Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Melur Jelita. Show all posts
Showing posts with label Melur Jelita. Show all posts

20 Apr 2013

My Precious Iris -Sequel I Love You Stupid!

Assalamualaikum..

My Precious Iris merupakan sequel dari novel I Love You Stupid! Ahha, menanti dengan sabar kerana ianya bakal dilancarkan pada 26 April 2013 ini di PWTC semperna pelancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Terbitan Karya Seni.

Penulis Melur Jelita terbaik. Karya-karyanya sangat best! Diharap ianya mendapat sambutan yang sangat hebat sebagaimana yang diterima melalui novel-novel terdahulu Awak Suka Saya Tak? dan I Love You Stupid!

Jom layan video yang diambil dari youtube.. membuai rasa


Rama-rama tu tetap berkepak-kepak dan mengocakkan hati ni. Dan hasilnya rama-rama itulah yang membantu menghasilkan debungan dalam hati ni. Proses pendebungaan yang sangat unik sehingga hati benar-benar terjatuh tanpa dapat ditahan.. Seriously, I Love You Stupid!

~Rindu sangat dekat Iris & abang pedas a.k.a Firman Ebrahim

8 Apr 2013

Serius | I Love You Stupid!

Assalamualaikum..

Hai semua, tak tahu nak gambarkan apa perasaanku. Yang pasti aku memang jatuh cinta sangat dengan novel setebal 1389muka surat ni. Sungguh, memang cukup serius aku bercakap. Dah lama beli tapi baru memulakan pembacaan 3hari yang lalu. Tu pun membaca curi-curi dekat ofis. Owh,....

copy from google

Tak tahu nak kata pe. Seriously.. I Love You Stupid! memang membuatkan daku jatuh cinta. Tahniah kepada penulis Melur Jelita kerana berjaya memberi segala macam rencah dan rasa semasa membacanya. Senyum gelak ketawa, sedih, terharu, menangis.. semua tu aku lalui ketika membaca novel tebal ni. Yang pasti aku tak terlepas walau sebaris ayat.

Banyak ilmu yang aku dapat dalam novel ni. Banyak panduan yang aku perolehi. Banyak ajaran yang diajar kepadaku hanya dengan tulisan setebal buku ni. Penulisan yang cukup santai dan aku bisa memahami dan menghayati sampai aku senyum sendiri, ketawa menangis pun sendiri. Comel, novel ni berjaya membuatkan aku membaca sampai ke penghujung.

Seperti yang dimaklumkan oleh penulis dibelakang novel ni. "Kisah kemanusiaan yang penuh dengan kasih sayang". Dan sungguh aku nak cakap yang aku dapat merasa kasih sayang tu.. Dan yang pasti, aku sangat jatuh cinta.... dengan novel ni. Novel cinta hati ku yang kedua setelah novel Cinta Kau dan Aku (Siti Rosmizah)