Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Minum Air Gula Semasa Mengandung. Show all posts
Showing posts with label Minum Air Gula Semasa Mengandung. Show all posts

21 Jan 2015

Pengalaman Minum Air Gula (MGTT) Semasa Mengandung

Pengalaman Minum Air Gula (MGTT) Semasa Mengandung |

Assalamualaikum..
Semalam buat pertama kalinya terpaksa menempuh pengalaman minum air gula di klinik kesihatan. Mohon bayangkan setelah 36 minggu mengandung baru ni lah klinik suruh minum air gula tu. Sebenarnya sebelum ni Aima check up di klinik kesihatan lain, Tapi bila dah dekat-dekat nak bersalin di samping dah berhenti kerja ni Aima tinggal dengan mak sendiri jadi prefer untuk check up di klinik kesihatan yang terdekat. Dan agak terkilan jugak la sebab mengikut doktor yang sebelum ni ujian MGTT (minum air gula) ni tak lah wajib untuk semua ibu mengandung -Keutamaan kepada golongan berisiko. Tapi untuk klinik kesihatan yang baru Aima transfer ni mewajibkan semua ibu mengandung menjalani ujian MGTT ni.
ihsan dari mr. google
Okey, sebelum tu kita perlu tahu yang ujian MGTT (minum air gula ni) dijalankan untuk memastikan ibu-ibu mengandung ni tidak mempunyai penyakit GDM(Gestational Diabetis Mellitus) sepanjang tempoh kehamilan. Ibu hamil yang dikesan mempunyai kencing manis perlu menjalani rawatan lanjut dalam tempoh kehamilan tu.

Jadi, seawal 10malam hari sebelumnya terpaksa berpuasa. Sehari dua sebelum tu pun memang control makan jugak la. Mana lah tau kalau ikut nafsu makan ni semua je nak makan pun kan. Keinginan sewaktu mengandung ni kadangkala diluar jangkauan. Dan pagi-pagi lagi sebelum jam8.00 dah tunjuk muka kat klinik kesihatan tu. Bermula dengan ambil darah sebelum dipanggil untuk minum air gula yang memang betul-betul manis. Serius, memang manis pekat lekit tu. Bak kata nurse tu 'kalau dah namanya air gula, faham-faham jelah ye'.

Alhamdulillah, kuatkan diri jugak untuk teguk dan telan air gula yang penuh secawan tu dalam sekali nafas je. Tak mahu nak sikit-sikit sebab kalau camtu memang tak tertelan lah jawabnya. Pening? memang pening lepas tu. Dahlah tak boleh makan serta minum sepanjang 2jam selepas minum air gula tu. Tahan jelah Tapi lega sebab boleh maintain sampai sample darah kedua diambil. Cekal jugak rupanya hati ni ye. 

Sementara menunggu sampai pukul 10pagi tu, buat prosedur check up macam biasa. Dengar nurse membebel@nasihat itu dan ini, check perut, jumpa doktor.. Dan doktor maklumkan yang nampaknya baby dah turun bawah ni. Maksudnya, kalau baby tu berhajat nak keluar anytime jelah. Kalau ada tanda-tanda nak bersalin tolong cepat-cepat ke hospital ye.. Baikkkk..

Okey, ni nak cerita lagi lepas balik dari klinik memang terpaksa berdepan dengan pengalaman yang mengerikan. Sakit nak bersalin tu datang lagi. Sejam lebih jugak la menanggung kesakitan tu. Perut sakit ya amat, Tak sampai 10-15minit sakit memulas-mulas baby pulak mengeras je, lega sekejap lepas tu datang balik kesakitan tu. Ya Allah, Menangis tu tak payah cakap la. 

Dan akhirnya, setelah sejam lebih sakit... kena cirit-birit lagi. Sama kes macam yang sebelum ni boleh baca kat SINI. Agaknya kesan dari minum air gula yang pekat tu kot. Perut mungkin terkejut yelah selama ni mana pernah minum air camtu kan..

Alhamdulilllah, baby masih lagi menendang perut mama dia. Masih belum berhajat untuk keluar. Mohon doakan yang baik-baik ye.