Assalamualaikum..
Kerja sering bertangguh dan sentiasa memilih saat akhir untuk melakukannya? Owh, jangan.. Mungkin tips dibawah mampu membantu anda mengelakkan diri dari bertangguh kerja.
Kerja sering bertangguh dan sentiasa memilih saat akhir untuk melakukannya? Owh, jangan.. Mungkin tips dibawah mampu membantu anda mengelakkan diri dari bertangguh kerja.

- Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan. Tanya pada diri anda, adakah anda takut akan gagal dalam tugasan tersebut?Ataupun anda seorang yang mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?
- Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil. (untuk makan daging gajah, caranya adalah dengan memotong daging gajah itu kepada ketulan kecil daging).
- Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda. Cuba berikan tarikh dan masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.
- Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang. Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentarselama 10minit untuk setiap jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.
- Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu. Ini bertujuan untuk memberi momentum kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah kerana momentum yang sedia asa.
- Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar. Manfaatnya adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa sebuah beban telah berjaya dialih. Ini memberi kepuasan kepada diri
- Memberitahu orang lain tentang tugasan anda. Contohnya anda memberitahu kepada orang lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan tugasan tersebut.
- Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda. Contohnya anda boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan internet.
