Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Novel Jemari Seni. Show all posts
Showing posts with label Novel Jemari Seni. Show all posts

8 Oct 2013

Novel | Baju Melayu Hijau Serindit

Assalamualaikum..

Baju Melayu Hijau Serindit | Syud
Dia ibarat seperti orang yang sedang berjalan di lantai dapur selepas ada pinggan pecah... harus berhati-hati dia, kerana kaca yang tidak nampak dek mata itu boleh melukakan kakinya.


Terbitan : Jemari Seni
Penulis : Syud
ISBN : 978-967-5118-59-3
Harga : RM19.00 (SM) / RM22.00 (SS)


Novel Baju Melayu Hijau Serindit
Hidup seorang Wardah senang sahaja. Dia bersyukur kerana dia tidak pernah menghadapi situasi yang sukar (setakat inilah). Hidupnya menjadi drama apabila mama mula campur tangan. Dia tidak mahu jadi anak tak dengar kata. Jadi harus bagaimana dia, untuk menghalang rancangan 'mencari jodoh' mama itu?

"Mama, janganlah libatkan Ilham. Biarlah lelaki tu nak pilih suka siapa pun."

Dia bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta; namun tak ramai yang percaya akan hal itu. Dulu, hatinya juga pernah 'hilang' daripada dirinya. Sekali. Tak ramai yang tahu tentang itu!

"Apa yang I dapat kalau I tolong you?"
"You dapat jadi boyfriend I."

Tapi apabila dia betul-betul jatuh hati pada seseorang, orang itu pun tak nak percaya. Sedihlah..


Ulasan hasil pembacaan :
Novel ni listed as one of my kesayangan. Bila Wardah yang cantik ni menggambarkan si jejaka berbaju hijau serindit ni as a Shrek, serius aku pulak yang rasa berbunga-bunga. Terserempak beberapa kali tanpa mengenal nama, tanpa mengetahui siapa dia.. Itulah jodoh kan. Firas @pacai, aku memang tergelak habis dengan karektor hero ni. Selamba, tapi punya karisma tersendiri. Fuhh, hebat! Dah ulang 9kali baca. Yeah!