Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Novel Selamat Malam Kekasih. Show all posts
Showing posts with label Novel Selamat Malam Kekasih. Show all posts

25 Jun 2013

Novel : Selamat Malam Kekasih


Assalamualaikum..

Penulis : Aina Emir
Harga Semenanjung : RM23.90
Harga Sabah/Sarawak : RM26.90
ISBN : 978-967-5367-88-5

Sinopsis : Hatinya sudah lama membeku hampir jadi kaku. Berpisah dengan Farhan begitu terkesan sekali. Umurnya masih muda, namun dia terpaksa sahaja melalui sesuatu yang membebankan, bagai kaca yang remuk setelah terhumban di atas batu. Mujurlah ada Aunty Julia dan Ain Suraya yang mampu menenangkan fikirannya. Namun, papanya mula mendesak agar Maya Kamilla tidak membuang masa lagi.

Pun begitu, papanya cerewet. Kalau tidak sama status dan tidak sekufu, jangan haraplah papanya akan bersetuju. Mungkin kerana itulah Maya terpaksa jauhkan diri daripada sang arjuna. Lagipun, lelaki itu tak cukup 'mata' untuk diletakkan dalam senarai calonnya.

Izz al Din, tak banyak beza daripada Farhan dari segi latarnya. Paling secocok dengan Maya Kamilla. Dia juga pernah menyayanginya, sama seperti Farhan juga. Apakah kali ini Abang Izz mampu menambat hati Maya semula? Atau Maya masih berkira-kira kerana niat Abang Izz diraguinya. Tapi kenapa pula?


Soal status bukan sekadar menjadi isu papa Maya sahaja, tetapi merupaka  soal penting buat orang lain jua. Dalam usaha Maya Kamilla untuk mencari pengganti, dia semakin terbeban. Misyal pula lebih muda daripadanya Takkan si usaz ini mampu menandingi Abang Izz yang serba hebat itu?

Kemanakah arah yang ingin Maya tuju? Sangupkah Maya terus mengikut arahan papanya, atau kali ini dia mahi memberontak lalu mengikut kata hati pula?

Selamat Malam Kekasih mengutarakan isu-isu kehidupan masyarakat Melayu elit hari ini. Juga mengetengahkan soal agama, harta dan waris, termasuk kesetiaan dan kejujuran dalam amalan seharian di sebalik unsur humor dan romantis yang diselitkan..

Jangan ketinggalan untuk menonton drama Selamat Malam Kekasih setiap Selasa jam 10malam di TV AlHijrah Segalanya Bermula Di sini.

18 Jun 2013

Selamat Malam Kekasih

Assalamualaikum..


Selamat malam kekasihku semua =) Selamat Malam Kekasih sebuah lagi drama yang diadaptasi dari novel karya penulis handalan Aina Emir. Drama yang baru sahaja memulakan siarannya malam ni 18 Jun 2013 yang keudara melalui saluran TV Alhijrah jam 10malam.


Drama 13 episod ini mengisahkan seorang wanita muda bernama Maya Kamilla, sedang berdepan dengan kerenah ayahnya yang sangat taksub dengan status 'elit' yang ada pada mereka. Maya Kamilla berdepan dengan tekanan dalam hal memilih kawan, apatah lagi pasangan hidupnya.




Suka tengok pelakon baru Aidil Aziz yang memegang watak sebagai UM atau Ustaz Misyal. Tenang je dia. Baik drama ni. Ada kisah dan cerita tauladan yang cuba disampaikan. Yang paling menarik semua pelakon wanitanya bertudung menutup aurat dengan sempurna.

image source