Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Sinopsis Novel Pelangi Cinta Buat Suami. Show all posts
Showing posts with label Sinopsis Novel Pelangi Cinta Buat Suami. Show all posts

14 Oct 2013

Novel | Pelangi Cinta Buat Suami

Assalamualaikum..

Pelangi Cinta Buat Suami | Acik Lana
Percayalah kasih... kesetiaan ini, kesetiaan yang tak kau duga.

Terbitan : Kaki Novel
Penulis : Acik Lana
ISBN : 978-967-0448-26-8
Harga : RM30.00 (SM) / RM33.00 (SS)

Novel Pelangi Cinta Buat Suami
Kata orang cinta itu mamou hadir dari pelbagai rupa, segi dan cara. Kadangkala datangnya langsung tidak mampu diramal oleh jiwa, begitu saja.

Imanina -Kerana sebuah diari, perasaan cinta dihati wujud serta merta. Dia terpesona, kagum dan terpukau dengan kata-kata indah itu kerana menyedari betapa beruntungnya menjadi wanita yang dikasihi seorang suami dengan sepenuh hati.

Tengku Qalif -Cintanya kepada Liyana umpama langit yang tidak bersempadan, umpama udara yang memenuhi bumi, dan sebuah kehilangan membuatkan separuh nyawanya mati. Kerana cintanya satu, mustahil untuk dia memberi rasa serupa kepada yang kedua.

Menyedari keadaan Tengku Qalif bagaikan 'mayat bernyawa' Imanina tekad mahu membahagiakan lelaki bergelar duda itu. Namun, Tengku Qalif berterusan menolak dan menepis setiap bantuannya. Dan ketika Imanina melamar Tengku Qalif dengan sebuah perkahwinan, perasaan benci di hati kian memuncak.

Semakin jauh mengelak, semakin dekat Imanina menghampiri. Dan kerana sebuah cabaran, akhirnya Tengku Qalif terpaksa bersetuju untuk menikahi Imanina. Perkahwinan yang awalnya dialas dengan kebencian perlahan-lahan berubah menjadi perkahwinan kedua yang terlalu bermakna untuknya.

Ketika bahagia merantai hubungan mereka, ada malang datang bertandang. Perpisahan tidak terduga meletakkan Imanina di tempat Tengku Qalif seperti suatu masa dahulu. Sama tidak berbeza.

Namun, kemunculan seorang lelaki di pertengahan jalan sengsara membuatkan hati Imanina terbelah dua. Perlukah dia kekal setia dengan sumpah janjinya kepada orang yang telah tiada? Dan ketika tangan bersedia untuk menyambut huluran cinta yang lain, ada sesuatu merentap semula tangannya. Dugaan masih mendatang dan mungkinkah selepas ribut, taufan dan hujan, pelangi itu masih kekal setia di langit?


Ulasan hasil pembacaan : 
Satu-satunya hasil karya Acik Lana yang dibaca dengan penuh penghayatan. Merasakan karya Pelangi Cinta Buat Suami disampaikan dengan penuh rasa sayang, pertembungan dua hati yang sama sekali tidak serupa caranya. Bukan kahwin paksa, tapi bila si gadis melamar si jejaka terpaksa menerima dalam keadaan tidak rela. Itulah orang kata, kalau tak suka jangan terlampau benci, nanti jatuh sayang. Dan jangan serahkan sayang tu 100peratus sebab takut nanti kita terlampau bergantung kepadanya.. bila tiada, kita yang separuh nyawa pergi.

Serius, kita suka novel ni. Cuma, maaf! Tengku Qalif tak mampu hadir dalam mimpi kita seperti mana Abang Pedas aka Firman atau Tuan Ebrahim dan sepertimana Zahrain Alimin si ketul ais beku yang poyo itu.. Mereka adalah buah hati saya!! =) hehehe,