Semakan Keputusan Tawaran Ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Secara Online |
Assalamualaikum..Maklumat rasmi dari Kementerian Pelajaran Malaysia, sukacita dimaklumkan bahawa semakan keputusan ke tingkatan satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi sesi 2014 boleh mula disemak bermula hari ini 10 Disember 2013. Boleh diperiksa secara online menerusi link dibawah berikut :
Semakan Keputusan Tawaran ke Tingkatan Satu SBP 2014 Online
Bagi calon yang dah berjaya dan bersetuju menerima tawaran tersebut, surat dan lampiran tawaran Mesti Dicetak Segera dan dibawa semasa hari pendaftaran.
Calon juga boleh mengemukakan permohonan E-Rayuan SBP Tingkatan 1 tetapi diingatkan e-rayuan hanya untuk mengsi jumlah kekosongan di SBP bagi pelajar yang layak setelah hari pendaftaran.
Tahniah diucapkan kepada yang berjaya. Kepada yang kurang bernasib baik, teruskan belajar kerana proses pembelajaran tu takkan pernah terhenti walau dimana kita berada..
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi www.moe.gov.my
