Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Tips Kebahagian Rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label Tips Kebahagian Rumahtangga. Show all posts

9 Dec 2013

Kahwin Tak Semudah ABC 123

Kahwin Tak Semudah ABC 123 |

Assalamualaikum..

Pagi semalam berkesempatan mendengar bicara dari Ustaz Taha dalam rancangan Assalamualaikum di TV AlHijrah. Alhamdulillah, banyak jugak ilmu yang beliau sampaikan. Suka dengar bila Ustaz yang femes dengan panggilan Ustaz To'ha ni bercerita. Tajuk semalam yang beliau pilih adalah Kahwin Tak Semudah ABC 123.. Ye, setuju sangat dengan ustaz cakap tu!

Ni antara intipati yang beliau sebarkan semalam. Mungkin bagi yang dah berumah tangga tu lebih memahami. Dan untuk yang mahu dan bakal berumah tangga seperti ku ini, adalah baik untuk kita jadikan iktibar dan panduan supaya kita tak lah silap ambil langkah nanti. Yelah, kahwin tu bukan untuk sehari dua kan..

Bukan hanya hal 2 orang.

-Itulah hakikat perkahwinan, perkahwinan bukan hanya melibatkan hal dua hati. Bukan hanya setakat I Love You, You Love Me. Bukan hanya sekadar I suami, you isteri bila dah berumah tangga. Ia melibatkan banyak pihak. Perkahwinan bukan untuk memisahkan ibu dengan anak, tapi perkahwinan mengembangkan silaturrahim yang ada. Kaum keluarga kerabat dibesarkan. Sebab tu orang kata, bila berkahwin kita bukan hanya berkahwin berdua sahaja, tapi sekali dengan ahli keluarga, ibu bapa, adik beradik, saudara mara yang lain. 

Elakkan cerai urban.
-Macam kata Ustaz To'ha, mungkin mengikut kajian mereka yang berada dibandar lebih banyak yang mengalami masalah cerai urban ni. Zaman dah berubah, dunia dah maju. Kalau dahulu sebelum kahwin boleh je kita kata kita terima diri dia seadanya. Kenapa bila dah lama-lama, bak kata ayat sebelum tadi "zaman dah berubah, dunia dah maju" kita pun nak berubah sama. Kita jadi cepat bosan, menyampah.. Masing-masing dah mula memaling muka kearah lain. Pastu bila dah takde persefahaman mula lah nak berpisah. Hurrrrm takutnya nak hadapi macam ni. 

Yang penting, dalam kesibukan dunia yang bergerak pantas, kekangan masa yang kadangkala tak bisa dikawal belajarlah untuk menghargai mereka yang berada di sekeliling kita. Ye, suami dan isteri. Kadangkala kuantiti tidak menjamin kualiti. Kualiti masa itu yang diharapkan. Biar masing-masing sibuk tetapi bila masa yang ada itu digunakan sebaiknya bersama... pasti indahkan..  

Jangan taat buta tuli.
-Pesanan ni khusus untuk para isteri kata Ustaz To'ha lagi. Jangan terlalu mengikut kata atau taat andai perintah suami itu melanggar fitrah atau berpaling dari perintah Allah. Isteri memang wajib taat kepada suami kerana sesungguhnya syurga seorang isteri terletak ditelapak kaki suaminya. Redha isteri adalah redha suaminya. Nak jadi isteri derhaka? Tak nak kan... Tapi kalau dah arahan si suami terang-terang membelakangkan agama, pesanan ustaz tadi jangan taat buta tuli.

Terima kasih kerana membaca, sekadar berkongsi. Mohon betulkan andai ada yang tersalah sampai.


24 Nov 2013

Ibu dan Ayah Satu Pasukan

Assalamualaikum..

Ibu dan Ayah Satu Pasukan |


Bermula dari lafaz "Aku terima nikahnya" maka termeterailah satu ikatan yang suci antara dua hati. Kebahagian lebih terasa dengan kehadiran cahayamata, penyambung kasih sayang antara suami isteri, Namun, tugas baru sebagai ibu bapa mungkin menuntut terlalu banyak tenaga dan komitmen. Adakalanya ibu bapa mungkin merasa tertekan dan kecewa sekiranya merasakan diri mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan baik.

Dalam hal ini, ibu bapa biasanya memerlukan sokongan dan dorongan dari pelbagai pihak. Namun yang paling penting sekali ibu bapa perlu bekerjasama antara satu sama lain dengan penuh meafakat dan bersatu hati. Setiap langkah anda dalam mendidik anak-anak tentu akan menjadi lebih bermakna dengan ditemani oleh orang yang paling disayangi iaitu pasangan anda.

Ibu dan ayah boleh menjadi rakan sekerja yang sangat produktif sekiranya mereka saling bekerjasama dan faham memahami dalam usaha murni ini. Sudah pastilah anda mengharapkan pasangan masing-masing untuk menjadi individu yang paling memahami tanggungjawab yang anda pikul sebagai ibu atau ayah. Namun ada juga pasangan yang gagal menjalankan tugas dengan baik kerana tidak tahu bagaimana menjalankan tugas dengan baik kerana tidak tahu bagainama untuk membantu pasangannya mendidik anak-anak dengan berkesan. Jangan risau. Masih belum terlambat bagi anda untuk berbincang semula dan mencapai kata sepakat dalam hal ini.

Tidak dinafikan bahawa contoh-contoh yang berguna dari ibu bapa kita masih boleh digunakan. Namun memandangkan keadaan zaman yang semakin berubah dan mencabar, gaya pembelajaran teknik keibubapaan ini perlu diubah sedikit. Ibu bapa zaman moden perlu menjadi lebih proaktif dan membinasakan diri mempelajari ilmu-ilmu keibubapaan dari sumber-sumber lain dari awal lagi. Banyak kursus-kursus seumpama ini disediakan oleh kementerian, organisasi tertentu.

Maka sebagai ibu bapa alaf baru, bersedialah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anda dengan cara yang bukan konvensional ini. Ini tidak bermakna anda tidak pandai mengendalikan sendiri anak-anak anda tetapi cuma sebagai ilmu tambahan bagi memantapkan lagi pendekatan keibubapaan kita.


14 Nov 2013

Jodoh Bukan Pilihan | Masih Relevankah Cara Ini?

Assalamualaikum..

Jodoh Bukan Pilihan | Masih Relevankah Cara Ini?

Allah berfirman yang bermaksud, "Dan kahwinkanlah orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hambar kamu, Lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan pada mereka dari limpahan kurnia-Nya kereana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya) lagi Maha Mengetahui."
-Surah an-Nur: 32-

Datuk nenek atau ibu bapa kita zaman dahulu kebanyakkannya disatukan dalam ikatan perkahwinan oleh keluarga dan sahabat handai. Anak-anak gadis ketika itu tidak berpeluang untuk bebas sana sini dan peluang bertemu lelaki juga tidak banyak. Tetapi apabila sampai masa si anak berumah tangga, akan ada kaum keluarga meregukan mereka sehingga mereka bersatu dalam gerbang perkahwinan.

Zaman berubah kini. Wanita atau lelaki semuanya sudah keluar dari kepompong masing-masing sama ada untuk belajar di pusat pengajian tinggia atau bekerja di pejabat. Proses mencari jodoh di antara lelaki dan wanita tidak lagi sesukar dahulu. Mereka bertemu di kampus atau pejabat, menjalinkan percintaan dan apabila rasa serasi bersama-sama langsung membawa pasangan bertemu ibu bapa untuk mengikat hubungan yang lebih jelas.

Perkahwinan suatu ikatan yang suci, tidak sekadar dilafaz di mulut tetapi juga diterima di hati dan diterjemahkan dalam perbuatan. Walaupun orang sekarang sudah bebas mencari jodoh sendiri, namun sebenarnya masih lagi wujud perkahwinan yang diatur orang lain. Terdetik juga persoalan, masih relevankah cara begini? Apatah lagi dengan banyak kes penceraian bolehkah cara ini membawa bahagia?

Errmm, Apa kata anda?

6 Oct 2013

Isteri Queen Control dan Menteri Kewangan?

Assalamualaikum..

Isteri Queen Control dan Menteri Kewangan? 
Sebenarnya bukan queen control yang menjadi isu, tetapi 'qualiti control' yang penting dalam pengurusan kewangan. Siapa lebih pandai mengurus duit untuk berbelanja dan mengagihkan kepada perkara yang lebih utama, dialah yang patut jaga kewangan keluarga.

Perlu lihat siapa yang membawa rezeki dan cara berbelanja. Harus berhati-hati dengan faktor kemampuan dan kemahuan. Jika kemahuan mengatasi kemampuan akan jadi teruk. Sepatutnya siapa yang boleh mengatur kewangan dalam keluarga dialah 'menteri kewangan'.

Bagaimanapun kedua-duanya perlu ada perbincangan dan perancangan. Beri keutamaan kepada keperluan asas utama dalam keluarga seperti untuk agama, makan minum, pendidikan, kesihatan, penempatan, rumah dan lain-lain lagi. Pada peringkat permulaan pasti ada percubaan (perancangan kewangan keluarga). Set perbelanjaan keluarga bersama-sama. Jika dah ada garis panduan, baru senang urus kewangan. Siapa yang cerdik atau berkebolehan, dia boleh bantu urus perbelanjaan sama ada suami atau isteri.

Suami jika ada kepercayaan kepada isteri, tidak mengapa jika serahkan tugas perancangan kewangan keluarga kepada isterinya, ada konsultan untuk ringankan beban, jadi suami tidak perlu bersusah payah fikir. Takkan jatuh maruah suami jika serahkan tugas berkenaan kepada isteri, tetapi itu namanya kerjasama.

Lagi satu jika kedua-duanya bekerja, elok digunakan konsep perkongsian pintar, tambahan sekiranya sesebuah keluarga itu banyak hutang. Tak salah jika isteri mahu membantu suami. Pasangan perlu bersikap saling mempercayai, jangan boros.

#sinarharian