Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Love You Mr Arrogant. Show all posts
Showing posts with label Love You Mr Arrogant. Show all posts

6 Nov 2013

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 25

Assalamualaikum..

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 25 | 

Photo: Kepada peminat setia drama Love You Mr. Arrogant
, kalau korang nak chat / berbual-bual dengan pelakon utama drama ni, Azlee Khairi (Zafriel Irham) dan Zara Zya (Zaara Amirah) bolehlah set kan date korang..

Hari :: Khamis (7 November 2013)
Masa :: 5 pm - 6 pm
Di :: http://www.tv3.com.my/LYMA  -admin 1-
LIVE CHAT bersama AZLEE KHAIRI & ZARA ZYA
Menangis aku wehh tengok Love You Mr. Arrogant Episode 25 ni. Sedih sangat-sangat. Lagi-lagi bila dengar surat yang Zaara tulis untuk suami tercinta. Tapi demi menunaikan janji terhadap ibu mertua, dia terpaksa korban kasih. Part ni memang aku rasa sayang sangat kat Zaara.

Owh, tak tau nak ulas apa. Sebab beremosi sangat tengok drama yang dah sampai ke penghujung ni.. Jom la Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 25 melalui link berikut.

Love You Mr. Arrogant Episode 25


Love You Mr Arrogant E25 by DramaMelayu

Terlepas episod yang sebelumnya? Jom..

31 Oct 2013

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 21

Assalamualaikum..

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 21 |


Drama ni dah nak sampai ke penghujung dah nampaknya.. Irham dan Zaara lari sehingga ke Pulau Pinang. Nak enjoy-enjoy katanya. Semart lah kau wahai Mr. Arrogant. Sedih pulak bila tengok moment kakak Irham Zafrina tu meluah rasa. Sweet jugak eh suami dia, suka pulak tengok kebaikan hati suami kak Zaf tu..

Dan untuk Sherry si sotong tu, padan muka =) kekeke,

Jom layan drama ni, boleh tonton online menerusi link dibawah eh.

Love You Mr. Arrogant Episode 21


Love You Mr Arrogant E21 by Movie6v

Terlepas episod yang sebelumnya? Jom..


30 Oct 2013

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 20

Assalamualaikum..

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 20 |


Kena kahwin paksa dan akhirnya pengantin lelaki lari? Itulah yang jadi dekat Mr. Arrogant kita. Tapi takpe, dah papa sendiri yang suruh buat macamtu kan.... Jom tonton Love You Mr. Arrogant Episode 20 melalui link berikut :

Love You Mr. Arrogant Episode 20


Love You Mr Arrogant E20 by Movie6v

Terlepas episod yang sebelumnya? Jom..


25 Oct 2013

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 18

Assalamualaikum..

Love You Mr. Arrogant Episode 18 |

Jahat kan Sherry tu tolak Zaara lemas dalam swimming pool. Dah la dia yang nak rampas suami Zaara, dia pulak ada hati busuk camtu. Kesian kan Zaara, bersabar betul dia. Comel.. Dah lemas, malam demam pulak. Aduhaii, time-time camni lah nak tau suami tu sanggup dan sudi tak jaga kita kan.

Berkali-kali Irham tu jatuh cinta tapi nak buat camne kan, dah namanya Mr. Arrogant haruslah dia ego dan poyo dengan perasaan sendiri. Tak, the time will come... Pasti ada cahaya dipenghujung jalan nanti InsyaAllah =)

Jom Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 18 menerusi link di bawah berikut ye

Love You Mr. Arrogant Episode 18


Love You Mr Arrogant E18 by Movie6v

Terlepas episod-episod terdahulu? Jom Tonton Online Love You Mr. Arrogant Full Episode 

23 Oct 2013

Mr. Arrogant Punya Pasal

Assalamualaikum..

Asyik-asyik Mr. Arrogant. Sana pergi Mr. Arrogant, sini pergi pun Mr. Arrogant. Rimas? Owh, tak!tak! Suka bahagia lagi adalah. hehehe, Aku pun tak terkecuali jugak nampaknya. Selagi tak abis full episode rasanya tetap lah menjadi kegilaan ramai.

Photo: "terima kasih sebb buat impian saya jadi kenyataan.." - Zaara. #loveyoumrarrogant #episod15

Photo: Irham & Zaara  #loveyoumrarrogant  -admin 1-

Bukan apa, semalam punya episod errmm sedih la pulak. Sampai terbawak-bawak la rasa sedih Zaara tu ke malam. Irham dalam dilema bila terpaksa membuat keputusan untuk berkahwin dengan Sherry atas permintaan terakhir mama dia yang konon-konon sakit. Kita pulak sakit hati tengok.. Fuhh, nampak tak betapa beremosinya aku.

Photo: Kenapa dua-dua muka sedih, muka geram? Jom dating dengan #LYMA 7mlm ini baru boleh tahu apa jadi!

Kalau semalam sweet2x, hari ni kita sad2x  jangan lupa kejap lagi episod 16 #loveyoumrarrogant   :)    -admin 1-

Zaara dengan aku kan lebih kurang sama. Kekekeke.

Image source LYMA page.

22 Oct 2013

Love You Mr. Arrogant Episode 15 Online

Assalamualaikum..

Love You Mr. Arrogant Episode 15 Online


Love You Mr. Arrogant
Zaara dan Irham alahai.. makin sweetnya bila bersama. Bahagianya tengok dalam masa yang sama kita rasa jeles pulak. Yelah, sebab kita tak dapat Mr. Arrogant tu. Hehehehe, gedik! =P  Dah duduk rumah baru, alahai.. jiwang jugak eh Zaara ni kan.

Jom Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 15 melalui link berikut eh

Love You Mr. Arrogant Episode 15

Love You Mr Arrogant - Episod 15 by Fazleyismail90

Terlepas menyaksikan episod-episod lepas?
 Jom jenguk Tonton Online Love You Mr. Arrogant Full Episode

21 Oct 2013

Gara-gara Mr. Arrogant

Assalamualaikum..

Love You Mr Arrogant? Of course la I Love You Mr. Arrogant!.. Semuanya gara-gara Mr. Arrogant habis semua adik-adik, akak-akak, makcik-makcik, nenek-nenek jatuh cinta lagi. Kali ni setiap hari Isnin sampai ler ke Khamis berkali-kali jatuh cinta. Heiish, tak boleh jadi ni!


Aduhaii, dari kuda ke katak. Lepas ni entah apa lagi la ayat-ayat si Mr. Arrogant ni kan. Paling best dan paling dihafal ayat si Mr. Arrogant ni 'memang tak arrrrr' kan.. kan.. Comel kan bila dia sebut camtu. Laa ni, dah menjadi-jadi trending Mr. Arrogant ni. Kat fesbuk, twitter, blog tak payah cakap ler. Heyyy, bertuah la awak ye Mr. Arrogant sebab jadi pujaan hati ramai. Aku jugak salah seorangnya. kekeekek



Saje nak bawak korang bergelak ketawa refresh episode minggu lepas. Reaksi yang bersahaja dari Mr. Arrogant berlagak bagus ni. Hehehe, tak pasal-pasal kau Zaara dahi kena jentik =)


18 Oct 2013

Love You Mr. Arrogant Episode 14

Assalamualaikum..

Love You Mr. Arrogant Episode 14 |



Comelnya hari ni tengok Irham bawak Zaara makan dekat kedai mamak dan lauk pilihan dia adalah ikan keli. Ikan yang konon-kononnya sebelum ni geli sangat kan, cehh sekarang dah suka pulak. Dan seronoknya bila Irham bawak Zaara pergi tengok rumah baru mereka... phewww =)

Jom Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 14 melalui link berikut :

Love You Mr Arrogant Episode 14



14 Oct 2013

Love You Mr. Arrogant Episode 11

Assalamualaikum..

Love You Mr. Arrogant Episode 11


Owh, episod kali ni.... memang rasanya Love You Mr. Arrogant! Memang betul-betul jatuh cinta ni. Mr. Arrogant yang berlagak ego melangit tu dah terkenang-kenang dah terbayang-bayang isterinya Zaara. Phewww, bahagia sungguh kita tengok. Terkedek-kedek ketawa tak sudah-sudah...

Semoga bahagia menjadi milik mereka. Jom tonton Love You Mr. Arrogant Episode 11 melalui link berikut dibawah ye.. Kalau terlepas menyaksikan episode yang lalu, boleh je klik SINI

Love You Mr. Arrogant Episode 11



11 Oct 2013

Love You Mr Arrogant Episode 10

Assalamualaikum..

Love You Mr Arrogant Episode 10


Salam sejahtera untuk semua.. Awak sihat? Kalau tak sihat nanti kita suruh Irham hantar balik kampung ye =) mesti hati korang suka dan berbunga-bunga kan... Kita pun suka jugak! Sayu je saat Irham terpaksa meninggalkan Zaara di kampung untuk berubat. Yes! Hati Irham dan melekat dengan hati Zaara nampaknya.. Sweet sangat..

Bila dekat asyik membuli je. Bila dah jauh baru nak terkenang-kenang. Dah suka tak mau mengaku, ego memanjang. Tapi, kita tetap suka jugak! hehehehe, Jom tonton online melalui link berikut okey...

Love You Mr. Arrogant Episode 10

Terlepas episode lain? Jom ke Tonton Online Love You Mr Arrogant Full Episode


Love You Mr Arrogant E10 by Pencuridrama

10 Oct 2013

Love You Mr Arrogant Episode 9

Assalamualaikumm..

Love You Mr Arrogant. Episode 9


Hahahaha, asyik nak tergelak je tau tengok Irham dengan Zaara ni. Dahla Zaara mulut macam bertih jagung, ada je benda yang dia nak bersoal jawab dengan Irham. Ada je benda yang dia nak berbalah dengan Irham.Pot pet pot pet je.. Irham pulak tak habis-habis nak mengusik.. Sebijik cam perangai aku rupanya Zaara ni, kekekkeke. Sweet je kan bila Irham bawak Zaara balik kampung untuk berurut.

Jom tonton melalui link berikut ye

Love You Mr. Arrogant Episode 9


Love You Mr. Arrogant - Episode 9 by Fazley Ismail

4 Oct 2013

Fenomena Love You Mr Arrogant

Assalamualaikum..

Fenomena Love You Mr. Arrogant | Salam Jumaat yang indah untuk semua teman, sahabat dan tersayangku sekalian..


Drama Love You Mr Arrogant, sebuah drama yang menyatukan hati Zafriel Irham dan Zaara Amirah. Drama yang mencetuskan fenomena bukan setakat di kaca tv malah di ruangan-ruangan media sosial. Awak peminat dan pengikut setia cerita ni? Okey, kita sama... Nak tau lebih lanjut drama ni berkisar tentang apa, boleh klik SINI

Dah jatuh hati dan hati dah terikat dengan drama best ni. Jatuh hati dengan Irham yang dah tentu-tentunya Arrogant berlagak ego tak ingat dunia tapi masih punya sekeping hati yang sangat blues. Cehh, blues pulak dah. kahkahkah. Tapi serius, cerita ni sarat dengan nilai kasih sayang dan nampak real tak dibuat-buat especially lakonan si Zaara tu. Kita suka! kita suka! Zaara yang gedik, Zaara yang comel, Zaara yang suka melawan, Zaara yang suka menjawab... Sama macam kita laaa. kekekkeke

Baru je sampai episod 6, jadi masih awal lagi. Sape-sape yang dah ketinggalan boleh ler klik SINI untuk tonton online eh. Jangan risau, drama ni dah melekat kat ramai hati mereka di luar sana... Dengan lagu tema yang sayu, owh melting! Lagu apa? jom dengar kat SINI (best lagu dia..)

Drama Love You Mr. Arrogant Slot Akasia TV3 (Isnin-Khamis jam 7malam).. Semoga terhibur!

Love You Mr Arrogant Episode 6

Assalamualaikum..

Love You Mr. Arrogant Episode 6 



Makin menarik, makin menggebukan hati.. Makin jatuh cinta, serius! Hatiku dah tersenyum-senyum gedik bila tonton drama bersiri hebat Love You Mr. Arrogant ni.

Terlepas lagi menyaksikan Drama Love You Mr. Arrogant ni? Jom Tonton Online Love You Mr. Arrogant Full Episode. Klik link di bawah untuk

Love You Mr. Arrogant Episode 6


Love You Mr. Arrogant - Episode 6

3 Oct 2013

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Full Episode

2 Oct 2013

Love You Mr Arrogant Episode 4

Assalamualaikum..


Love You Mr. Arrogant Episode 4 | Alahai, sombongnya mak Irham ni.. geram pulak aku tengok. "Saya ikhlas kahwin dengan awak" owhh terharu nya kita dengar.. Kesian Zaara kan. Dah la kena buli dengan Irham pastu kena menghadap muka sombong mama dengan kak Irham tu lagi.. Sabar lah ye duhai hati.

Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 4 melalui link berikut okey :

Love You Mr. Arrogant Episode 4


Love You Mr. Arrogant - Episode 4