#Cabaran 20Hari | Menu Wajib Bulan Puasa |
Assalamualaikum.. (Day 4)
Kalau ikut nafsu, semua benda teringin nak makan semasa berbuka. Tapi, bila dah makan 2biji kurma dan seteguk dua air dah kenyang nampaknya. Kan..
Ni antara benda yang memang wajib Aima makan tak kira la berbuka atau sahur di bulan puasa ni
- KURMA - Haa yang ni bukan satu, dua, tiga biji je. Semasa berbuka sahaja kita belasah sampai 5biji. Masa sahur sekurangnya 4biji. Maklumlah fully breasteeding jadi kurma ni sangat membantu mengekal dan tambah susu.
- SUSU KAMBING -Yang ni bulan tak puasa pun memang akan minum jugak. Kalau tak siang, mesti malam. Kalau tak time berbuka, wajib ambil waktu sahur.
- NESTUM/OAT -Waktu berbuka dah makan nasi. Tapi tak sampai 2jam lepas tu mesti lapar balik. The best solution oat la pilihan yang terbaik. Hehehe,
- BUAH-BUAHAN -Bulan puasa, buah memang menjadi keutamaan. Mesti nak makan buah setiap hari. Anggur dan tembikai dah tentu. Yang jadi mangsa incik suami la sebab kerap sangat kena pergi beli buah. Nasib baik dah pandai beli sekarang ni. Hehe,
Lauk ke kuih ke semuanya biasa-biasa je. Takde yang wajib. Kalau ada, ada la. Kalau takde bila ada kesempatan boleh cari. I is tak cerewet makan. Hehehe, Selamat berbuka dan bersahur ye.
