Assalamualaikum..
Terdapat banyak kisah dan dalil menceritakan halangan-halangan yang menyebabkan doa tidak diterima oleh Tuhan. Antaranya adalah berkenaan kisah Ibrahim bin Adham. Ketika Ibrahim bin Adham, seorang ahli sufi berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Antara mereka ada yang bertanya,
"Mengapa doa kami tidak dimakbulkan oleh Allah, sedangkan kami bermohon kepadaNya?"
Ibrahim menjawab, "Kerana hati mereka buta disebabkan sepuluh perkara."
Rasulullah berkata yang bermaksud,

- Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan suruhanNya.
- Kamu menyangka kamu cinta kepada Rasulullah, tetapi kamu meninggalkan sunahnya.
- Kamu membaca al-Quranm tetapi tidak beramal dengannya.
- Kamu makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya.
- Kamu berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
- Kamu berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
- Kamu berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
- Kamu berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
- Kamu bangun daripada tidur lalu kamu ceritakan semua keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.
- Kamu kebumikan mayat-mayat kamu (sahabat-sahabatmu) tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka.
Doa juga tertolak apabila seseorang memutuskan persaudaraan dan sering berbuat dosa. Rasulullah berkata yang bermaksud,
Tiada seorang Muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalam dirinya dosa ataupun memutuskan silaturahim, melainkan Allah memberikan kepadanya salah satu daripada tiga perkara, samada dia itu dimakbulkan segera ataupun disimpan dan diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengan doa tadi." -direkodkan oleh Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya'la dengan sanad yang sahih.
Rasulullah berkata yang bermaksud,
Tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak adalah pemimpin yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan orang yang teraniaya." -Direkodkan oleh Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Majah.