Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Puasa Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Puasa Ramadhan. Show all posts

28 Jun 2015

#Cabaran 20Hari | Pengalaman Sahur

#Cabaran 20Hari | Pengalaman Sahur |

Assalamualaikum.. (Day2)
Sebagai seorang ibu yang fully breastfeeding untuk bayi kecil, bersahur menjadi kewajipan. Setakat hari ni belum pernah lagi terbabas dari tak bersahur walau dah dekat nak masuk imsak. Berpuasa dan menyusu badan memang sangat-sangat mencabar bagi ibu baru seperti Aima ni.
Setiap hari Aima pastikan akan makan nasi ketika sahur. Lauk tak kisahlah lauk apa yang ada. Even makan nasi dengan lauk serunding pun dah cukup dah. Janji nasi. Kurma insyaAllah selagi ingat, selagi boleh capai memang akan makan. Kurma bagus kan, lebih kurang macam milk booster jugak la. 10 dah berlalu, masih mampu lagi bertahan walau seringkali dihujung-hujung waktu tu rasa totally drain. Rasa nak give up pun ada tapi tetap mentabahkan diri untuk bertahan hingga saat berbuka.


Tentang bersahur, kadangkala emosi terlebih. Maklumlah tidur malam tak semeriah dulu sebelum ada anak kan. Sekarang dah ada baby sekejap-sekejap terjaga. Beberapa hari lepas Baby Sarah pun sibuk nak join jugak bersahur. Layankan jugak la..

Itu jelah pengalaman bersahur untuk tahun ni. Tahun lepas-lepas, owhhh maaflah dah terlupa. Yang penting bangunlah bersahur walau hanya sebiji kurma dan segelas air kerana perbezaan puasa orang Islam dan kafir adalah bersahur. Bersahurlah dihujung-hujung waktu tau..

Ramadhan Satu Perjuangan! #Cabaran 20Hari