Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Mencari Ramli Musim Kedua. Show all posts
Showing posts with label Mencari Ramli Musim Kedua. Show all posts

23 Apr 2013

Mencari Ramli Musim Kedua

Assalamualaikum..

google image
Mencari Ramli musim kedua masih lagi dalam misi pencariannya. Sudah pun memulakan sesi ujibakat awal tahun ini. Mencari Ramli? tersenyum aku mendengar tau. tahun lepas aku ada buat entri pasal Ramli ni.  boleh baca SINI.

Yelah, terasa Ramli tu terlalu dekat kat hati.. eh bukan-bukan Ramli, kata-katanya yang terkesan dekat hati...
"Ayah, Ramli janji akan buat ayah bangga satu hari nanti"

Misi pencarian untuk Mencari Ramli kedua musim baru ni rasanya mungkin lebih hebat. Comel-comel tengok wajah-wajah yang bakal menjadi Ramli nanti ni. Harap-harap adik-adik diluar sana yang berbakat bolehlah menonjolkan bakat yang sedia ada. Lepas tu boleh join team dan bakal anda pasti akan diasah dan digilap sebaik mungkin oleh mereka-mereka yang berpengalaman.

Sesi ujibakat masih lagi berlangsung sehingga Mei ini. Ada beberapa tempat lagi yang belum berlangsung. Jadi adik-adik boleh lah mencuba nasib dan tunjukkan skil hebat anda ye. Mana tau rezeki anda untuk ke Manchester United Soccer School dan Old Trafford serta menerima biasiswa Frenz United Football Acedemy selama 3tahun.

Jangan lupa menyaksikan misi Mencari Ramli yang sudah mula bersiaran 19 April 2013 setiap Jumaat jam 7.30malam di TV3

~Kekalkan matlamat, bulatkan tekad, fokus dengan apa yang anda buat. InsyaAllah jalan itu ada.. Good try!