Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Salam Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Salam Aidilfitri. Show all posts

7 Aug 2013

Salam AidilFitri Ikhlas dari BabyAimaComel

Assalamualaikum..

Salam ikhlas buat semua,
muslimin muslimat yang sedia bersama,
ampun dan maaf ku pinta,
Selamat Hari Raya..

Kawan-kawan ku sekalian, ku hulur jari memohon ampun dan maaf andai sepanjang tahun ini banyak salah silap yang telah ku lakukan secara sengaja atau tidak. Tak pernah terniat di hati mahu menyakiti atau menyinggung perasaan semua.

Perkenalan kita di alam maya ini rasanya cukup istimewa, mata tidak mampu bertentang, butir suara tidak mampu kedengaran tapi setiap patah ditulis dibaca dengan segala rasa dihati. Keikhlasan anda bersama-sama sehingga hari ini sangatlah unik dan terlalu dekat dihati.

Keikhlasan  kejujuranmu terlekat dihati,
Tanda kasih sayang berpanjangan,
Ramadhan bakal berlalu syawal menjelang kini
Moga tahun depan masih diberi kesempatan

Tangan dihulur ampun dipinta,
kepada semua yang ada,
Tersalah silap terkhilaf tidak atau sengaja,
Selamat hari raya

Selamat hari raya,
maaf zahir batin bersama,
ku pohon maaf ikhlas dari jiwa
Salam lebaran buat teman semua

Kesempatan yang ada, aima sekeluarga nak mohon ampun maaf selama perkenalan dan persahabatan kita ada terlebih, terkurang atau ter yang berlaku secara sengaja mahupun tidak. You all my best buddies okey.. jemput datang rumah tau raya ni :)

Salam AidilFitri Ikhlas dari AimaBabyComel...