Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Luahan Dr Azizan Osman #DOA. Show all posts
Showing posts with label Luahan Dr Azizan Osman #DOA. Show all posts

4 Oct 2013

Luahan Dr Azizan Osman Berkaitan 'Saya Kantoi Menipu'

Assalamualaikum..

Luahan Dr Azizan Osman Berkaitan 'Saya Kantoi Menipu' |

Photo: 'Kualiti emosi kita menentukan tahap kualiti kehidupan kita'

{like & share}

Master Your Business @ De Palma Hotel Shah Alam pada 2 - 6 Oktober 2013

Kepada yang masih belum sahkan tempat duduk. Sila hubungi 016 261 4432 atau 016 261 4437 (Rovica)

admin fina
Dr Azizan Osman
Sebelum ni ada terbaca di laman-laman blog bercerita tentang luahan dan nada kesal peserta program tentang Dr. Azizan Osman yang dikatakan kantoi menipu peserta yang mengikuti program beliau. Aku anggap cerita tu dah berakhir tapi semacam pulak bila berita tu dikatakan bertiup kembali.

Bermacam tohmahan dan pandangan buruk dilemparkan kepada beliau sampai aku rasa lebih baik aku tak baca. Tak naklah aku rosakkan hati dan minda aku dengan benda-benda buruk. Dan kejap tadi ni aku terbaca post beliau di laman sosial berkaitan isu ni. Boleh baca dibawah ni yang dikopi pasta kan ye. Mohon fahamkan,

[Saya kantoi menipu?]

Asalnya saya tidak bercadang untuk komen kerana Puan Hajah Yasmin, CEO Richworks telah bersuara mengenai isu ini sebelum ini. Tetapi di atas permintaan ramai inbox saya terima dari anak murid saya, saya kongsikan di sini perasaan saya.

Saya rasa sedih pun ada, rasa kecewa pun ada, rasa marah pun ada. Itulah yang saya rasa beberapahari ini bila ada pihak tidak bertanggungjawab yang membuat viral provokasi kononnya [Dr Azizan kantoi menipu] di laman media sosial beberapa hari ini. Jujurnya saya agak terperanjat bila diberitahu ada lagi percubaan orang yang cuba fitnah dan memburukkan nama saya sedangkan saya baru sahaja selesai mengadakan sesi perkongsian ilmu bagaimana membina hidup berjaya dunia akhirat dengan kembali kepada sunnah berniaga selama 3-hari di satu program bernama Intensif Jutawan Industri bersama lebih 4,300 orang, tak ada pula saya dapat komen saya menipu di dalam program yang saya ada di hadapan mereka?

Rupa-rupanya ia satu isu basi yang cuba di "spin" kan untuk menarik orang ke laman web mereka. Isu cik peserta ini sebenarnya adalah satu salah faham yang telah pihak CEO baru Richworks iaitu Hjh Yasmin telah selesaikan sebelum ini cuma kesilapan kami ialah tidak meminta cik peserta tersebut menurunkan posting tersebut tetapi beliau telah menjelaskan di FB beliau yang ianya telah selesai dengan baik di kedua-dua pihak. Saya kecewa bukanlah kerana nama saya di promosikan begitu rupa, tetapi saya kecewa dengan sikap segelintir masyarakat saya yang mempunyai daya pemikiran yang sangat cetek. Saya mungkin dituduh menipu oleh 1 atau 2 orang dan boleh sembunyi daripada apatah lagi 4,000 lebih peserta yang hadir live bersama saya siang malam? Saya memperjuangkan agar bangsa saya bangkit membina kekuatan ekonomi dan kembali menguasai perniagaan serta membina tahap kewangan yang membuatkan kita mampu berzakat dan bersedekah dengan banyak. Salahkah saya? Jika anda tidak suka saya, sesi seminar saya bukan untuk anda tetapi buat mereka yang mahu memperbaiki tahap hidup mereka. Kita bangsa yang banyak hutang, banyak masalah moral, banyak persengketaan politik serta langsung tidak ada kekuatan ekonomi. Bila lagi kita mahu bangkit??

Nasihat saya kepada mereka, bertaubatlah jika anda muslim. Setiap perkara baik yang kita lakukan, malaikat catit dan pasti Allah swt balas, begitulah sebaliknya. Hidup ini tidak lama dan kita perlu menempuh kematian, alam barzah dan pertimbangan serta keadilan di Mahsyar nanti. Saya doakan hidayah buat mereka ini dan mereka yang terlibat menyebarkannya. Kesian sebenarnya kan? 

#DrAzizanOsman   

~Saya pernah mengikuti beberapa program beliau, saya juga adalah salah seorang dari beratus ribu anak didik beliau. Jangan sesekali kita menilai orang tanpa kita kenali siapa dia. Cuba sekali anda turut serta dalam program (kalau tak mahu bayar cari yang free punya) dan pasti anda akan dapat rasa dan serap energi  yang sentiasa beliau salurkan tu. Ikhlas atau tidak, anda sendiri nilaikannya nanti. Dan akui lah hakikat kehidupan, manusia itu tidak pernah sempurna. .. Terima kasih kerana sudi membaca.