Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label MH370 Ditemui. Show all posts
Showing posts with label MH370 Ditemui. Show all posts

6 Aug 2015

Serpihan Sah Milik MH370

Serpihan Sah Milik MH370 |

Assalamualaikum.

Perdana Menteri DS Najib Razak awal pagi ini mengumumkan serpihan yang di temui di Pulau Reunion baru-baru adalah milik pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang Mac tahun lalu.
Pengumuman tersebut dibuat pada satu sidang media tergempar di PWTC sekitar jam 2pagi Khamis.

"Hari ini selepas 515 hari sejak kehilangan pesawat tersebut, adalah dengan berat hati saya memaklumkan bahawa pakar siasatan antarabangsa mengesahkan serpihan itu sah bahagian daripada MH370.

"Kami mempunyai bukti fizikal bahawa, seperti yang saya umumkan pada Mac 24 tahun lalu, MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

"Bagi pihak Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada negara-negara, organisasi dan individu yang telah mengambil bahagian dalam carian ini," kata Perdana Menteri.

Misteri kehilangan MH370 mula terungkai pada 29Julai di kawasan pantai Pulau Reunion di Lautan Hindi selepas pekerja pantai menemui serpihan pesawat yang menyerupai sayap pesawat. Pemeriksaan lanjut pihak berkuasa Perancis kemudian mengesahkan 'flaperon' tersebut bahagian pesawat jenis Boeing 777.

Spekulasi tersebar bahawaserpihan tersebut mungkin daripada MH370 kerana tiada insiden lain yang melibatkan pesawat jenis Boeing 777 yang terhempas di air pernah dicatatkan. 

Penerbangan MH370 dilaporkan hilang sejak 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China.

Pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang dari radar setelah sejam berlepas.
Pada 29 Januari 2015, DCA memaklumkan MH370 merupakan satu tragedi di mana semua penumpang dan anak kapal terkorban.

-AstroAwani.com