Allah yang wajib disyukuri. Dengan lidah manusia dapat bertutur dan berhubung sesama manusia, memberi arahan pada haiwan dan menxahirkan sesuatu dalam bentuk perkataan pada Yang Esa. Namun kadangkala manusia terlupa untuk bersyukur. Malah dosa manusia banyak berpunca daripada keterlanjuran mulut yang tidak dikawal. Kata orang, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.


Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Aku memberi jaminan sebuah rumah dalam kebun syurga bagi orang yang meninggalkan berdebatan, meskipun dia benar. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang tidak berbohong walaupun sekadar bergurau. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tempat paling tinggi di dalam syurga bagi orang mempunyai budi pekerti baik." -Riwayat Abu Daud.

Percakapan juga seperti perbuatan melambangkan tahap keimanan seseorang. Kerana besarnya bencana berpunca daripada lidah. Rasulullah menganjurkan sesiapa yang tidak mampu mengawalnya daripada berkata-kata tidak baik, lebih baik dia mendiamkan diri.

Baginda bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka bercakaplah perkara baik atau mendiamkan diri." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

Berdiam diri adalah cara paling mudah menyelamatkan diri daripada fitnah, mengumpat dan meluahkan perkataan yang tidak perlu seperti peringatan Rasulullah yang diriwayatkan Ahmad, "Sesiapa yang diam, dia akan selamat."

Beruntunglah sesiapa yang mampu menjaga lidahnya sehingga menjadi lambang ketulusan budi dan pekertinya. Sesiapa yang sentiasa berkata benar dan disenangi orang lain, hidupnya dalam kesejahteraan dan kedamaian.


29 Nov 2013

Petua Tidur Mengikut Sunnah Nabi

Assalamualaikum..

Petua Tidur Mengikut Sunnah Nabi |


  • Sebelum dan selepas tidur, baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa harian ini tetapi hakikatnya harga yang Allah janjikan adalah syurga.
  • Jangan tidur mengadap kaki arah kiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang meninggal dunia.
  • Sesiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, maka dia dianggap sebagai mati syahid. Tasbih Fatimah adalah amalan zikir -Subhanallah 33kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 34 kali.
  • Baca 4 Qul (Surah Al-Ikhlas, Al-Kaafirun, Al-Falaq dan An-Nas) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
  • Niat untuk bangun tahajud. Sekiranya tidak terjaga malam. Allah tetap mengira seolah-olah dia bertahajud sepanjang malam. Tahajud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang. 
  • Ambil wuduk sebelum tidur dan solat sunat taubat sebanyak 2 rakaat.
  • Maafkan semua kesalahan orang lain terhadap kita dan halalkan semua hutang-piutang sebelum tidur. Bangun tidur, boleh buka fail semula (kalau mahu).
  • Tidur cara Rasulullah adalah mengiring badan ke kanan dan tapak tangan dibawah pipi.


24 Nov 2013

Ibu dan Ayah Satu Pasukan

Assalamualaikum..

Ibu dan Ayah Satu Pasukan |


Bermula dari lafaz "Aku terima nikahnya" maka termeterailah satu ikatan yang suci antara dua hati. Kebahagian lebih terasa dengan kehadiran cahayamata, penyambung kasih sayang antara suami isteri, Namun, tugas baru sebagai ibu bapa mungkin menuntut terlalu banyak tenaga dan komitmen. Adakalanya ibu bapa mungkin merasa tertekan dan kecewa sekiranya merasakan diri mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan baik.

Dalam hal ini, ibu bapa biasanya memerlukan sokongan dan dorongan dari pelbagai pihak. Namun yang paling penting sekali ibu bapa perlu bekerjasama antara satu sama lain dengan penuh meafakat dan bersatu hati. Setiap langkah anda dalam mendidik anak-anak tentu akan menjadi lebih bermakna dengan ditemani oleh orang yang paling disayangi iaitu pasangan anda.

Ibu dan ayah boleh menjadi rakan sekerja yang sangat produktif sekiranya mereka saling bekerjasama dan faham memahami dalam usaha murni ini. Sudah pastilah anda mengharapkan pasangan masing-masing untuk menjadi individu yang paling memahami tanggungjawab yang anda pikul sebagai ibu atau ayah. Namun ada juga pasangan yang gagal menjalankan tugas dengan baik kerana tidak tahu bagaimana menjalankan tugas dengan baik kerana tidak tahu bagainama untuk membantu pasangannya mendidik anak-anak dengan berkesan. Jangan risau. Masih belum terlambat bagi anda untuk berbincang semula dan mencapai kata sepakat dalam hal ini.

Tidak dinafikan bahawa contoh-contoh yang berguna dari ibu bapa kita masih boleh digunakan. Namun memandangkan keadaan zaman yang semakin berubah dan mencabar, gaya pembelajaran teknik keibubapaan ini perlu diubah sedikit. Ibu bapa zaman moden perlu menjadi lebih proaktif dan membinasakan diri mempelajari ilmu-ilmu keibubapaan dari sumber-sumber lain dari awal lagi. Banyak kursus-kursus seumpama ini disediakan oleh kementerian, organisasi tertentu.

Maka sebagai ibu bapa alaf baru, bersedialah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anda dengan cara yang bukan konvensional ini. Ini tidak bermakna anda tidak pandai mengendalikan sendiri anak-anak anda tetapi cuma sebagai ilmu tambahan bagi memantapkan lagi pendekatan keibubapaan kita.


15 Nov 2013

Anak-Anak Adalah Hasil Acuan Ibu Bapa

Assalamualaikum..

Didikan yang baik tentunya akan menghasilkan anak-anak yang baik. Begitulah juga sebaliknya. Anak-anak mempelajari dunianya melalui acuan yang dibekalkan oleh ibu bapanya. Oleh itu pastikanlah acuan yang anda gunakan adalah acuan yang bersesuaian.

Menurut satu kata-kata seorang insan berilmu ;


"Jika anak dibesarkan dengan celaan, ia akan belajar memaki,

Jika anda dibesarkan dengan permusuhan, dia akan belajar berkelahi,

Jika anak-anak dibesarkan dengan cemuhan, dia akan belajar merendah diri

Jika anak dibesarkan dengan kerjasama, dia akan belajar menahan diri

Jika anak dibesarkan dengan motivasi, dia akan belajar menghargai,

Jika anak dibesarkan dengan sebaik-baik tindakan, dia akan belajar keadilan,

Jika anaka dibesarkan dengan rasa selamat, dia akan belajar menyenangi diri sendiri,

Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan, dia akan belajar menghayati cinta dan kasih sayang dalam kehidupannya,"


Mendidik anak adalah tanggungjawab ibu bapa yang terbesar. Anggaplah ianya sebagai satu kontrak antara kita dengan Allah untuk membentuk umat manusia yang beriman dan berguna. Kita mungkin hanya memiliki 17 tahun pertama dalam kehidupan anak-anak untuk melaksanakan tugas ini. Maka marilah kita lakukanlah dengan penuh dedikasi dan komitmen kerana Allah sentiasa akan menemani kita sepanjang perjalanan ini selagi kita beriman dan bertawakkal kepada Nya. Selamat meneruskan usaha murni anda.

Anak-anak ku? InsyaAllah soon =)


"Sesungguhnya lebih baik bagimu meninggalkan ahli, warismu dalam keadaan yang cukup daripada meninggalkan mereka menjadi beban tanggungjawab orang lain,"
-Hadis riwayat Bukhari Muslim- 

14 Nov 2013

Jodoh Bukan Pilihan | Masih Relevankah Cara Ini?

Assalamualaikum..

Jodoh Bukan Pilihan | Masih Relevankah Cara Ini?

Allah berfirman yang bermaksud, "Dan kahwinkanlah orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hambar kamu, Lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan pada mereka dari limpahan kurnia-Nya kereana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya) lagi Maha Mengetahui."
-Surah an-Nur: 32-

Datuk nenek atau ibu bapa kita zaman dahulu kebanyakkannya disatukan dalam ikatan perkahwinan oleh keluarga dan sahabat handai. Anak-anak gadis ketika itu tidak berpeluang untuk bebas sana sini dan peluang bertemu lelaki juga tidak banyak. Tetapi apabila sampai masa si anak berumah tangga, akan ada kaum keluarga meregukan mereka sehingga mereka bersatu dalam gerbang perkahwinan.

Zaman berubah kini. Wanita atau lelaki semuanya sudah keluar dari kepompong masing-masing sama ada untuk belajar di pusat pengajian tinggia atau bekerja di pejabat. Proses mencari jodoh di antara lelaki dan wanita tidak lagi sesukar dahulu. Mereka bertemu di kampus atau pejabat, menjalinkan percintaan dan apabila rasa serasi bersama-sama langsung membawa pasangan bertemu ibu bapa untuk mengikat hubungan yang lebih jelas.

Perkahwinan suatu ikatan yang suci, tidak sekadar dilafaz di mulut tetapi juga diterima di hati dan diterjemahkan dalam perbuatan. Walaupun orang sekarang sudah bebas mencari jodoh sendiri, namun sebenarnya masih lagi wujud perkahwinan yang diatur orang lain. Terdetik juga persoalan, masih relevankah cara begini? Apatah lagi dengan banyak kes penceraian bolehkah cara ini membawa bahagia?

Errmm, Apa kata anda?

13 Nov 2013

Berani Kau Berbohong?

Assalamualaikum..

Dalam sebuah hadis, Luqman bin Hakim menceritakan pada suatu hari seorang lelaki datang bertemu Rasulullah kerana ingin memeluk Islam. Lelaki berkenaan memang terkenal dengan kejahatannya, sering merompak, berjudi dan meminum minuman keras.

Dihadapan Rasulullah, dia memeluk Islam dan kemudian berterus terang, "Ya tuan, sebenarnya saya selalu berbuat dosa dan sukar meninggalkannya."

Lantas balas Rasulullah, "Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?" dan si lelaki menjawab, "Ya, saya janji."

Dalam perjalanan pulang selepas bertemu Rasulullah, lelaki itu berfikir-fikir, "Alangkah beratnya aku hendak meninggalkan kebiasaany jahat ayng telah aku lakukan sebelum ini seperti yang dikehendaki Rasulullah."

Bagaimanapun kata hatinya itu memberikan hikmah kerana setiap kali dia terdorong untuk melakukan kejahatan, akan ada suara hatinya yang mengejek, "hei! Berani kau buat jahat? Kalau Rasulullah bertanya, apa hendak dijawab? Berani kau berbohong dengannya?"

Begitu juga setiap kali hatinya cenderung melakukan kejahatan, dia akan ingat pesanan Rasulullah dan hatinya segera berbisik, "Kalau aku berbohong pada Rasulullah beerti aku mengkhianati janji padanya. Sebaliknya, jika aku bercakap benar aku akan menerima hukuman sebagai seorang Muslim. Tuham memang dalam pesanan Rasulullah itu ada hikmah sangat berharga!"

Sejak itu, kehidupan lelaki itu berubah. Dia membuat hijrah besar dalam meninggalkan semua tabiat buruk dan melakukan amalan kebajikan.

10 Nov 2013

A Letter From Mon and Dad

Assalamualaikum..

A Letter From Mom & Dad |

Bila aku tengok video ni.... Ya Allah, rasa sedih sayu pilu sangat-sangat. Hati tersentuh, terkesan dengan apa yang ada. Nak menangis rasanya tengok. Ibu bapa kita takkan dapat cari pengganti, hargailah mereka selagi mereka masih ada.. Sayangilah mereka seadanya.



Apa yang awak-awak rasa? 


7 Nov 2013

Never Give Up

Assalamualaikum..

Never Give Up |

Bila tengok video ni, betul-betul tersentuh hati. Awesome true story! Serius respek sangat ketabahan hati dan kecekalan semangat beliau. Memiliki bapa yang sangat supportive.. Terbaik!



Sumber inspirasi.. Never ever give up! Motivasi diri dikala "psychology drop until zero"

11 Oct 2013

8 Tips Utama Elak Bertangguh Kerja

Assalamualaikum..

Kerja sering bertangguh dan sentiasa memilih saat akhir untuk melakukannya? Owh, jangan.. Mungkin tips dibawah mampu membantu anda mengelakkan diri dari bertangguh kerja.


  • Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan. Tanya pada diri anda, adakah anda takut akan gagal dalam tugasan tersebut?Ataupun anda seorang yang mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?
  • Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil. (untuk makan daging gajah, caranya adalah dengan memotong daging gajah itu kepada ketulan kecil daging).
  • Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda. Cuba berikan tarikh dan masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.
  • Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang. Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentarselama 10minit untuk setiap jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.
  • Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu. Ini bertujuan untuk memberi momentum kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah kerana momentum yang sedia asa.
  • Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar. Manfaatnya adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa sebuah beban telah berjaya dialih. Ini memberi kepuasan kepada diri
  • Memberitahu orang lain tentang tugasan anda. Contohnya anda memberitahu kepada orang lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan tugasan tersebut.
  • Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda. Contohnya anda boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan internet.

8 Oct 2013

Penghargaan Bagi Mereka Yang Tahu Menghargai

Assalamualaikum..

Penghargaan dan Menghargai.. dua perkara yang berbeza yang membawa nilai maksud yang tidak sama. Penghargaan boleh dilakukan dalam pelbagai cara, menghargai juga boleh disalurkan dengan cara yang berbeza.


Awak menghargai hadirnya saya, saya menghargai wujudnya awak dan kita sama-sama merasa penghargaan itu. Kadangkala tanpa perlu hadiah, tanpa perlu luahan rasa. Tanpa perlu sesuatu untuk membuktikan diri kita menghargai seseorang. Apa yang terjadi, hari ini, semalam.. belajar lah menghargai supaya kita masih memilikinya untuk hari esok.

Biar siapa pun dia, ibu atau bapa, atau teman, sahabat, jiran atau siapa juga. Pandang ke kiri, lihat juga ke kanan.. Ye, kita tidak pernah keseorangan sebenarnya. Dan biarkan mereka juga merasa yang kewujudan anda disisi mereka bukanlah sesuatu yang sia-sia..

Terima kasih kerana membaca.

6 Oct 2013

Isteri Queen Control dan Menteri Kewangan?

Assalamualaikum..

Isteri Queen Control dan Menteri Kewangan? 
Sebenarnya bukan queen control yang menjadi isu, tetapi 'qualiti control' yang penting dalam pengurusan kewangan. Siapa lebih pandai mengurus duit untuk berbelanja dan mengagihkan kepada perkara yang lebih utama, dialah yang patut jaga kewangan keluarga.

Perlu lihat siapa yang membawa rezeki dan cara berbelanja. Harus berhati-hati dengan faktor kemampuan dan kemahuan. Jika kemahuan mengatasi kemampuan akan jadi teruk. Sepatutnya siapa yang boleh mengatur kewangan dalam keluarga dialah 'menteri kewangan'.

Bagaimanapun kedua-duanya perlu ada perbincangan dan perancangan. Beri keutamaan kepada keperluan asas utama dalam keluarga seperti untuk agama, makan minum, pendidikan, kesihatan, penempatan, rumah dan lain-lain lagi. Pada peringkat permulaan pasti ada percubaan (perancangan kewangan keluarga). Set perbelanjaan keluarga bersama-sama. Jika dah ada garis panduan, baru senang urus kewangan. Siapa yang cerdik atau berkebolehan, dia boleh bantu urus perbelanjaan sama ada suami atau isteri.

Suami jika ada kepercayaan kepada isteri, tidak mengapa jika serahkan tugas perancangan kewangan keluarga kepada isterinya, ada konsultan untuk ringankan beban, jadi suami tidak perlu bersusah payah fikir. Takkan jatuh maruah suami jika serahkan tugas berkenaan kepada isteri, tetapi itu namanya kerjasama.

Lagi satu jika kedua-duanya bekerja, elok digunakan konsep perkongsian pintar, tambahan sekiranya sesebuah keluarga itu banyak hutang. Tak salah jika isteri mahu membantu suami. Pasangan perlu bersikap saling mempercayai, jangan boros.

#sinarharian

23 Sept 2013

Salah Ibu Mengandung

Assalamualaikum..


Salah ibu? Ibu mertuaku salah ke? Bukan.. bukan.. masih belum ada lagi. Dan rasanya dah takde keinginan kot nak beribu bapa mertua ni. Okey-okey kita lupakan tentang nak tak nak ni. Cuma nak huraikan sedikit tentang ayat dalam image kat atas tu.

"A man who treats his woman like a princess is proof that he was born and raised in the arm of a queen"

Ye, serius rasa setuju sangat dengan frasa atas ni. Seorang lelaki yang menyanjungi dan menghargai, melindungi wanitanya pasti lahir dari perut seorang wanita lain bergelar ibu yang begitu penyayang. Dididik dengan penuh kasih, dilentur dengan penuh sayang.. Meletakkan taraf wanita itu tinggi walau siapa pun dia. Benarlah pepatah kata 'sejuk perut ibu mengandung.'

Tapi, bagaimana dengan lelaki yang bersifat sebaliknya. Tidak tahu menghargai, melayani wanita dengan penuh kejam. Menindas, memukul, menghina, mencerca wanita semahu hatinya.. pendek kata tidak meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Apatah lagi mahu bersifat melindungi kannnn...

"Tercipta wanita dari rusuk lelaki, Bukan dari kaki untuk dialasi,
Bukan dari kepala untuk dijunjung, Tapi dekat dibahu untuk dilindungi,
Dekat jua di hati untuk dikasihi"

Jadi, perlukah salah itu dihalakan kepada ibu yang mengandung? Salah ibu kah andai anak itu membesar menjadi seorang yang pemarah, baran, kaki pukul, panas hati menindas? Ibu kah punca anak ini bersifat sedemikian? Salah didikan ibu ke bila si anak lelaki begitu?

Bukan ke Lelaki itu Sifatnya Melindungi??

Manusia diberi akal.. Andai sekalipun dari kecil si ibu terlebih atau terkurang perhatian terhadap kita, seharusnya anak itu bila besar tahu dan mampu berfikir mana yang baik, mana yang buruk kan... Setiap tindakan kita adalah hasil dorongan kita sendiri. Jadi jangan pernah sesekali menyalahkan orang lain terutama ibu-ibu yang pernah mengandung dan melahirkan kita. (Ingatan untuk diri sendiri juga)


"Ketika seorang lelaki berjalan dengan sombong dengan pakaiannya berbangga diri, maka Allah akan melenyapkannya ke bumi dan dia akan menjerit di situ sampai hari Kiamat."

5 Sept 2013

Cari Jodoh

Assalamualaikum..


Bumi mana tidak ditimpa hujan, lautan mana tidak bergelora. Begitu juga kehidupan manusia. Tidak pernah sunyi daripada dugaan. Umpama pelangi yang punya pelbagai warna, begitulah ujian bagi setiap hamba. Ada yang diuji dengan ketaatan, kesakitan atau musibah. Ada juga perangkap yang menunggu kita menjadi mangsa.

Percaya kan yang perjalanan hidup ini tak kan mudah seperti yang kita impikan.  Saban hari sebagai manusia pasti kita akan terfikir, siapakah yang bakal ditentukan oleh Allah untuk menjadi pendamping hidup kita. Siapakah bakal suami atau bakal isteri yang akan berkongsi hidup bersama kita selamanya.

Terkadang Allah tentukan seseorang yang begitu hampir dengan kita sebagai jodoh, dan terkadang jauh dari pandangan mata kita. Ada juga yang bercinta, mungkin bertunang mahupun mungkin sampai berkahwin namun andai itu belum jodoh yang diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan cabaran. Bersabarlah wahai hati...


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu."
-Al-Baqarah : 216

1 Sept 2013

Mencari Positif Bagi Sesuatu Yang Negatif

Assalamualaikum..

Sesungguhnya kita patut bersyukur..

  • Untuk suami/isteri yang tidur berdengkur di waktu malam, kerana dia tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.
  • Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.
  • Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
  • Untuk pakaian yang sudah tidak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.
  • Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu di lap dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunya tempat tinggal.
  • Untuk bunyi bising jiran-jiran kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
  • Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci atau digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
  • Untuk keletihan atau kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.
  • Untuk tempat letak kereta yang jauh dari lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.
  • Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut..


Oleh itu jika kita tidak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.. 


"It is the mind that maketh good or ill, that maketh wretch or happy, rich or poor."
-Edmund Spenser

30 Aug 2013

Rahsia Menjadi Kaya & Berjaya

Assalamualaikum..

"Sesiapa pun boleh berjaya asalkan mereka memiliki keinginan yang tinggi untuk berjaya. Mereka juga harus bersedia untuk meniru jejak langkah orang-orang yang sudah berjaya. 'Diam, Dengar dan Ikut," 
- Dr. Azizan Osman, seorang mentor yang telah kaya dan berjaya


Kegagalan merupakan pelengkap kepada setiap kejayaan. Kegagalan bukan bertentangan dengan kejayaan, ia sebenarnya saling melengkapi. Kata lawan sebenar untuk 'kejayaan' ialah 'langsung tidak pernah bertindak' ataupun tidak pernah mencuba. Hanya orang yang putus asa, lemah semangat menerima kegagalan sebagai takdir ilahi qada dan qadar.

"Nothing in life is to be feared. It is olny to be understood."

Tuhan murka pada mereka yang mudah putus asa. Setiap kejayaan perlu menerima kegagalan seperti yang dialami oleh Nabi Yunus a.s, bila baginda tidak berani gagal dan dihumban ke dalam laut termasuk ke daalm perut ikan nun maka dia berdoa 'la illa ha illa anta subhanaka inni kun tum minaz zalimin'

Semua jutawan baharu di dunia memiliki sifat sama iaitu Berani Gagal. Mereka semua berani berimpian, berani mencubam berani gagal dan berani untuk mencapai impian ingin direalisasikan.

Fakta tentang Kejayaan dan Kegagalan :

1. Orang yang berjaya kebih banyak kali gagal dalam kehidupan mereka.
2. Hanya mereka yang mempunyai kekuatan untuk bangkit semuala akan terjamin kejayaan.
3. Setiap usahawan akan gagal secara purata 3.8 kali atau 4 kali sebelum menemui perniagaan yang sesuai untuk mencapai matlamat serta impian mereka.
4. Kejayaan sebenar ialah kebolehan seseorang beralih dari satu kegagalan dan bangkit semula dari kehidupannya.

Kejayaan setiap manusia datangnya dari ilmu pengetahuan dan sikap yang baik. Sikap adalah segala-galanya, dan kita mesti mengubahnya untuk mengubah kehidupan kita. Hanya dengan ilmu kita boleh menambah ilmu. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita perolehi. "the more you give, the more you get". Ilmu tak boleh datang kepada kita melainkan kita perlu mencari.


"Harta tidak akan berkurangan dengan sebab bersedekah, dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi hamba-Nya yang pemaaf dan orang yang bertawadhu (rendah hati), akan Allah angkat darjatnya"
-Hadis Riwayat Muslim