Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013. Show all posts
Showing posts with label Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013. Show all posts

3 Nov 2013

Pertembungan Final Piala Malaysia 2013 Kelantan vs Pahang

Assalamualaikum..

Final Piala Malaysia 2013 Kelantan vs Pahang |


Stadium Shah Alam malam nanti bakal menyaksikan pertemuan dua jaguh dari Pantai Timur "The Red Warrior" dan "Tok Gajah". Pastinya Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013 kali ini menjanjikan satu permainan yang menarik dan mendebarkan.

Kelantan yang turun selaku juara bertahan tentunya akan bermain berhabis-habisan untuk terus mengekalkan piala kemenangan di negeri itu. Kehebatan pasukan The Red Warrior seharusnya tidak perlu disangkal lagi. Mereka tetap hebat beraksi lagi-lagi dengan sokongan padu para penyokong setia.

Pahang yang meniti laluan berliku ke final juga selayaknya diberi penghargaan setelah impian mereka untuk ke pentas final akhirnya berjaya direalisasikan setelah 16tahun menanti. Selaku pasukan bukan pilihan, Pahang juga mahu membuktikan mereka bukanlah pasukan yang mudah menyerah kalah. Perjuangan merebut Piala Malaysia 2013 daripada Kelantan akan sentiasa diteruskan sehingga minit terakhir perlawanan.

Semoga kedua-dua pasukan beraksi dengan penuh semangat kesukanan. Fair play dengan aksi-aksi hebat, menarik dan mendebarkan. Menang kalah adat perlawanan. Tapi jangan menyerah kalah. 90minit perlawanan macam-macam boleh terjadi.

Apa pilihan anda? Kelantan atau Pahang?? Hehehehe, aku sokong dua-dua. Tapi dalam hati mengharapkan Kelantan menang dengan bergaya =) Jangan marah ye......