Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Pengalaman Bersalin Anak Pertama. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman Bersalin Anak Pertama. Show all posts

6 Mar 2015

Pengalaman Ngeri Bersalin Anak Pertama

Pengalaman Ngeri Bersalin Anak Pertama |

Assalamualaikum..
Syukur Alhamdulillah masih lagi diri ini diberi kesempatan untuk melakar kenangan kat sini. Hehehe, kenangan lah sangat kan. Terima kasih Allah atas rezeki cahaya mata pertama ni. Rezeki kurniaan yang tak mampu nak digambarkan dengan kata-kata.
Kalau sebelum ni asyik nak cerita pasal mengandung, bermula dari saat ni nampaknya dah berubah topik. Bila lahirnya si kecik secara automatiknya dah beralih kisah tentang si dia.. Pengalaman bersalin anak pertama ni, MasyaAllah.. Jom baca kronologi kesakitan demi kesakitan, bertarung nyawa demi melahirkan anakanda tercinta.

14.02.15 (5.30ptg)
-Petang tu lepas zohor memang tidur sungguh-sungguh. Sedar-sedar dah pukul 5petang. Sempatlah ke toilet lepas tu. Masa ni memang takde perasan apa-apa perubahan pun pada diri. Then, sambung baring balik kat bilik sambil layan game COC kejap. Bila bangun je dari katil, tetiba ada air mengalir kat celah peha ni. Serius, ingatkan terkencing tapi teringat nurse kat klinik kesihatan asyik ulang-ulang pesanan tentang tanda-tanda nak bersalin setiap kali pergi check up. Nurse cakap air ketuban ni berbeza sangat dengan air kencing sebab air ketuban ni tak boleh nak tahan-tahan tak  macam nak buang air kecil tu. Then try rasa dengan tangan rasa macam berlendir dan bau pun takde bau hancing.
Lepas tu apa lagi menjerit la panggil adik-adik. Mak yang baru lepas solat asar pun terkejut bila bagitau yang air dah tumpah ni. Mak memang confident yang memang air ketuban dah pecah. Kelam kabut la apa lagi bersiap gerak ke hospital. Serius cakap masa tu memang blur, jadi tak tau nak buat apa.Nasibla ada adik-adik perempuan yang tolong ambil barang itu ini untuk siap-siap ke hospital.

14.02.15 (6.15ptg)
Sampai hospital je terus ke labor room. Suami pun sampai sekali sebab suami time tu memang ada kat area sana. Adik memang dah siap call suami cakap jangan balik rumah, suruh dia terus ke hospital je sebab air ketuban dah pecah. Mula lah episod bila doktor start buat prosedur biasa diorang. Memang sakit masa diorang check untuk confirmkan betul ke tak pecah ketuban tu sempat jugak la terjerit sekejap. Sakit kot. Then pasang CTG kat perut nak tengok denyutan baby. Alhamdulillah, reading yang di rekod tu okey. Lepas tu kena interview dengan doktor. Banyak jugak la yang dia tanya dia. Kita pun pasrah jelah menjawab.

Kemudian doktor bagi tau yang pihak hospital bagi tempoh sehingga jam 6pagi esok. Kalau tak bersalin jugak kena masuk ubat la. Dalam kata lain kena paksa untuk bersalin jugak. Kalau dah masuk ubat pun tak jalan, last option terpaksa lah operate. Yelah, air ketuban dah pecah kan. Risau jugak kalau-kalau baby dalam tu boleh lepas ataupun dah makan najis dia sendiri. Masa tu memang pasrah tapi dalam hati berdoa sangat-sangat biarlah bersalin secara normal.

Tapi alhamdulillah doktor yang jelaskan tu positif. Dia cakap kebiasaannya yang dah pecah air ketuban ni 80peratus darinya bersalin normal. Dan pernah terbaca artikel yang mana bagitahu bukan semua orang berpeluang merasai pecah air ketuban secara semulajadi. Kebanyakkannya doktor yang pecahkan. Alhamdulillah, memang takde sakit apa-apa dari pecah air ketuban sampailah malam tu. Dah selesai kat labor room tu, terpaksalah berjalan masud wad.

14.02.15 (10.30 malam)
Dah nak masuk tengah malam nurse datang. Dia tanya dah ada contraction ke belum. Huhu, masa ni memang cakap kat dia sakit biasa-biasa je. Macam rasa baby gerak tu je. Dia pun duduk sebelah dan rasa kat perut. Dia cakap dah ada contraction ni. Dalam tempoh 10minit 2kali contraction katanya. Kita pun bodoh-bodoh tanya, 'owh, ni la contraction eh?" Nurse tu siap cakap yang badan kita ni daya tahan sakit tu kuat sebab tak rasa sakit pun padahal nurse tu cakap contraction pun agak kuat jugak. Serius?? Iye kan je la time tu. Sambil tu sembang-sembang la dengan dia. Dia cakap InsyaAllah tengah malam nanti boleh bersalin ni. Aminn, memang cakap kat dia harap sangat baby akan keluar sebelum pukul 6 nanti sebab takut nanti kena masuk ubat.

15.02.15 (2.30 pagi)
Masa ni memang dah tak senang duduk mahupun baring. Contraction dah makin kuat terasa. Elok-elok sembang dengan kawan kat katil sebelah (dia pun rupanya airketuban dah pecah hari sebelumnya cuma baru 34minggu -premature) rupanya dia ke labor room dulu. Tetiba dah tak tahan sakit katanya (padahal contraction Aima yang kuat). Bila dah keseorangan ni kejap-kejap bangun berjalan. Orang kata elok berjalan banyak supaya senang bukak nanti. Sampai masa dah tak tahan sangat contraction yang dah makin kerap tu gagahkan diri ke kaunter jugak. Bagitahu kat nurse yang dah sakit sangat. Diorang pun check tapi katanya 'belum lagi dik.Baru 2cm je. Pergi tido dulu' -kecewa..

15.02.15 (3.45 pagi)
Korang agak dengan contraction yang dah makin memuncak ni mampu nak tido lagi ke? Kejap-kejap sms dengan suami bagitau keadaan time tu. Kalau dah sakit tu apa pun tak boleh nak fikir dah. Suami memang dari awal dah standby je katanya. Contraction memang makin kerap. Dari 5minit sekali dah makin kuat 2-3minit sekali diikuti dengan gerakan kuat baby. Ya Allah masa tu memang rasa dah seksanya sakit orang nak bersalin ni. Sekali lagi menapak ke kaunter bagitahu yang sakit makin kuat.

Sekali lagi kecewa bila sister tu kata 'lebih kurang sama je dik macam tadi. Biasanya kalau anak pertama ni sejam 1cm je dia bukak. Pergi balik katil dulu. Kalau sakit mengiring ke kiri' -double kekecewaan tu. Lepas ni pakat memang tak pergi kaunter dah. Pasrah je. Sakit pun sakitlah! Suami yang dah bersiap gerak ke hospital at last standby @tido dalam kereta je kat parking depan labor room tu. Memang kesian kat suami tapi kesian lagi kat isteri dia ni yang dah tak tertanggung sakitnya.

15.02.15 (5 pagi)
Lebih kurang dekat pukul 5pagi sister datang nak buat CTG. Lama jugak la dekat setengah jam. Memula bacaan okey tapi dah tengah-tengah tu tak cantik katanya. Hurmm, tak pepasal ke drip air. Sakit kot! Dah la contraction tu seakan tak mau kompromi, makin kuat dan terus kuat. Tangan ni siap genggam besi kepala katil. Diorang pun memang nampak yang contraction tu consistant sangat tapi setakat boleh tengok jela kan. Then datang doktor pelatih kot rasanya. Bagitahu ka dia memang dah sakit sangat. Dia check dan buat muka kecewa. Tak banyak pun bukak katanya.Lebih kurang je macam tadi. Haa, serius?? Okey, fine!

Tak sampai 15minit lepastu datang doktor yang dekat labor room petang semalam. Berkumpul la 3-4 orang kat katil ni. Bebel-bebel pasal patient lain kat katil kita ni. Sekali lagi mention kat doktor tu yang dah sakit sangat lebih teruk dari nak membuang air besar. Dia pun check dan doktor tu punya respon 'patutlah awak sakit sangat, rupanya dah bukak 6cm. Biasanya kalau 3 ke 4cm kita dah tolak pergi labor room'  -Sempat jugak la jawab, 'memang dari tadi saya sakit. Bukan saje-saje cakap sakit!'

15.02.15 (6 pagi)
Sampai dekat labor room masa tu gelap je. Takde yang emergency kot. Staf pun ada yang tido. Time ni memang dah terpisah dengan handphone sebab kat wad tadi diorang kelam kabut ambil barang-barang semua.Jadi dah terputus hubungan dengan suami. Then diorang siap-siapkan kita, naik katil semua. Pastu dengar akak nurse tu bebel 'diorang ni cakap je 6cm, sampai sini dah full' masa tu faham la yang dah sampai masa untuk baby nak keluar tengok dunia. Sementara tunggu akak nurse tu siapkan dokumen yang patut (sebab nampak dia menulis), dia cakap dah boleh teran.

Huh, nasib la malam tadi tu sempat jugak google cara-cara nak teran bersalin (memang berguna betul la ilmu yang dibaca walau tengah sakit).Bila dah teran akak nurse tu dok kata 'haa pandai, teran panjang lagi' sampai la satu ketika rasa macam dah habis nyawa dah. Maklumlah memang langsung takde pengalaman bersalin ni kan. Dia asyik suruh teran panjang-panjang. Dah tu camne nak teran panjang-panjang? Sampai la dia ambil tangan ni dah suruh pegang katanya tu rambut baby. Siap cakap tak sayang ke kat baby? Sikit je lagi ni. Tak nak tengok baby ke? Dia cakap teran panjang-panjang lagi macam nak buang air besar tu.

Dah tak tau nak fikir pe, memang teran sungguh-sungguh. Sakit tak sakit memang all out je time tu. Bila rasa sakit gas tula yang disedut (tapi takdela sedut banyak-banyak -setakat nak legakan sekejap je). Dan alhamdulillah, usaha yang terakhir tepat 6.38pagi 15hb Februari 2015 dengan berat2.65kg meluncur keluar sikecik yang cukup-cukup 40 minggu berada dalam perut ni. Rasa lega tu ya Allah tak tau nak gambarkan camne bila nampak baby tu depan mata. Keluar-keluar je terus celik mata dia dan terus menangis. Nurse tu sambil ucap Alhamdulillah tunjukkan jantina baby yang selama ni main cak-cak dengan mama dia. Owh, baby girl rupanya. Lepas tu terus bawak si kecik keluar.

Masa proses menjahit tu sempat la terfikir 'Aku dah jadi mak?? Tak sangka, tempoh 9 bulan 10 hari tu dah berakhir subuh ni rupanya. Kena jahit.. awal-awal tu tak sakit tapi dah hujung-hujung tu sakit kot. Sempat la sedut gas tu sekali dua lagi untuk kurangkan sakit. Saat yang ditunggu menjelma bila staf nurse bawak baby dan letak kat dada suruh menyusu kan si kecil ni. Tak tau nak gambarkan perasaan tu bagaimana. Speechless. Lepas tu suami pun masuk. Dia cakap dia dah jumpa dan siap pegang baby ni dah tadi sebab nak iqamatkan dia. Alhamdulillah,

Syukur Ya Allah dengan pengalaman ngeri ni. Yes, memang ngeri rasanya sampai boleh termimpi-mimpi sekali lagi. Kesakitan demi kesakitan, rasa memang dah hujung nyawa pun. Nak ulang lagi pengalaman ni? Hurrrm, tarik nafas panjang-panjang hembus pelan-pelan. Moga dengan rezeki kurniaan Allah ni akan terus dipermudahkan rezeki yang lain pula nanti.

Terima kasih Allah. Sekian sahaja untuk lakaran pengalaman dan kenangan untuk hari ni. Mungkin ianya tak seindah dan sehebat orang lain. Tapi, inilah satu-satunya kisah hingga hujung nyawa.

Gambar baby? takde lagi... heeeee