Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Senarai Pelakon Love You Mr Arrogant. Show all posts
Showing posts with label Senarai Pelakon Love You Mr Arrogant. Show all posts

25 Sept 2013

Love You Mr. Arrogant Episode 1

Assalamualaikum..


Love You Mr. Arrogant Episode 1 | Drama yang diadaptasi dari novel Love You Mr. Arrogant ini sudah pun memulakan episod pertamanya lewat petang tadi. Bersiaran menerusi Slot Akasia TV3 ini nampaknya begitu menarik hati untuk terus diikuti..

Bermula dengan kemalangan kecil antara Zaara Amirah dan Zafriel Irham yang mana Irham menuntut ganti rugi sebanyak RM5000. Pheww, mamat berlagak ni memang betul muka berlagak. Zaara pulak takde pilihan terpaksa bagi telefon bimbit dia sendiri sebagai cagaran sebab tak mampu nak bayar segera. Comel plus kelakar giler masa Zaara melepaskan marah dia pada bisnes kad si Zafriel Irham. Hahahaha,

Tempoh sebulan yang diberi masih tidak mampu buat Zaara. Kesian dia tau, ada ke patut Irham sms ibu Zaara bagitahu yang Zaara sedang mengandung anak dia. Gila Kau si Irham ni! Manalah tak mengamuk Zaara bila dapat tahu. Apa lagi terus la dia serang pejabat Irham. Yeah, di sinilah bermula segalanya nanti bila Tan Sri Zahir memberi kata dua kepada anak lelakinya itu samaada berkahwin dengan Zaara ataupun Sherry.

Gandingan Azlee Khairi dan Zara Zya

Semart pulak bila tengok si Faizal aka mamat psiko ni. Camne la kita nak benci kat dia kalau dia hensem ni. Alahai....  Best kan, best kan... Kena tunggu la esok pulak.. Yuhuu..  Selamat menonton,

Love You Mr. Arrogant Episode 1


Love You Mr Arrogant E01

 "Janganlah engkau membunuh hati dengan banyak makan dan tidur. Sesungguhnya hati akan mati bagaikan tanaman jika tergenang air."

Drama Love You Mr Arrogant TV3

Assalamualaikum..

Drama Love You Mr Arrogant Akasia TV3


Satu lagi novel bakal diadaptasi ke drama tv. Kali ini Novel Love You Mr. Arrogant terbitan Karya Seni yang juga merupakan hasil tulisan Aliesha Kirana. Drama ini menampilkan Azlee Khairi yang membawa watak utama selaku Zafriel Irham di samping heroin Zara Zya sebagai Zaara Amirah.

Kalau mengikut jalan cerita novel ini, kisah hidup Zaara Amirah hampir sama dengan perjalanan hidup Nur Jannah dalam Drama Cinta Jannah yang baru sahaja sampai ke penghujungnya semalam. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang sinopsis novel boleh klik SINI.

Kisah mereka bermula bila Irham dan Zaara terlibat dalam satu kemalangan yang mana Irham si jejaka kaya berlagak dan penuh kesombongan ni menuntut ganti rugi terhadap Zaara. Cehh, padahal kalau ikut law mamat poyo ni yang salah, tapi apa boleh buat... dah namanya orang kaya kan, semuanya betul pada dia. Irham pulak tersepit bila papa dia, Tan Sri Zahir (Mustapha Kamal) bagi kata dua sama ada menikahi Zaara Amirah atau Sherry calon menantu pilihan mama Irham, Puan Sri Maryam lakonan Norish Karman.

Jangan lupa menyaksikan drama Love You Mr Arrogant ni nanti ye. Bermula 25 September 2013 (hari ini) Slot Akasia jam 7malam.

Jom tengok Promo Love You Mr Arrogant. (Dari promo pun dah nampak mantap cerita ni)




"Janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan sombong, sesungguhnya engkau itu tiada dapat menembus bumi dan tidak akan engkau sampai setinggi gunung."
-Al Isra : 37