Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

22 Dec 2013

Terima Kasih Sifu, Terima Kasih Nuffnang

Assalamualaikum..

Kalau korang tanya pasal Nuffnang, sungguh aku tak pernah ambil peduli pun pasal dia selama ni. Bila orang lain update pasal rezeki dari nuffnang ni, aku hanya mampu ucap tahniah. Untuk blog sendiri aku nak menaruh harapan bak kata Mr Arrogant dulu-dulu tu 'memang tak arrrr'

Tapi bila lama-lama, aku terfikir juga selepas SIFU aku brain wash kepala otak ku tempoh hari. Panjang lebar hujung jari beliau berkata-kata. Aku kira ini adalah pandangan, nasihat dan idea ikhlas dari beliau. Dan siapa tak suka bila mereka yang hebat memberi kata-kata perangsang begitu rupa kan. Ianya memotivasikan aku dan blog kerdil ni! Haa, jom baca kat bawah ni. (Boleh ke entri SINI juga)

Dan akhirnya.. aku mencuba jugak untuk tinjau-tinjau dekat wilayah incik Nuff tu. Benda-benda yang aku tak peduli selama ni aku cuba penuhi. Update apa yang patut. Hantar tiket, benda yang paling segan aku nak buat at last aku buat jugak. Kelakar kan sebab dalam tu aku asyik dok tanya soalan je (maklumlah orang baru, banyak sangat kemusykilan). Tapi sebelum tu aku nak ucap terima kasih bebanyak dekat kak @dikbe yang tolong bantu aku fix iklan Nuff ni atas bawah. Thanks akak...

Baru lah ternampak 'On Going' tu.. Alhamdulillah, terima kasih kepada Nuffnang sebab sudi jugak pandang blog ni. Total amount yang terpapar kat akaun nuffnang aku pun nampaknya dah makin bertambah dengan baik. Betullah orang kata, Sabar. Tapi tetap kena usaha juga kan. Mungkin bagi orang lain, dah tak heran sangat dengan benda ni tapi bagi aku yang baru bermula ni, ia adalah permulaan yang sangat baik.

Sekali lagi, aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga untuk SIFU yang juga merangkap MENTOR aku selama berblog ni. Kak Dikbee, terima kasih bebanyak juga. Dan untuk semua, terima kasih atas sokongan dan kasih sayang korang. Walaupun aku mungkin makin jauh, tapi aku harap sangat blog ni akan terus hidup. Selamat Maju Jaya untuk semua,