Sepahtu Juara Maharaja Lawak Mega 2013 |
Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Sepahtu yang telah menjadi juara di final Maharaja Lawak Mega malam tadi. Mereka membawa pulang wang tunai RM500,000 dan trofi Astro. Keputusan undian sebanyak72% memihak kepada kumpulan yang dianggotai oleh Jep, Shuib dan Rahim untuk menggelarkan mereka sebagai Juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013).
Kumpulan Shiro mendapat naib johan sekaligus membawa pulng hadiah RM250,000 beserta trofi hanya dibezakan sedikit sahaja undian dari penonton iaitu sebanyak 69%. Shiro memang best!! Tahniah kepada Ajak dan Sharul yang berjaya membuat persembahan yang terbaik malam tadi.
Tempat ketiga pula dimenangi oleh Kumpulan Bocey yang dianggotai 3 anak muda. Mereka memberikan saingan sengit dengan keputusan 68% memihak kepada mereka dan memperolehi hadiah wang tunai Rm150,000. Persembahan Bocey? Takde apa lagi dah nak komen sebab memang tip top hebat sehat dan bertenaga!!
Kumpulan Jambu dan Nabil masing-masing mendapat tempat keempat dan kelima masing-masing membawa pulang RM50,000 dan RM15,000.
Persembahan mereka semua memang superb! Kelakar dan tetap menghiburkan. Tapi... "Man of The Match" BOCEY lagi hebat!! Wa memang respect habis sama lu 3 orang. Terbaik! dan semoga perjalanan korang yang masih panjang ni akan terus mencipta kejayaan okey....
