Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Novel The Wedding Breaker. Show all posts
Showing posts with label Novel The Wedding Breaker. Show all posts

28 Dec 2013

Drama Ariana Rose Pengganti Playboy Itu Suami Aku

Drama Ariana Rose Pengganti Playboy Itu Suami Aku |

Assalamualaikum..

Sebuah lagi drama terbaru yang diadaptasi dari novel terhebat The Wedding Breaker karya penulis Evelyn Eve bakal ditayangkan di Slot Akasia TV3 bermula 30 Disember 2013 nanti. Drama yang berjudul ARIANA ROSE ini menggantikan drama popular Playboy Itu Suami Aku yang melabuhkan tirainya Jumaat yang lalu.

Drama ARIANA ROSE mengisahkan seorang gadis yang cukup sempurna pada zahirnya bernama Ariana Rose telah mencetuskan kekecohan ketika berlangsungnya majlis pernikahan Tengku Adam Kamil. Ariana Rose mengaku yang dirinya telah dinodai dan kini sedang mengandungkan zuriat lelaki itu. Pengakuannya itu menyebabkan majlis tersebut terpaksa dibatalkan dan maruah keluarga Tengku Adam Kamil tercalar.


Ariana Rose tidak menyangka perbuatannya itu menyebabkan dia diburu melalui media mahupun Tengku Adam Kamil sendiri. Lelaki itu mengupah spy peribadi mencari kebenaran diatas perbuatan Ariana Rose. Niat Ariana Rose berlakon sedemikian yang hanya ingin membantu sahabat baiknya, Juwita akhirnya memakan diri bila Tengku Adam Kamil benar-benar meragut kesucian dirinya.


Nak tahu apa yang terjadi seterusnya? Jom ikuti Drama Ariana Rose Slot Akasia TV3 bermula 30 Disember 2013 bermula 7malam Isnin hingga Khamis. Drama Ariana Rose dilakonkan oleh Nur Fathia selaku Ariana Rose bergandingan dengan Keith Foo sebagai Tengku Adam Kamil. Antara pelakon handalan lain Arja Lee, Hisham Hamid, Nabila Huda,