Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Keyword Bermusim. Show all posts
Showing posts with label Keyword Bermusim. Show all posts

29 Nov 2013

Kenapa Dengan Biodata Peribadi YB Kesavan Subramaniam?

Assalamualaikum..

Kenapa dengan biodata peribadi YB Kesavan? |

Bila bercerita pasal keyword ni... Ada satu keyword untuk beberapa hari yang lepas yang buat aku tergelak dan garu kepala sekejap. Yelah, blog ni hanyalah blog peribadi je. Bukan blog politik, blog masakan atau blog yang seumpama dengannya. Tetiba ada satu keyword ni dah berbaur politik sikit pulak. Serius nak habaq kat korang ni.


Sape yang cari pasal YB Kesavan ni?? Kalau satu dua tu takpelah, mungkin dia tersilap masuk kan. Ni banyak pulak tu. Agak-agak korang apa yang aku nak jawab eh bila orang dok cari pasal ni??

Yang aku boleh jawab ialah YB Kesavan ni adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hutan Melintang yang mewakili PKR. Itu jelah yang aku tau. Pernah jumpa beliau beberapa kali secara berdepan, dan beliau kelihatan okey je..


28 Nov 2013

Penangan Keyword Bermusim

Assalamualaikum..

Penangan Keyword Bermusim |

Kalau sebelum ni, Love You Mr. Arrogant merupakan kata kunci yang orang cari sehingga mencetus fenomena. Aku pernah bercerita tentang benda ni sebelum ni. Boleh baca kat SINI. Memang sangat berkesan. Ingatkan ianya berakhir kat situ je. Rupanya kalau kita berusaha, ianya tak mati terus.

Hari ni, semua orang mencari-cari adakah Playboy Itu Suami Aku pulak. Cerita dia bukanlah best atau hebat sangat-sangat tapi mungkin masing-masing bagi peluang untuk kenal Mr. Playboy dan isteri dia dengan lebih rapat. Cehh, kemain ayat aku kan.Tapi betul la, macam Zara Zya & Azlee Khairi dulu. Pada mulanya ramai yang komen siapa diorang ni, tak kenal la. Haa, sekali gandingan depa dua orang menjadi bukan ke semua nak sayang Zaara, semua menggedik nak Mr. Arrogant (termasuklah aku hahahaha).


Tulah dia penangan kata kunci atau keyword bermusim ni. Trafic walau tak sehebat orang lain tapi aku still nampak hasilnya kerana sememngnya diri masih baru belajar. Memang kena usaha sikit la. (Aku terpaksa berkorban banyak demi blog-bangun seawal pagi) kalau tak memang tak jalan la blog ni. Siang memang dah kerja, malam penat terus tidur. Kalau tanya aku apa yang aku dapat, takde pape pun. Cuma satu kepuasan dan happy sangat bila ianya berkembang dengan baik.

Aku agak untuk drama tv yang bakal menjadi carian terbaik kemungkinan besar adalah MasterChef Malaysia All Stars yang kini sedang berlangsung di Astro Ria. Tu pun aku suka, serius tak tinggal lagi episod setakat hari ni. Untuk bulan depan dah tentu-tentulah drama Projek Memikat Suami pulak. Haaa, yang ni memang aku tak sabar nak tunggu =)

Asyik pasal drama tv je, takde cerita lain ke?? Pasal gosip artis, yang baik mungkin okey. Tapi kalau benda-benda yang mengaibkan, yang berat kepada sebelah kiri maaf, aku tak berminat sangat. Cukuplah kalau dapat berkongsi benda baik je. Kan, kan..


Tapi, cuma satu jelah risiko bila entri menggunakan keyword bermusim ni. Kalau menjadi dapatlah hasilnya, kalau tak memang duk termangu kelip-kelip mata sorang-sorang lah (macam yang aku buat awal-awal mencuba dulu). Tapi, hakikatnya banyak lagi benda lain yang aku nak kongsikan kat sini. Bukan setakat keyword bermusim atau nak kejar trafik semua ni.. Tapi lebih kepada perkongsian ilmu, kesihatan, keibubapaan, kasih sayang, buku dan sebagainya.

Terima kasih kerana membaca =) Nak kekal sihat dan bertenaga? Jom cuba SINI.

27 Nov 2013

PageView Yang Naik Turun Naik Turun Je

Assalamualaikum..

Salam Rabu untuk semua. Semalam tak update blog pun sebabnya balik kerja dah penat dan terus tidur. Lately dah tak banyak fokus kat blog. Weekend pun jarang-jarang sangat dapat kumpul draf. Nak berblogwalking pun aku kejap ada, kejap takde. Sekejap timbul, sekejap tenggelam. Maaf sangat kepada semua. Diriku bukanlah blogger yang dapat mengadap lappy atau gadjet ni semua 24jam. Tuntutan kerja sahaja dah membataskan. Hampir 12jam berada di luar, kerja pulak hampir 6hari seminggu... Apa je yang saya ada??

Yeahh, time management tu yang penting. Kalau fikirkan kerja, sampai bila-bila pun takkan habis kan. Dan sebenarnya ada perkara yang lebih penting yang terjadi dalam hidupku. Tapi bila difikir-fikirkan balik, baiklah lupakan je. Ok, kita tinggalkan perkara yang menyerabutkan kepala tu. Kita cerita benda lain ye.

Pageview dalam tempoh 24jam dari awal pagi semalam sehingga awal pagi ni... Alhamdulillah, pageview meningkat dengan mendadak. Kebiasaanya average hanya 3-4K je. Tapi semalam, 13ribu. Ye, saya dah tau dah sebab pe. Ramai sangat orang yang mencari Mr. Playboy. Hello, hensem sangat ke Mr. Playboy itu? Aku benci sama dia, tapi setiap hari jugak la aku nak balik cepat dan nak tengok sama dia.. Agak-agak korang tu namanya benci ke??


Entri ni takde unsur riak, bangga diri atau seumpama dengannya ye. Sungguh, takde niat langsung. Cuma nak cakap, yang entri keyword bermusim macam ni memang sangat membantu. Entri bermusim ni memula aku belajar dari Abang Hanif Idrus dan kemudiaanya yang selalu bagi aku semangat pasal ni adalah Tuan BM. Mereka salah seorang dari my inspirer. Mereka hebat! (korang klik nama diorang ni untuk ke sana ye).

Haaa, dan sebenarnya... ramai yang mencari Playboy Itu Suami Aku Episode 10. Maaf, buat masa ni tak dapat nak bagi link lagi untuk tonton online sebabnya takde sumber lagi. Yelah, kat tonton.com.my sendiri pun tak boleh tengok. Ada problem dan please try again later katanya.. Okey, aku faham.. Tunggu jelah ye. Harap semua bersabar. Nasib semalam balik kerja awal dan dapat tengok tv =)

Okey,  maaf sebab aku membebel tak sudah. Pasni nak cerita sikit pasal keyword pulak. Ada yang menarik aku rasa. Selamat hari rabu, semoga semuanya sihat dan ceria. haaa, untuk kak Dik Bee... Selamat hari Jadi. Semoga panjang umur dan terus dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan terbaik..