Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Novel Projek Memikat Suami. Show all posts
Showing posts with label Novel Projek Memikat Suami. Show all posts

7 Oct 2013

Projek Memikat Suami ke Layar TV Astro Ria

Assalamualaikum..

Dah baca Novel Projek Memikat Suami karya Hanina Abdullah? Ahha, kalau belum baca boleh lah baca sinopsis nya di SINI. Baca jangan tak baca. Kalau dapat baca novel terus pun lagi best! Kenapa ye? Sebab... novel ni akan di adaptasi ke drama tv. InsyaAllah akan bersiaran di saluran Astro Ria nanti.

Jom Tonton Online Projek Memikat Suami Episode 1 

Drama Projek Memikat Suami ini menggandingkan Aiman Hakim Redza sebagai Zahrain Alimin dan Emma Maembong sebagai Nawwal Husna. Memang sesuai sungguh mereka berdua ni kalau mengikut ketinggian seperti yang digambarkan dalam novel. Tengok gambar bawah ni pun dah buat hati kita tersenyum.



"Jangan menyesal, little girl. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today." -Zahrain Alimin


Suka sangat dengan semangat dan kekuatan yang ada pada Nawwal Husna. Usia yang terlalu muda tak bererti dia tidak matang, malah ketabahan dia mengharungi hari-hari tanpa kasih sayang ikhlas dari suami... errm, memang kena betul-betul tabah tu. Lagi pulak bila dapat tahu suami sendiri dah plan nak berpoligami.


Nasib baik Una ada 2 orang kakak yang sangat memahami yang sering membekalkan nasihat dan petua rumahtangga kepadanya. Dynas Mokhtar sebagai Kak Naja yang juga master-ji dan Watie Elite sebagai side-kick atau kak Nora. Kelakar wehh kakak-kakak Una kalau baca novel ni.


Jeng..jeng..jeng! Inilah Adira top model yang juga kekasih hati suaminya. Tak suka! tak suka dia ni. hehehe, Una dah cukup baik untuk Zahrain. Una yang cantik, Una yang comel, Una yang penyayang, Una yang pandai memasak, Una yang meletakkan kepentingan suami melebihi segalanya, Una yang sentiasa mendahului perasaan orang lain.. Pendek kata, ketabahan dan kekuatan hati Una wajar dicontohi...


5 Oct 2013

Novel | Projek Memikat Suami

Assalamualaikum..

Projek Memikat Suami | Hanina Abdullah
Dia Suami aku! Meskipun dia tak pernah cintakan aku, aku akan pikat dia sampai dapat!

Terbitan : Karya Seni (Penulisan2u)
Penulis : Hanina Abdullah
ISBN : 978-967-11208-2-8
Harga : RM21.00 (SM) / RM24.00 (SS)

Projek Memikat Suami
Nawwal Husna, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

"Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mam yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today." -Zahrain Alimin



Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai master-ji dan side-kick.

"Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!" -Nawwal Husna

"Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa tak buat anaknya pun berkenan kat Una?" -Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mama ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

"Sayang.. Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci tup-tup in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu," -Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!


Ulasan hasil pembacaan : 
Cerita ni best! Serius sangat membantu bagi mereka yang mahu membina rumah tangga bahagia. Tips rumahtangga yang sangat baik. Nilai sabar, hormat suami, patuh dan kesetiaan yang tinggi. Sayang sangat dengan Una yang comel tu! Zahrain si ketul ais beku yang poyo, ego dan berlagak hebat tapi punya sikap melindungi.. Mohon baca dan awak-awak akan rasa mereka dekat di hati...