Assalamualaikum..
Petua Tidur Mengikut Sunnah Nabi |
Petua Tidur Mengikut Sunnah Nabi |
- Sebelum dan selepas tidur, baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa harian ini tetapi hakikatnya harga yang Allah janjikan adalah syurga.
- Jangan tidur mengadap kaki arah kiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang meninggal dunia.
- Sesiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, maka dia dianggap sebagai mati syahid. Tasbih Fatimah adalah amalan zikir -Subhanallah 33kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 34 kali.
- Baca 4 Qul (Surah Al-Ikhlas, Al-Kaafirun, Al-Falaq dan An-Nas) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
- Niat untuk bangun tahajud. Sekiranya tidak terjaga malam. Allah tetap mengira seolah-olah dia bertahajud sepanjang malam. Tahajud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
- Ambil wuduk sebelum tidur dan solat sunat taubat sebanyak 2 rakaat.
- Maafkan semua kesalahan orang lain terhadap kita dan halalkan semua hutang-piutang sebelum tidur. Bangun tidur, boleh buka fail semula (kalau mahu).
- Tidur cara Rasulullah adalah mengiring badan ke kanan dan tapak tangan dibawah pipi.
