Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Penangan Keyword Bermusim. Show all posts
Showing posts with label Penangan Keyword Bermusim. Show all posts

28 Nov 2013

Penangan Keyword Bermusim

Assalamualaikum..

Penangan Keyword Bermusim |

Kalau sebelum ni, Love You Mr. Arrogant merupakan kata kunci yang orang cari sehingga mencetus fenomena. Aku pernah bercerita tentang benda ni sebelum ni. Boleh baca kat SINI. Memang sangat berkesan. Ingatkan ianya berakhir kat situ je. Rupanya kalau kita berusaha, ianya tak mati terus.

Hari ni, semua orang mencari-cari adakah Playboy Itu Suami Aku pulak. Cerita dia bukanlah best atau hebat sangat-sangat tapi mungkin masing-masing bagi peluang untuk kenal Mr. Playboy dan isteri dia dengan lebih rapat. Cehh, kemain ayat aku kan.Tapi betul la, macam Zara Zya & Azlee Khairi dulu. Pada mulanya ramai yang komen siapa diorang ni, tak kenal la. Haa, sekali gandingan depa dua orang menjadi bukan ke semua nak sayang Zaara, semua menggedik nak Mr. Arrogant (termasuklah aku hahahaha).


Tulah dia penangan kata kunci atau keyword bermusim ni. Trafic walau tak sehebat orang lain tapi aku still nampak hasilnya kerana sememngnya diri masih baru belajar. Memang kena usaha sikit la. (Aku terpaksa berkorban banyak demi blog-bangun seawal pagi) kalau tak memang tak jalan la blog ni. Siang memang dah kerja, malam penat terus tidur. Kalau tanya aku apa yang aku dapat, takde pape pun. Cuma satu kepuasan dan happy sangat bila ianya berkembang dengan baik.

Aku agak untuk drama tv yang bakal menjadi carian terbaik kemungkinan besar adalah MasterChef Malaysia All Stars yang kini sedang berlangsung di Astro Ria. Tu pun aku suka, serius tak tinggal lagi episod setakat hari ni. Untuk bulan depan dah tentu-tentulah drama Projek Memikat Suami pulak. Haaa, yang ni memang aku tak sabar nak tunggu =)

Asyik pasal drama tv je, takde cerita lain ke?? Pasal gosip artis, yang baik mungkin okey. Tapi kalau benda-benda yang mengaibkan, yang berat kepada sebelah kiri maaf, aku tak berminat sangat. Cukuplah kalau dapat berkongsi benda baik je. Kan, kan..


Tapi, cuma satu jelah risiko bila entri menggunakan keyword bermusim ni. Kalau menjadi dapatlah hasilnya, kalau tak memang duk termangu kelip-kelip mata sorang-sorang lah (macam yang aku buat awal-awal mencuba dulu). Tapi, hakikatnya banyak lagi benda lain yang aku nak kongsikan kat sini. Bukan setakat keyword bermusim atau nak kejar trafik semua ni.. Tapi lebih kepada perkongsian ilmu, kesihatan, keibubapaan, kasih sayang, buku dan sebagainya.

Terima kasih kerana membaca =) Nak kekal sihat dan bertenaga? Jom cuba SINI.