Assalamualaikum..
Astro kembali memeriahkan dunia seni hiburan tanahair dengan membuka lembaran baru melalui barisan tenaga pengajar yang bakal menerajui perintis program realiti nyanyian popular Akademi Fantasia atau AF 2013 yang kini kembali dengan format serba baru.
Program AF 2013 yang bakal bersiaran menerusi saluran rasmi Astro Ria 104 bermula September ini memperkenalkan kombinasi wajah-wajah baru dan lama yang bakal menjadi titik tolak permulaan kejayaan bagi bakal bintang-bintang Akademi Fantasia yang kini dalam pembikinan.
Buat pertama kali dalam sejarah penerbitan program Akademi Fantasia, AF 2013 (#AF2013) bakal menampilkan tiga orang penghibur popular yang cukup disegani iaitu Dato' Siti Nurhaliza, Melly Goeslaw dan Faizal Tahir untuk menerajui barisan tenaga pengajar sebagai Inspirer AF 2013. Kehadiran ketiga-tiga ikon yang tidak asing lagi dalam industri seni hiburan ini bukan sahaja untuk memberi bimbingan dan berkongsi pengalaman malah untuk memberi inspirasi kepada bintang-bintang AF dalam mempersiapkan mereka sebagai bintang masa depan.
Cukup sinonim dengan pembabitan beliau dalam keluarga AF untuk musim-musin sudah, Shafizawati Sharif atau Cikgu Shafi turut dikekalkan sebagai barisan tenaga pengajar selaku guru vokal AF 2013.
AF 2013 juga menyaksikan tiga orang tenaga pengajar baru dibawa masuk ke dalam keluarga AF untuk sama-sama menjayakan musim terbaru ini. Dua orang pereka tari yang cukup berpengalaman dalam bidang tarian iaitu Alam Wakaka dan Suhaili telah dilantik sebagai manakala pelakon popular tanahair iaitu Fizz Fairuz selaku Guru Seni Persembahan.
Menampilkan Sharifah Amani, Edry Abd Halim dan Roslan Aziz selaku pengkritik tetap untuk musim terbaru ini.

![]() |
klik untuk tumbesaran |
"Tidaklah orang itu kaya lantaran banyak harta. Sesungguhnya orang kaya itu adalah orang yang kaya jiwa."
-Hadis riwayat Bukhari & Muslim daripada Abu Hurairah.