Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Mimbar Akhir Pencetus Ummah. Show all posts
Showing posts with label Mimbar Akhir Pencetus Ummah. Show all posts

27 Nov 2015

PU Syed Juara Pencetus Ummah Musim Ketiga

PU Syed Juara Pencetus Ummah Musim Ketiga |


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Mimbar Pencetus Ummah Musim Ke-3 akhirnya melabuhkan tirainya setalah 7 minggu bersiaran bermula 15 Oktober 2015 yang lalu. 4 orang finalis yang berentap merebut kejuaraan di Mimbar Akhir Pencetus Ummah ialah PU Taha, PU Amin, PU Zaid dan PU Syed.

Kemuncak program Pencetus Ummah 2015 ini menyaksikan PU Syed diangkat menjadi juara untuk musim ketiga ini. PU Syed dengan tagline 'Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut Islam semua bereh boh' juga dipilih sebagai pemenang Pencetus Ummah Pilihan Sinar hasil dari undian pendengar sinar fm. Juara Pencetus Ummah Musim Ketiga membawa pulang RM100,000 dan trofi sumbangan Aatro. Tahniah diucapkan kepada pendakwah hebat ini. 

PU Syed dalam tazkirah solonya membawa tajuk Masjid Mengapa Kau Dipinggirkn manakala tazkirah duet Malam Pertama di Alam Barzakh bergandingan bersama PU Lokman. Hebat mantap dan sungguh bertenaga persembahan beliau sehingga mendapat pujian dari pihak juri. Malah jawapan yang diberikan beliau untuk soalan spontan dari penonton juga menepati kehendak sebagaimana yang huraian mengenainya dijelaskan oleh Dr.Maza.

Mimbar Akhir Pencetus Ummah Musim Ketiga ini menampilkan Datuk Ustaz Kazim Elias dan Hajjah Habsah Omar atau Kak Bed selaku juri tetap manakala Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (Dr.Maza) -Mufti Kerajaan Perlis dan Ustaz Farid Ravi sebagai juri jemputan. 

Keputusan lain menyaksikan PU Taha di sebagai naib juara, PU Zaid ditempat ketiga dan PU Amin keempat. 70 peratus adalah berdasarkan keputusan juri dan 30 peratus adalah melalui undian pengguna di facebook. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Duniaku Dahwahku. Berdakwah dengan hikmah. 

12 Jan 2014

Tazkirah Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah di Mimbar Akhir Pencetus Ummah Yang Menyentuh Hati

Tazkirah Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah di Mimbar Akhir Pencetus Ummah Yang Menyentuh Hati |

Assalamualaikum..

Menonton Mimbar Akhir Pencetus Ummah beberapa malam yang lepas di saluran Astro Oasis pastinya membuka hati-hati kita. Penampilan istimewa pengacaranya Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyampaikan tazkirah benar-benar menyentuh hati kita yang mendengarnya. Kisah perjalanan hidup beliau diceritakan sebaiknya. Bagaimana beliau cuba berdakwah dikalangan ahli keluarga dengan cara menunjukkan contoh-contoh yang baik..

Berubah tanpa meninggalkan keluarga... sedih, sebak mendengarnya. Jom kita dengar tazkirah yang beliau sampaikan. Moga, kita juga diberi kekuatan sedemikian..


Islam itu indah kan...

10 Jan 2014

Ustaz Hafiz Juara Pencetus Ummah Astro Oasis Musim Pertama

Ustaz Hafiz encetus Ummah Juara Astro Oasis Musim Pertama |

Assalamualaikum..

Salam Jumaat yang penuh barakah. Tahniah kepada Pencetus Ummah Ustaz Hafiz yang berjaya dinobatkan sebagai Juara Pencetus Ummah musim pertama yang berlangsung malam tadi. Memang terbaik tazkirah yang disampaikan. Sememangnya pemmilihan beliau sebagai juara sangatlah tepat. Begitu juga finalis yang lain, setiap dari mereka punya kehebatan dan kekuatan masing-masing.

Tempat kedua dimenangi oleh PU Shahul, Ketiga oleh PU Yeop manakala PU Rahmat mendapat tempat keempat.

Jom kita dengar Tazkirah Pertama yang disampaikan oleh Juara Pencetus Ummah Astro Oasis Musim Pertama yang bertajuk, Untung Dunia Untung Akhirat.


Post by GuaTv Dot Com.


Tazkirah kedua bertajuk Cinta Rasulullh Kehidupan Rasulullah sehingga Kewafatannya 


9 Jan 2014

Mimbar Akhir Pencetus Ummah Astro Oasis

Mimbar Akhir Pencetus Ummah Astro Oasis |

Assalamualaikum..

Duniaku Dakwahku..
Jangan lupa menyaksikan Mimbar Akhir Pencetus Ummah malam ini di Astro Oasis saluran 105 bermula 9malam. 4 finalis terpilih berentap sesama sendiri untuk bergelar Juara. Siapakah pilihan anda diantara ke empat-empat mereka. PU Rahmat seorang anak muda yang sungguh berbakat dan sentiasa memukau penonton, PU Hafiz yang sememangnya hebat berbicara, PU Shahul yang sentiasa bertenaga dan PU Yeop yang tidak jemu-jemu membuatkan hati dan mata kita terpaku..

Siapa pilihan anda? Moh ler kita undi ye..

Yang penting ilmu yan disampaikan tu...