Pahang Mara Ke Final Piala Malaysia 2014 |
Assalamualaikum..
Wakil Pantai Timur, Pahang melangkah bergaya ke final Piala Malaysia 2014 selepas menyingkirkan pasukan Kedah pada pertembungan separuh akhir kedua malam ini di Stadium Darul Makmur.
Kelebihan bermain dihadapan penyokong sendiri ternyata membawa tuah buat pasukan Pahang dengan kemenangan besar 5gol tanpa balas sekaligus layak dengan agreget 6-3.
Tewas pada perlawanan separuh akhir pertama Ahad lalu tidak mematahkan semangat juang Tok Gajah untuk meneruskan kemaraan walau bekalan hanya satu gol ditempat lawan tempoh hari.
Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan ternyata mempamer aksi penuh bertenaga sepanjang 90minit berlangsung. Jentera serangan Pahang memang hebat! Martias Conti, mu superb la hatrik tu...
3 gol pada separuh masa pertama sudah cukup membuatkan penyokong terhibur ditambah pula dengan 2gol lagi pada babak kedua. Memang taring panjang nampaknya Tok Gajah malam ni.
Rasanya ni hadiah terbaik buat Sultan Pahang yang menyambut Hari Keputeraan hari ni.
Apa pun, Pahang terpaksa menunggu keputusan pertemuan diantara JDT mahupun Felda United malam esok untuk menentukan siapa lawan mereka di pentas akhir Piala Malaysia 2014 nanti.
Tahniah untuk Pahang dan seluruh penyokong serta rakyat Pahang diatas kemaraan ini.
