Alahan Semasa Mengandung |
Assalamualaikum..
Bercerita tentang wanita mengandung dan alahan tentunya takkan dapat dipisahkan. Ada yang alahan biasa-biasa je, ada yang teruk sangat sampai tak larat nak bangun. Ada jugak yang alahannya sampai ke 9bulan. Yang paling bertuah sepanjang mengandung, relaks je langsung tak mengalami alahan seperti kebanyakkan mommy to be ni.
.jpg)
Mengandung anak pertama ni, merasa jugaklah alahan yang selama ni hanya didengar. 3bulan trimester pertama mengandung ni memang sungguh-sungguh mencabar. Bukan hanya diri sendiri je, tapi cabaran besar buat si suami yang sedikit sebanyak mengalami tekanan melayan kerenah dan perubahan si isteri.
Loya dan Muntah
Alahan loya dan muntah ni memang tak mampu nak dihindar. Lebih-lebih lagi Aima melalui trimester pertama tu ketika bulan puasa. Ya Allah, memang sunguh-sungguh hebat ketika tu. Puasa? rasanya tak sampai separuh pun yang berjaya dilalui. Selebihnya terpaksa pecah telur ayam. Loya dan muntah ni kemungkinan besar berlaku sebab masa tu memang langsung takde selera makan, tak lalu nak telan walaupun seteguk air. Bila dah tak makan, perut kosong, angin la apa lagi. Tu yang kejap-kejap nak muntah je walaupun bukan ada apa isi yang nak dimuntahkan pun.
Alah Bau Bauan
Haaa, yang ni memang tak boleh nak elak. Aima sendiri surender awal-awal pasal bau-bau nisemua. Serius memang tak boleh nak tahan. Bukan setakat perfume, deodorant, bedak saje malah bau sabun basuh ke, shower gel dengan shampoo pun rasa busuk. Tapi Alhamdulillah sampai ke hari ni masih boleh bertahan dengan bau suami. Kalau tak, tak tahu lah jadi apa. Mungkin sebab tu ada kes suami kena tidur luar sepanjang isteri mengandung sebab si isteri alah dengan bau badan suami.
Alahan ni semua bergantung jugak pada individu. Ada yang okey, ada yang tak. Tapi doktor cakap, ibu mengandung jadi alahan,lemah tak bermaya,muntah-muntah camni sebab baby dalam perut nak berkembang dengan baik sihat. Sebab tu baby serap semua rasa sihat si ibu.
Yang penting kita jaga diri, jaga kesihatan, jaga baby dalam perut tu. Sentiasa positifkan diri, insyaAllah semuanya OKey....