Kesedaran Bermula Hidupkan Untuk Memberi |
Assalamualaikum..
Kesempatan yang diberikan Ilahi memberi ruang dan peluang yang cukup hebat bagiku. Ruang untuk penyatuan, kesempatan untuk menzahirkan, peluang untuk mengenali mereka-mereka yang hebat. Bersua muka dengan blogger hebat Tuan Denaihati ternyata sesuatu yang susah nak digambarkan dengan kata-kata. Sehingga hari ni, masih lagi tak tersebut aku perihal Sepetang Bersama Blogger 2014 ni. Terima kasih kepada Tuan Denaihati, dan juga team Denaihati Network Anarm.net, Eizil.com, Melastik Bintang, diatas penganjuran #SBB2014
Ni antara senarai blogger yang perasan namanya disebut di dalam buku Denaihati..
Liza Razak, Hafiz Mohd, Encik Titan, Bro Framestone, Kak Kujie, Abang Ensem, Ariff Shah, Namia Cinta, Mohd Suhaimy (Shuth), Blogger Indonesia (amriawan.blogspot.com),
Zarul Umbrella, Fatin Liyana, Eyriqazz.com, earncent.com, redmummy.com, apesal.com, sweetkurma.com, Hilal Azmi, Ladfe Amir Zakaria, Kak InaKL, Mohd Aslam, Hanis Zalikha, Yuyu Zulaikha, Beautifulnara, Fida Jacob, Nisa Kay,
Hasrul Hassan, Mialiana, Eraz Fadli, Ben Ashaari, Hazman Fadzil, Ejam Othman, Ciklili.com, Lensapujangga.com, Mindaaktif.com, Mindasyukri.com,
"Kita membina hidup dengan apa yang kita dapat tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan".
Hidupkan Untuk Memberi
Terus terang dikata, hampir 27tahun melayari hidup yang memang penuh mencabar ni.. aku lebih banyak menerima. Lebih banyak mengharapkan penerimaan, lebih mudah menadah dari memberi dan menghulurkan. Tak kiralah dari segi kewangan, material, sokongan moral, keluarga dan sebagainya. Mudahnya dulu aku mengharapkan orang lain memahami diriku sedangkan aku.. loser.
"Rezeki.. ada dimana-mana, datang tanpa diduga, tepat pada masa yang penting usaha & tawakkal" -santapan minda Denaihati
Bila Tuan Denaihati berkongsi kegembiraan dengan rezeki yang tidak disangka-sangka kerana konsep hidup beliau yang 'Hidup Untuk Memberi' ia sangat menyentuh rasa. Betul, bila kita melihat kegembiraan diwajah penerima terutama pada mereka yang berusaha keras untuk mendapatkan apa yang mereka impikan, hati kita sendiri pasti akan rasa bahagia. Mana tahu dengan huluran kita tu mereka mendoakan yang baik-baik untuk kita, ye dakk?? Okey, saya belajar perkara tu bersama tuan Denaihati.
Kongsi Kenangan, Ilmu dan Kebaikan.
Tumpang gembira dengan hasil penulisan Hafiz Mohd pemenang peraduan Yeo's tempoh hari. Fuiyoo, panjang lebar apa yang beliau tulis. Beliau berkongsi kenangan bersama Yeo's, ilmu tentang Yeo's itu sendiri malah bercerita tentang kebaikan dan kelebihan Yeo's yang mana mungkin ada orang diluar sana yang tidak mengetahui selama hari ni. Siap manfaat nutrisi Yeo's lagi. Yeo's Pilihan Semulajadi..
Jadi Penulis Blog Yang Bagus.
Perkongsian dar blogger Liza Razak. Betul lah beliau kata. Semua orang boleh jadi blogger, semua orang mampu ada blog. Tapi, bukan semua orang dilahirkan ada bakat menulis dan disegani semua orang. Semua pun mesti bermula dari bawah. Perlahan-lahan kayuh dengan usaha belajar.
Tips terbaik dari beliau :
1. Kenal diri sendiri -tahu apa yang kita nak, apa yang kita nak kongsikan di blog. Apa pendirian kita berkenaan blog.
2. Belajar secara bijak -jangan jemu untuk mencari ilmu setiap hari. Tapi jangan belajar membabi buta!
3. Cari peluang improve gaya penulisan blog -rajinkan diri join contest yang ada kualiti.
4. Be creative -variasikan tajuk entri. Jangan buat pembaca blog kita bosan!
5. Berani suarakan pendapat -blogger kena berani beri pendapat dan berani terima teguran. Tapi, kena pandai kawal emosi.
Isu Poligami Isu Berat ni....
Buku Denaihati Hidupkan Untuk Memberi bukan hanya menceritakan pasal blog je. Ya Allah, banyaknya panduan dan pengajaran untuk kita teruskan hidup. Perkongsian beliau tentang isu poligami (okey, jangan salah faham bukan tuan Denaihati yang berpoligami eh. Beliau berkongsi kisah orang-orang yang rapat, yang berlaku depan mata beliau kehidupan mereka yang beristeri lebih dari satu ni. Kalau tanya aku, memang susah nak berkongsi kasih tapi entahlah bila sembang dengan adik beradik kitorang seolah rela dan nakkan payung emas tu. Siap cakap nak yang memula. Bukan nombor 2 dan seterusnya. Kalau agak boleh berlaku adil, silakan la...
Ibu teman sepanjang hayat.
Kalau bercerita pasal ibu ayah ni, boleh menangis dibuatnya. Sebak sungguh baca kisah yang Tuan Denaihati kongsikan dalam buku ni yang bertajuk 'Teguran Ibu Dijadikan Musuh Hingga Ke Akhir Hayat'. Owhh, mak adalah teman terbaik sepanjang hayat. Dari kecik sampailah ke besar, apa yang ibu kita tak pernah buat untuk kita?? Walau miskin, hina macamana pun ibu kita, perkara yang seorang ibu takkan pernah lupa untuk buat adalah mendoakan kesihatan, kebaikan dan kesejahteraan anaknya.
Marah? Ye, marah tu memang akan ada. Ibu mana yang tak pernah marah anak betul tak. Kalau kita buat salah, confirm ibu akan marah. Kalau tak marah, bila kita nak berakal untuk faham sesuatu kesalahan yang dilakukan. Mak saya, masa kecik-kecik dulu kalau dia jerit satu taman boleh dengar. Dahtu kalau tak jerit camne la anak-anak beliau yang 10 ni nak dengar kata kan. Kerana marah, jerit dan pukulan kedua ibu bapa kami lah yang menjadikan kami insan hari ni.
'Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu dapat memelihara seorang ibu' -santapan minda Denaihati.
Salute sangat dengan Tuan Denaihati yang tak serik berkongsi menceritakan pengalaman dan kekecewaan hidup yang pernah beliau alami sebelum ni. Ditipu dan dikhianati rakan niaga, (boleh baca kisah kisah ketidakjujuran seorang yang dulunya sahabat yang penuh ketamakan dan tidak jujur perihal Nasi Lemak AirAsia). Tambahan cerita berkaitan keliatan seorang kawan dalam membayar hutang. Alahaii, kena tipu dua kali dengan orang yang sama.
Tabik spring sungguh daku dengan ketabahan dan kesabaran hati beliau dalam menumpuh dugaan hidup. Niat untuk membantu memang memakan diri. Terima kasih kepada Tuan Denaihati yang tidak segan silu berkongsi kisah pengajaran supaya kita tidak mengulangi perkara yang pernah beliau alami.
Ingat, hutang sampai mati pun takkan boleh lupus kecuali si pemberi hutang tu menghalalkan hutang yang diberi. Berat tu!
Haa, ada jugak cerita pasal hacker yang tak putus-puuts nak hack akaun online beliau. Aduhaiii, beratnya cabaran hidup beliau.
Haiyaaa, dah hujung-hujung buku ni ada kisah tentang subsidi. Tak mau cerita pasal ni boleh kannnn? =) hehehe,
Maaflah andai tulisan ku hari ni membosankan. Dah lama tak menulis kerana kesibukann, baru nak bermula melangkah semula ni. Mohon doakan yang terbaik ye kengkawan.. Terima kasih,
