Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Sebenarnya Saya Isteri Dia. Show all posts
Showing posts with label Sebenarnya Saya Isteri Dia. Show all posts

6 Jul 2013

Berakhirnya Kisah.. Sebenarnya Saya Isteri Dia

Assalamualaikum..

Salam hujung minggu untuk semua sahabatku.. Maaf, diriku makin busy sekarang ni. Dengan projek menimbun-nimbun, aku rasa macam tak cukup nafas je gayanya.. cewahh, bajet macam aku ni projek manager je gayanya kan =) kekekeke,


Okey, drama Sebenarnya Saya Isteri Dia nampaknya dah melabuhkan tirainya semalam. Pengakhiran kisah yang aku rasa cukup tragis. Yelah, dah la Syaf mengandung pastu tercampak jatuh dari pelamin pulak. Apa kes camtu?? Ish, tak suka! tak suka! Walaupun mungkin akhirnya boleh disimpulkan happily ever after.. kan?kan?

Dan demam Sebenarnya Saya Isteri Dia dah boleh berakhir ke? Mungkin boleh pada aku sebab hakikatnya... Saya Bukan Isteri Dia.. Firash aka Izzue Islam dah kahwin, jadi... aku mesti kena lupakan dia. Cewahhh, kemain sungguh. (nampak tak permainan aku sekarang ni)

Sepanjang musim Sebenarnya Saya Isteri Dia ni, alhamdulillah.. keyword untuk drama ni memang banyak membantu bagi blogger kecik macam aku ni. Cer korang tengok kat sebelah kanan sana.. Walaupun bukan lah riban-riban tapi gatal jugak ler kepala aku ni (dan-dan ni aku rasa macam aku muda lagi walau hakikatnya dah tua + bangka) =) Terima kasih semua yang sudi sokong dan sentiasa ada belakang aku selama ni..


5 Jul 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 13 (Episode Akhir)

Assalamualaikum..


Episode akhir dah? Aduhh, sedihnya.. Ahha, rasanya malam ni pasti ramai yang akan tertunggu-tunggu depan kaca tv kan nak menyaksikan drama hebat ni. Dari ke anak kecik, budak sekolah sampailah ke bapak-mak budak pun turut sama layan kan... Tapi dah episode last...

Okey, Episode Akhir Sebenarnya Saya Isteri Dia malam ni menyaksikan pertemuan semula Syaf dan Firash yang terpisah beberapa ketika akibat dari perbuatan jahat Rania yang membuatkan Syaf makan hati dan menjauhkan diri. Firash cuba memujuk dan memohon maaf tapi Syaf macam keras hati je..

photo credit to zura asyfar

Raimy pulak cuba menjelaskan apa yang dia dah buat dahulu (apa yang terjadi dalam episode 1) dan paling Syaf tak sangka company yang beliau kerja yang direkemen oleh Raimy adalah milik Datuk Fakhrul iaitu bapa kandung Firash Arshad, suaminya sendiri. Hubungan mereka kembali pulih nampaknya.. Yelah, cerita best mestilah kena happy ending kan.... Jom Tonton Online Sebenarnya Saya Isteri Dia Full Episode

Nampak macam best je majlis persandingan mereka bila Rania datang menyerang.. Huhu, sabar jelah.

Nak tau selanjutnya? Kena lah tonton


28 Jun 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 12

Assalamualaikum..


Berbaki hanya satu episod lagi, Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 12 kali ini nampaknya penuh dengan aksi bergaduh je. Syaf masih memendam rasa terhadap Firash, Raimy juga bertelagah dengan Firash untuk merebut Syaf yang cantik, malah mama tiri Firash pun terkantoi dengan papa dia.. Alahai, dah hujung-hujung ni macam makin kuat pulak konflik mereka ni kan. Boleh klik link kat bawah ni untuk tonton drama ni secara online.



Promo SSID Episode 12


Selamat menonton ye drama yang menjadi ketagihan ramai Sebenarnya Saya Isteri Dia jam 9malam di TV3. Terlepas menonton episode-episod yang lepas? Boleh Jom Tonton Sebenarnya Saya Isteri Dia Full Episode

22 Jun 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 11

Assalamualaikum..

Sebenarnya Saya Isteri Dia

Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 11 yang bersiaran malam ni punya pelbagai rencah. Mula-mula melihat mereka rasa bahagia sangat saat Firash membawa Syaf berhoneymoon. Disitu juga Firash meluahkan rasa cinta, kasih dan sayangnya kepada isteri yang sekian lama sering dimarahinya.

photo credit to admya.blogspot.com

Saat bahagia mula menjadi milik mereka, Rania yang sememangnya punya berniat jahat terhadap Firash kembali melancarkan serangan peribadi. Rania mengedit dam menghantar beberapa keping gambarnya bersama Firash ketika malam penculikan tempoh hari kepada Syaf. Nak tonton Episode 11? Klik je link bawah ni okey...


Luluh hati seorang isteri bila mana suami yang mula dicintai bersama dengan perempuan lain. Syaf meluahkan rasa dan sanggup menarik diri dalam perhubungan ni. Aduhh, sangat-sangat sedih bila tengok babak ni tau.

Ketinggalan mengikuti drama bersiri ni?? Jom, boleh Tonton Online Sebenarnya Saya Isteri Dia Full Episode. Uhh, tak sabar menanti Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 12 minggu akan datang pula.

15 Jun 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 10

Assalamualaikum..


Kisah Syaf dan Firash semakin ke penghujung. Memasuki Episode 10 malam tadi, alahai.. romantiknya abang Firash ni =)  "Sape tak sayang bini oiiii" sweetnya... Firash mula menunjukkan rasa kasih dan sayangnya terhadap isterinya, siapa lagi kalau bukan Syaf. Bercuti berseronok bersama.. owh, kelakar sebab Syaf siap bermimpi di siang hari. kahkahkah :)

Niat dan perbuatan jahat Rania terhadap Firash akhirnya memakan diri sendiri bila akhirnya dia yang ditangkap bersama dua orang lelaki upahannya oleh Jabatan Agama Islam. Rancangan jahatnya mahu memeragkap Firash nampaknya tidak terkesan. Bak kata Firash -"What You give, You get back"  Sungguh padan muka. Buat lagi cara kotor tu.


Penghujung Episode 10 Sebenarnya Saya Isteri Dia ni Firash meluahkan rasa hatinya walaupun hanya sekadar berbahasa... Jom tonton drama ni. Boleh klik je link kat atas ni =)

Haa, jangan lupa tonton drama romantik + komedi ni ye. Terlepas menonton episod-episod yang lalu? Boleh mengikuti melalui link-link berikut



7 Jun 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 9

Assalamualaikum..

Salam Jumaat penghulu segala hari..


Slot Zehra TV3 Sebenarnya Saya Isteri Dia sekali lagi bakal menemui anda di kaca tv malam ini. Drama bersiri yang kini akan memasuki episode 9 masih lagi memaparkan jalan cerita dan babak-babak menarik antara Syaf dan Firash.

Jangan lupa menonton Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 9 malam ini di saluran tv3 bermula 9malam. Terlepas menonton? takpe, boleh tonton online di tonton.com.my atau boleh klik link bawah ni Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 9




3 Jun 2013

Tonton Online Sebenarnya Saya Isteri Dia Full Episode

1 Jun 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 8

Assalamualaikum..


Drama bersiri yang masih menjadi bualan dan perhatian ramai, Sebenarnya Saya Isteri Dia memasuki Episode 8 minggu ni. Masih lagi lucu dan mencuit hati.

Kisah Syaf yang terpaksa bertukar kerja ke Kerteh Terengganu dimana menemukan dia dengan Hakimi, sepupu Firash yan ditemuinya di kampug tempoh hari. Firash pula menolak tawaran praktikal di sebuah syarikat gergasi setelah mengetahui syarikat itu milik papa kandungnya. Paling tak di sangka oleh mereka bertiga yang akhirnya mereka bekerjasama dibawah satu bumbung. Hehehehe, comel..... suka! suka!

Terlepas menonton malam tadi? Jom tonton online klik je link bawah ni :


28 May 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 7

Assalamualaikum..

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 7 baru je berlangsung beberapa hari lepas. Tersenyum lagi tengok drama ni. Tetap maintain kelakar dan menghiburkan. Masih berkisar kisah mereka di kampung Firash. Dan nampaknya kisah mereka akhirnya diketahui oleh Tok Wan..


Macam-macam nasihat yang Tok Wan pesan pada Syaf sebelum mereka meninggalkan kampung. Alahai, bersungguh-sungguh tengok Tok Wan depa menangis. kekekeke, Haa.. jangan lupa tonton online Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 7 ni. Klik je link bawah ni eh.  Tak sabar nak tengok Episode 8 pulak



21 May 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 6

Assalammualaikum..


Drama bersiri Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 6 bersiaran lagi pada Jumaat lepas. (lambat pulak aku buat entri eh episode 6 ni kan) Kali ni babak-babak di dalamnya agak serius sikit berbanding yang lepas-lepas. Sebab Firash punya ego tu melangit. Menyampah pulak aku nengoknya tau.

Dah terlepas tonton episode 6 ni? Takpe, takpe boleh tonton online kat sini. Klik je link Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 6

Ermm, tak sabar nak tengok Episode 7 Sebenarnya Saya Isteri Dia minggu baru ni. Sebab kalau ikut dalam Novel memang la best. Jom baca Review bawah ni








10 May 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 5

Assalamualaikum..

Drama bersiri Sebenarnya Saya Isteri Dia akan menyambung kembali siarannya malam ini setelah memberi laluan kepada PRU13. Memasuki episod 5 pastinya drama ini penuh dengan babak-babak terbaik, romantik dan menarik hati.

google image

Episod 5 Sebenarnya Saya Isteri Dia kali ini Syaf akan dibawa pulang ke kampung Firash dan diperkenalkan sebagai anak angkat mamanya bagi mengelakkan kemusyikilan. Pasti lucu melihat adegan Chad yang kantoi dengan tok wan nya sendiri nanti :)  Kat situ jugalah nanti Syaf akan berjumpa dengan Hakimi seorang rakan universiti nya dulu yang juga merupakan sepupu kepada Firash.. Mesti Firash cemburu kaw-kaw ni............. hehehe,

Jangan lupa tonton andai berkesempatan ye. Setiap Jumaat jam 9malam.. Klik je link sini Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 5. Boleh jugak tonton online nanti at tonton.com.my  selamat bergelak ketawa ye :)


**Chad = Firash

12 Apr 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 3

Assalamualaikum..

Hai salam Jumaat untuk semua. Malam ni akan keudara lagi drama bersiri Sebenarnya Saya Isteri Dia episod ke 3 slot Zehra di tv3.. Tak sabar nak tengok apa pulak lah yang akan terjadi dalam episod kali ni.


                                                promo episod 3 sebenarnya saya isteri dia

Jangan lupa menonton drama bersiri Sebenarnya saya isteri dia episod 3 yang akan bersiaran pukul9 malam nanti di tv3. Boleh juga menonton secara online. Klik je link Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 3 ni. Atau boleh juga dengan melayari www.tonton.com.my
Selamat menonton dan moga terhibur..

6 Apr 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 2

Assalamualaikum..

Hai selamat berhujung minggu semua. Ahha, malam tadi layan drama bersiri Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 2. Masih best lagi. Best, menarik dan suka..

google image

Episod 2 malam tadi agak sedih jugaklah. Yelah, konflik yang berlaku di antara Farish dan Firash bila mama mereka Datin Farizah paksa Firash berkahwin dengan Syaf. Pedas je ayat-ayat yang keluar dari mulut si abang ni tau, Farish. Suka betul cara mama mereka berdua mengendalikan situasi perang mulut adik beradik ni. Seriuously, sangat lembut dan menenangkan mama mereka ni. Lakonan yang baik pada aku. 

Firash pulak terpaksa la terima desakan mama mereka untuk berkhawin dengan Syaf demi menyelamatkan maruah keluarga. Dalam hati Firash tu macam-macam yang dia rasa. Malu sebab terpaksa kahwin dengan orang yang lagi tua 4tahun dari dia. Jatuh standard nanti katanya  Ahh, time ni la Farish si abang mula datang memujuk rayu bekas tunang sendiri.  Part ni aku suka. kekekeke.. 

Saat Firash nak terima nikahnya, alahai terima pulak berita buruk yang abang dia Farish kemalangan dan dalam keadaan tenat. Part ni sedih.... dan bersambung untuk episod akan datang iaitu minggu depan. sama-sama kita nantikannya eh =) 

Kalau nak tengok boleh ke link kat bawah ni eh ;