Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Ops Cantas. Show all posts
Showing posts with label Ops Cantas. Show all posts

30 Aug 2013

Kongsi Gelap, Gangster dan Ops Cantas

Assalamualaikum..



Kongsi gelap merujuk kepada kumpulan jenayah yang dah tentunya tidak berdaftar disisi undang-undang. Kumpulan kongsi gelap biasanya terbabit dalam kegiatan haram (tidak sah disisi undang-undang) bagi membiayai kegiatan mereka. Biasanya kumpulan ini menjadikan perniagaan dadah, rompakan, ceti haram, perjudian haram, pelacuran dan penjualan cakera padat cetak rompak sebagai aktiviti utama.

Kegiatan kongsi gelap dikaitkan dengan kaum Cina tetapi di Malaysia ia semakin menular ke dalam bangsa-bangsa lain seperti India dan Melayu.

Gangster atau samseng merupakan penjenayah yang bergerak dalam suatu kumpulan, kelompok atau geng. Samseng biasanya terbabit dalam pelbagai jenis jenayah terancang dari jenayah ringan seperti peras ugut sehingga lah ke jenayah bersentaa yang melibatkan jutaan ringgit. Kegiatan samseng telah dipopularkan oleh kumpulan-kumpulan samseng di Amerika Syarikat yang memainkan peranan utama dalam ekonomi negara pada dekat 1920-an hingga 60-an.

Terbaru Kementerian Dalam Negeri mendedahkan sebanyak 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara memiliki 40,313 ahli berdaftar. Ketua Setiausahanya Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata daripada jumlah itu 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8214 (kongsi gelap Cina) dan 1,923 (kongsi gelap Melayu).

Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah. Polis kini memburu dan menangkap mereka-mereka yang terlibat dalam kegiatan ini menerusi Ops Cantas yang sedang dilancarkan.

Individu yang terlibat dalam aktiviti jenayah atau sosial yang membawa penyelewengan tingkah laku dan kerosakan akhlak.


"Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam itu, dan Kami angkat mereka dengan kenderaan di darat dan di laut sert Kami beri mereka rezeki dengan yang baik-baik. DanKami lebihkan mereka dari kebanyakan makhluk yang Kami jadikan, dengan kelebihan (yang sempurna)"
-Al-Isra' : 70