Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Live Stream Pahang vs Johor Darul Takzim. Show all posts
Showing posts with label Live Stream Pahang vs Johor Darul Takzim. Show all posts

1 Jun 2013

Pahang vs Johor Darul Takzim | Semangat Kesukanan Please!

Assalamualaikum..

Keputusan Pahang vs Johor Darul Takzim 1 Jun 2013 - Separuh Akhir 2 Piala FA

Salam Sabtu untuk semua sahabatku.. Seminggu ni kecoh kan cerita pasal Perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala FA antara pasukan Pahang dan Johor Darul Takzim. Memang kecoh. Dua-dua team aku tak minat. Dua-dua pasukan aku tak sokong. Aku cuma nak Kelantan je yang main untuk final nanti ni. (hehehehe, tetiba pulak aku jadi pompom girl TRW ni kenapa pulak dah??)


Perlawanan yang sepatutnya berlangsung 28Mei hari tu ditunda ke hari ini. 01 June 2013 dan sepak mula dijadualkan jam 8.45malam dan yang penting venue bertukar ke Stadium Bukit Jalil. Hailaaaa, nampak tak betapa banyaknya perubahan yang terjadi hanya kerana kekecohan penyokong tempoh hari. Aku bukan nak ulas apa yang terjadi tempoh hari. Aku bukan nak komen pe yang dah berlaku, aku bukan nak cerita siapa yang bersalah, bukan nak tuduh siapa yang menjadi punca.. Bukan, Bukan..

Bukan, benda dah terjadi kan. Andai dapat diputarkan putaran dunia.. mesti semua mengharapkan ianya berlalu dengan aman dan penuh semangat kesukanan. Cewahhh, kemain kau eh. Takdelah, sebenarnya aku mengharapkan perlawanan malam ni berlangsung dengan baik, dengan lancar. Smooth & steady je..

Sebagai penyokong dan peminat bolasepak, aku mengharap korang-korang yang juga fanatik bola ni mohon memberi kejersama yang baik dengan pasukan keselamatan, jaga disiplin, kawal tingkahlaku, jangan memulakan sebarang provokasi dengan penyokong pihak lawan. Semangat kesukanan yang kita mahu pamerkan, yang boleh kita banggakan.. Sama-sama menyokong demi pembangunan sukan bolasepak Malaysia.. Okey, get it?? Good..

All the best for both team. Tetap menantikan satu perlawanan hebat, sengit dan saling kejar mengejar. Ahha, jangan lupa tau...



p/s : mak pesan orang pempuan tengok bola kat rumah je.. tak sesuai g stadium katanya. (depan tv lagi best sebab boleh tengok dekat-dekat) =) hehehe