Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Novel I Love You Stupid. Show all posts
Showing posts with label Novel I Love You Stupid. Show all posts

14 Aug 2013

Penangan Iris & Abang Pedas

Assalamualaikum..

Penangan Iris & Abang Pedas. Since kenal karya Melur Jelita yang bernama I Love You Stupid! dan My Precious Iris ni aku rasa hati ku makin ke laut tau. Tahap berangan tu dah makin tinggi.  Owh, aku tak tahu kali keberapa sebenarnya aku dok ulang baca My Precious Iris ni tau. Sebab serius awesome!

Korang kenal siapa Iris? Kenal siapa Abang Pedas?? Ni lah dia Iris dan Abang Pedas aka Firman Ebrahim.

teringat setiap patah surat-surat Firman =)

"Kaya raya sampai langit ketujuh sekalipun, saya tak hairan. Tak payahlah nak beritahu semua orang jutawan nombor satu di Malaysia, ada rumah persinggahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbilion, berpangkat Tengku, Tan Sri atau Tun sekali pun, kalau tak diescort dengan polis trafik, tak payah berlagak sangat. Itu maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan kekayaan boy-friend awak tu! Sebatang jarum pun tak boleh dibawa mati!" -Firman

Ni lah momen-momen indah Iris bersama Abang Pedas.. 
photo kredit to Iris Firman Nur

Aku tak tahu nak gambarkan apa yang aku rasa bila membaca novel berdua ni. Hati tu berbunga-bunga je, gelak ketawa tak kira masa. Bila masuk scene yang sedih mula lah berair dan berhujan air mata ni.. Terlalu banyak perkara yang boleh diambil belajar dalam kedua-dua novel ni. Tak percaya? cuba baca..

Sungguh, mohon baca tanpa meninggalkan walau sebaris ayat seperti yang penulis sarankan! "Baca dengan mata hati dan mata akal. Anda akan mendapat kepuasan maksimum bila mengikut apa yang saya cakap. Tak ada trick. Semuanya ditulis terang benderang. Jawapan semua ada dalam ILUS dan MYPI"

Ada yang sound, ada ke orang sebaik Firman? Hot macam Abang Pedas? Segagah Tuan Ebrahim? dan sebaik sehebat (se se se dan se yang seumpama dengannya lah) Firman Ebrahim aka Abang Pedas ni??  Mungkin takde, memang semua tu khayalan dalam novel tu tapi tak mustahil kan kita boleh ambil kebaikan dalam setiap perangai, perbuatan, dan tutur kata yang dibawa dalam novel ni. Dan pastinya lebih indah andai realitinya kita mampu menjadi lebih hebat dari Firman Ebrahim tu. Begitu juga dengan watak Iris..

Apa dia 4 perkataan yang disebut tanpa menggerakkan bibir atas dan bawah? -Firman
Iris tak tahu? Geleng
"Ia adalah kalimah la ilaha ill allah"
Satu perkataan? -Iris
"Allah..."

(aku suka dengan bayangan penulis tentang Abang Pedas, Firman dan Tuan Ebrahim) Ananda Everingham terbaik lah =)


~semua polis yang aku jumpa semua aku panggil abang pedas.. tua muda semuanyalah. Tak caya cer tanya my mum =)  lalalala,

6 Jun 2013

Penangan My Precious Iris

Assalamualaikum..

dah lunyai nampaknya abang pedas aku ni

First soalan ku.. Dah baca novel My Precious Iris? Eh tak-tak.. salah soalan. Dah baca novel I Love You Stupid!? Haaa, baru betul. Sebabnya My Precious Iris (MyPI) ni adalah sequel atau kesinambungan novel I Love You Stupid! (ILUS) hasil karya penulis terhebat Melur Jelita.. Sebelum ni ada buat entri tentang novel MYPI ni. Boleh baca kat SINI. Masa tu novel ni masih belum diterbitkan lagi. Jadi time tu tak tahulah apa yang sebenarnya terjadi dalam My Precious Iri ni.

My Precious Iris dan I Love You Stupid!

Okey, nak cerita serba sedikit (bukan sikit sebab aku rasa macam banyak je nak tulis pasal novel ni) Novel ni sangat-sangat menarik, best, superb, incredible, owesome, memang terbaik pada aku. Sekarang Novel My Precious Iris dah masuk dalam list novel yang paling aku sayang, suka dan cinta.. Nampak tak betapa buku ni bagi makna yang cukup besar dalam hidupku. Kehkehkeh, kemain betul kan aku sekarang ni. Mengalah Iris the diva pulak dah gayanya =) Dan sebenarnya dah 3kali aku ulang baca. 

Ahha,  berbagai rasa yang ada dalam novel ni. Masam manis pahit tercekik tersedak bterbatuk kenyang lapar lega semua ada. Sama macam rasa I Love You Stupid! malah rasa tu kian bercambah seperti mekarnya kasih sayang antara Iris dan Firman. Sesungguhnya rama-rama dalam hatiku sentiasa berkepak riang walaupun kadangkala terkuncup dan tersentap sekejap. 

Dalam hati masih ada lagikah lelaki seperti Firman? Lelaki sehebat dan setenang Firman? Lelaki segagah Tuan Ebrahim? Lelaki se hot dan sepedas  abang pedas? Adaaa.... Kalau agak-agak nak miliki lelaki yang punya pakej hebat seperti tu, jangan lupa beli MYPI dan bawak kemana-mana (tu yang sedang aku lakukan sekarang ni). kekekeke, 

Tapi sungguh aku nak cerita, buka ni punya berbagai rencah dalamnya. Masih lagi tebal (1001ms). Bermula dengan ulangan penghujung cerita ILUS, cerita saat-saat menuju perkahwinan mereka,
Ahh, terlalu banyak yang nak dikongsi didalamnya.. Next entri okey =)

psss... sayang sama Iris hehehehe..


20 Apr 2013

My Precious Iris -Sequel I Love You Stupid!

Assalamualaikum..

My Precious Iris merupakan sequel dari novel I Love You Stupid! Ahha, menanti dengan sabar kerana ianya bakal dilancarkan pada 26 April 2013 ini di PWTC semperna pelancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Terbitan Karya Seni.

Penulis Melur Jelita terbaik. Karya-karyanya sangat best! Diharap ianya mendapat sambutan yang sangat hebat sebagaimana yang diterima melalui novel-novel terdahulu Awak Suka Saya Tak? dan I Love You Stupid!

Jom layan video yang diambil dari youtube.. membuai rasa


Rama-rama tu tetap berkepak-kepak dan mengocakkan hati ni. Dan hasilnya rama-rama itulah yang membantu menghasilkan debungan dalam hati ni. Proses pendebungaan yang sangat unik sehingga hati benar-benar terjatuh tanpa dapat ditahan.. Seriously, I Love You Stupid!

~Rindu sangat dekat Iris & abang pedas a.k.a Firman Ebrahim

8 Apr 2013

Serius | I Love You Stupid!

Assalamualaikum..

Hai semua, tak tahu nak gambarkan apa perasaanku. Yang pasti aku memang jatuh cinta sangat dengan novel setebal 1389muka surat ni. Sungguh, memang cukup serius aku bercakap. Dah lama beli tapi baru memulakan pembacaan 3hari yang lalu. Tu pun membaca curi-curi dekat ofis. Owh,....

copy from google

Tak tahu nak kata pe. Seriously.. I Love You Stupid! memang membuatkan daku jatuh cinta. Tahniah kepada penulis Melur Jelita kerana berjaya memberi segala macam rencah dan rasa semasa membacanya. Senyum gelak ketawa, sedih, terharu, menangis.. semua tu aku lalui ketika membaca novel tebal ni. Yang pasti aku tak terlepas walau sebaris ayat.

Banyak ilmu yang aku dapat dalam novel ni. Banyak panduan yang aku perolehi. Banyak ajaran yang diajar kepadaku hanya dengan tulisan setebal buku ni. Penulisan yang cukup santai dan aku bisa memahami dan menghayati sampai aku senyum sendiri, ketawa menangis pun sendiri. Comel, novel ni berjaya membuatkan aku membaca sampai ke penghujung.

Seperti yang dimaklumkan oleh penulis dibelakang novel ni. "Kisah kemanusiaan yang penuh dengan kasih sayang". Dan sungguh aku nak cakap yang aku dapat merasa kasih sayang tu.. Dan yang pasti, aku sangat jatuh cinta.... dengan novel ni. Novel cinta hati ku yang kedua setelah novel Cinta Kau dan Aku (Siti Rosmizah)