Assalamualaikum..
ISBN : 978-967-0246-13-0
Penulis : Umi Kalsom
Harga : RM 21.00
Terbitan : Karya Seni
Sinopsis :
Perkahwinan yang diatur oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila mengetahui siapa calon yangdisebut oleh
mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
"Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu...
mummy jangan paksa Ash!" -
Ashraf Khairi
"Ain akan kahwin dengan Abang Ash!" -
Ainnur
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bago Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
"Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampa kau kena ke bandar nak cari calon suami?"
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa... kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang 'menjahanamkan' diri Ashraf.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada 'rahsia' yang disimpan kemas tanpa pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
"
And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh?" -
Ashraf Khairi
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya.
Kesudahannya... Ashraf makin membenci? Ainnur semakin menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini?Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?
~dan novel ni bakal menemui penonton di kaca tv sedikit masa lagi..